Jumaat, 14 Mac 2014

kemalangan jalan raya

tuntutan kemalangan/insurance claim http://fathullahfatt.blogspot.com/

maut digilis jiran

26 Februari 2014SABAK BERNAM - Disangkakan sampah, rupa-rupanya seorang budak. Itulah trauma yang dihadapi seorang pemandu kereta BMW apabila melanggar anak jirannya berusia lapan tahun di halaman rumahnya di Taman Perumahan Jalan Radin, Sekinchan, yang disangka sampah, di sini, malam semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, mangsa, Pua Yen An, gagal diselamatkan apabila mati dalam perjalanan ke Hospital Tanjung Karang akibat kecederaan serius dan pendarahan di bahagian anggota badan dan kepala.Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, kejadian itu berlaku sewaktu pemandu lelaki berusia 60 tahun itu cuba menggerakkan kenderaannya yang berhenti di halaman rumah.“Sebelum kejadian, pemandu terbabit dipercayai mengundurkan keretanya keluar dari rumahnya dan kemudian memberhentikan kenderaannya untuk mencari dokumen dalam kenderaan terbabit,” katanya.Noor Mushar berkata, lelaki yang menjumpai dokumennya itu terus menekan pedal minyak untuk meneruskan perjalanannya, bagaimanapun dia tiba-tiba terlanggar satu objek hingga menyebabkan kenderaannya bergoyang sebelum bertindak memberhentikan kereta terbabit.“Apabila turun dari keretanya, pemandu yang pada mulanya ingin memeriksa kenderaannya terkejut apabila mendapati seorang kanak-kanak lelaki terbaring dalam keadaan anggota badannya berlumuran darah,” katanya.Beliau berkata, beberapa jiran yang menyaksikan kejadian itu terus memaklumkan kejadian itu kepada bapa mangsa yang tinggal berhampiran dan terus membawa anaknya itu ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.“Bagaimanapun, anak mangsa gagal diselamatkan dan meninggal dunia kira-kira jam 9.20 malam dan disahkan maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Tanjung Karang.Beliau berkata, siasatan kes kemalangan itu dijalankan Inspektor Afiq Azhar Azrul Hardav di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.Sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/budak-disangka-sampah-1.254767

kemalangan seremban highway

1 Mac 2014SEREMBAN – Seorang lelaki maut di tempat kejadian apabila motosikalnya dilanggar sebuah kereta yang baru sahaja keluar dari Plaza Tol Seremban di Kilometer 263.1, di sini, semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 6.35 pagi itu, mangsa, yang hanya dikenali sebagai Rajamanikam, 56, mengalami cedera parah di bahagian kepala, serta beberapa anggota badan yang lain.Menurut jurucakap polis, mangsa yang tinggal di Lukut Port Dickson dalam perjalanan berseorangan menuju ke Nilai untuk bekerja.“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa secara tiba-tiba dirempuh sebuah kereta yang baru sahaja keluar dari Plaza Tol Seremban menuju ke arah Kuala Lumpur.“Akibat daripada rempuhan tersebut, mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas warna biru, melambung ke hadapan sebelum kepalanya terhentak di jalan raya, sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.“Walau bagaimanapun, pemandu kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk tindakan lanjut sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu mengesahkan  kejadian tersebut.Sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/maut-rempuh-kereta-1.255835