Sabtu, 14 Mac 2015

POLIS JAHAT BUNUH ALTANTUYA

Polis Jahat Bunuh Altantuya - Respon IGP Kepada Razak Baginda

Nampaknya Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut menyertai barisan panjang mereka yang masih tercari-cari motif di sebalik pembunuhan ngeri Altantuya Shaariibuu.

Beliau menyentuh isu itu dalam respon kepada penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang semalam menyifatkan pembunuhan bekas kekasihnya itu sebagai kerja "anggota polis jahat".Razak Baginda (kiri), yang dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya, menyokong hujahnya dengan memetik kes-kes kematian dalam tahanan polis dalam temu bual eksklusif dengan The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, Khalid menegaskan bahawa walaupun "elemen jahat" wujud dalam semua organisasi, tetapi tidak semua kes kematian dalam tahanan disebabkan oleh keganasan polis."Hanya satu atau dua kes (di mana polis menyebabkan kematian itu). Ini berlaku di mana-mana. Jadi kenyataannya secara menyeluruh itu tidak boleh diterima,

" katanya kepada Malaysiakini.Khalid merujuk kepada banyak kes di mana laporan bedah siasat mendedahkan tahanan meninggal dunia akibat penyakit.Bagi kes pembunuhan Altantuya, Khalid berkata, proses perbicaraan mahkamah yang panjang, berakhir dengan keputusan itu bahawa wanita itu telah dibunuh oleh dua anggota polis, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri, yang telah pun dipecat dari pasukan itu.

"Tetapi ramai pemerhati berkata, mahkamah tidak menentukan motif dalam kes berkaitan Altantuya itu."Oleh itu, saya rasa kita tidak akan tahu mengapa 'polis jahat' itu bertindak seperti itu," katanya.

Dalam keputusan 2012, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa motif pembunuhan itu adalah "tidak penting" dengan kes tersebut.

Bagaimanapun, Khalid menegaskan bahawa kenyataan beliau itu bukan untuk mempertahankan anggotanya yang melanggar undang-undang, kerana kata beliau, pihaknya tidak akan bertolak ansur mengenainya.- mkini

ANGGOTA POLIS TIDUR DITUKAR

Dua anggota polis yang ditangkap tidur dalam waktu bertugas di balai polis komuniti Mak Mandi, daerah Seberang Prai Utara (SPU) ditukarkan serta merta ke pusat kawalan SPU.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, dua kertas siasatan dibuka untuk tindakan tatatertib ke atas kedua-dua anggota polis, seorang lelaki dan seorang wanita itu, selepas gambar mereka yang tertidur di kaunter, tersebar di media sosial.

“Ini perkara serius dan tindakan tatatertib akan diambil. “Sementara menunggu tindakan tatatertib itu diambil, kedua-dua anggota polis itu ditukarman dalam masa 24 jam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.Gambar kedua-duanya yan tidur di kaunter tempat orang awam mengadu, tersebar di lama sosial dan blog, dan mendapat kritikan orang ramai.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tarikh gambar tersebut diambil.Walaupun kerjaya sebagai polis ini kadang kala memenatkan, namun tanggungjawab sebagai anggota polis amat besar dan seharusnya perbuatan tidur ketika sedang bertugas sepatutnya tidak berlaku.

Diharap ianya menjadi pengajaran kepada anggota keselamatan yang lain. 

Selasa, 10 Mac 2015

dilanggar/melanggar

Kemalangan Jalan Raya

Monday, March 9, 2015

Bas Sekolah Bertembung Lori

KUALA KRAI: Seramai 11 pelajar cedera selepas bas sekolah yang dinaiki mereka bertembung dengan lori di sini, pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi tadi di Kilometer 81.5 Jalan Gua Musang Kuala Krai berhampiran Chuchuh Puteri.

Mereka terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Peria dan SMK Pahi.Semua pelajar dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan dan disahkan berada dalam keadaan stabil

.http://www.bharian.com.my/node/39885

Ahad, 8 Mac 2015

harun salim bachik

Harun Salim Bachik Meninggal Dunia

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak terkenal, Harun Salim Bachik, 55, meninggal dunia kira-kira jam 5 petang ini.Perkara itu disahkan oleh rakan baik arwah yang juga pelakon,

Den Wahab ketika dihubungi BH Online sebentar tadi."Saya mendapat panggilan daripada pengarah, Dr Anwardi Jamil, kira-kira jam 5 petang tadi yang memaklumkan mengenai perkara itu."Beliau memaklumkan, Harun meninggal dunia ketika berhenti mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bukit Merah, Perak ketika dalam perjalanan pulang daripada majlis perkahwinan di Pulau Pinang.

"Ketika ini, mereka sedang menunggu ambulans untuk mendapatkan pulang jenazah ke Kuala Lumpur," katanya.Pada ketika ini, punca kematian belum dapat dipastikan.Bagaimanapun, sebelum ini Harun dikatakan menghidap penyakit asma sejak lima tahun lalu.

Sumber: BH OnlineNurul Hidayah 

Rabu, 4 Mac 2015

SEBAB DIA PEGAWAI

"En. , "apa-apa hal saya ikut polis, saya dinasihatkan oleh kawan supaya semua urusan ikut polis"

Ini ayat-ayat yang terpacul keluar dari mulut seorang pelanggan saya semasa saya menjalankan konsultansi berkaitan kes kemalangan yang melibatkan beliau baru-baru ini.

Saya terdiam sejenak dan mula berfikir bagaimana keadaan ini boleh berlaku ke atas beliau, sedangkan dari segi penampilan beliau kelihatan terpelajar, segak dan berjawatan besar.Saya terus bertanya"ada sarjan cadangkan mana-mana firma guaman untuk En". beliau menjawabkan   "tiada, sarjan suruh saya cari sendiri,

sebenarnya saya tunggu sarjan buka mulut beritahu saya firma guaman mana yang perlu saya lantik, tapi dia langsung tak cakap apa-apa".

"Oleh sebab En. AWAM pernah jumpa saya, saya tiada pilihan lain kecuali ambil firma En. sebagai peguam saya". Saya menarik nafas lega kerana rakan saya AIO yang mengendalikan kes berkenaan langsung tidak menyebut ataupun mencadangkan firma saya kepada pelanggan tadi.

Dalam diam perasaan kagum, hairan dan hormat terbit dalam sanubari saya terhadap AIO trafik ini. Orangnya begitu tegas, tetapi amat mesra dan sentiasa memberi kerjasama yang baik apabila ada apa-apa urusan yang perlu dirujuk kepada beliau. Beliau adalah contoh anggota polis yang begitu berintergiti, profesional dan bertanggungjawab terhadap tugasan beliau.

1.) Beliau akan menjalankan siasatan dengan adil, saksama dan penuh tanggungjawab terhadap tugasan beliau tanpa cenderung kepada mana-mana pihak;

2. )Mengambil keterangan, mengumpul bukti dan merakam apa-apa percakapan daripada saksi yang melihatkan kemalangan;

3.)Melawat lokasi kejadian, merakamkan apa-apa kesan, bukti, keadaan dan situasi yang wujud di tempat kejadian;

4.)Melukis rajah kasar dan kunci berdasarkan kepada lawatan beliau di lokasi kejadian;

5.)Menyediakan, melengkap dan menyempurnakan kertas siasatan dengan secepat mungkin;

6. )Mengemukakan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara melalui Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan susulan seperti urusan pendakwaan kepada pihak yang cuai dalam kemalangan tersebut;

Sebenarnya di bawah prosedur undang-undang jenayah di Malaysia, Pendakwa Raya merupakan orang yang paling berkuasa dalam pentadbiran keadilan jenayah.
Segala keputusan tentang tindakan terhadap perlakuan kesalahan jenayah terletak di tangan beliau.

Ketua Hakim Negara atau hakim-hakim sekalipun tidak mempunyai kuasa sebagaimana kuasa Yang Bijaksana Pendakwa Raya. Oleh itu,
Pendakwa Raya mempunyai hak dan kuasa penuh untuk memutuskan pendakwaan, bukannya polis ataupun agensi-agensi pengkuatkuasaan yang lain.

Tetapi saya mengakui bahawa AIO mahupun IO boleh mempengaruhi tindakan pihak Pendakwa Raya melalui cara, kaedah dan bagaimana kertas siasatan tersebut dihasilkan.

Kebanyakan orang awam beranggapan bahawa polis berkuasa untuk memutuskan sama ada mereka berada di pihak yang salah ataupun sebaliknya,

disebabkan stigma negatif ini maka terjadi kejadian dan keadaan dimana AIO dan IO trafik " menyalahguna kuasa" yg ada di tangan mereka untuk kepentingan diri masing-masing.

Tidak dinafikan wujud sebahagian kecil AIO dan IO trafik yang kebanyakannya berpusat di kota-kota besar seperti lembah klang yang menggunakan kedudukan dan kuasa mereka untuk mempengaruhi atau memaksa mangsa kemalangan jalanraya melantik peguam yang mempunyai link ataupun jaringan dengan mereka.

Pernah terjadi, seorang AIO daripada sebuah IPD di lembah klang meminta, menggugut dan memaksa seorang pelanggan saya untuk melantik peguam pilihannya dengan memberitahu bahawa jika pelanggan saya tidak mengambil peguam cadangan beliau, beliau akan ubah siasatan kes ini yang boleh mengakibatkan pelanggan saya dipersalahkan.

Tetapi pelanggan saya seorang yang berpelajaran, matang dan berfikiran terbuka, beliau langsung mengabaikan ugutan dan paksaan tersebut, beliau bukan sahaja tidak mengambil peguam yang dicadangkan oleh AIO tersebut, tetapi sebaliknya terus membuat satu laporan kepada pihak SPRM berhubung kelakuan dan tindakan salah guna kuasa anggota polis tersebut.

Saya bertanya kepada beliau, mengapa tidak mengambil peguam yang dicadangkan oleh sarjan yang mengendalikan kes ini. Beliau memberitahu saya bahawa ahli keluarga beliau pernah mengalami "pengalaman buruk "ketika berurusan dengan peguam yang dicadangkan oleh pihak polis. Ketika urusan perundingan mereka dimaklumkan bahawa caj yang akan dikenakan hanyalah sejumlah 20% daripada jumlah pampasan yang diterima. Tetapi apabila hadir untuk perbincangan penyelesaian di pejabat peguam tersebut, dia dikehendaki membayar caj guaman sebanyak 30% daripada jumlah pampasan berserta semua perbelanjaan dan kos tindakan, daripada jumlah RM9,000.00 yang dipampaskan ke atas beliau, akhirnya baki tinggal hanyalah RM3,0000.00.

Apa yang beliau kesalkan semasa perundingan dia langsung tidak dimaklumkan bahawa beliau akan dan/atau bakal dicajkan terhadap perbelanjaan dan kos tindakan.Ini merupakan satu kumpulan atau sindiket yang dipelopori oleh golongan profesional yang menipu dan mencekik darah pengguna, kebanyakan yang menjadi mangsa adalah" orang melayu" yang mempunyai tahap pendidikan sederhana, bersikap tamak dan mudah terpedaya dengan anggota polis trafik .
Kesimpulannya sebagaimana yang pernah ditegaskan sebelum ini, anda semua berhak untuk diwakili oleh mana-mana peguam yang anda percayai, sukai dan anda yakini.
Tiada sesiapapun yang boleh memaksa anda termasuk AIO atau IO kerana orang yang berisiko menghadapi "penipuan" dikemudian hari adalah diri anda sendiri bukannya pegawai polis berkenaan.tiada jaminan pun dari pegawai polis itu jika peguam yang di cadangkan oleh dia.akan berjaya.atau tidak ditipu.bukan hanya sekadar di mulut sahaja.

Golongan ini hanya harapkan imbuhan dari peguam yang di lantik hasil dari cadangan pegawai tadi.dan sumber imbuhan itu.adalah dari bakal jumlah tuntutan pampasan anda nanti.

Ahad, 1 Mac 2015

Video lucah punya pasal

Kemalangan akibat pemandu lori tonton video lucah

JOHOR BAHRU: Keasyikan seorang pemandu lori pasir menonton cakera padat video (VCD) lucah pada skrin mini kenderaannya

Ketika memandu dikatakan menjadi punca kemalangan membabitkan lima kenderaan lain dan mengorbankan sepasang suami isteri di Kilometer 19.5, Jalan Pontian-Johor Bahru, di sini, semalam. 

 Dalam kejadian jam 10 pagi itu, lori berkenaan dalam perjalanan ke Singapura sebelum kecuaian pemandunya menyebabkan ia hilang kawalan lalu terbabas dan berlanggar dengan sebuah lori lain, dua kereta serta dua motosikal, termasuk motosikal dinaiki pasangan suami isteri yang maut itu. 

 Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir tiga jam manakala usaha mengeluarkan mayat pasangan suami isteri terbabit dilakukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru.  Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, suami isteri yang terbunuh itu  dalam perjalanan ke tempat kerja dan mereka mati di tempat kejadian manakala seorang penunggang motosikal lain parah.

  Menurutnya, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai K Vijaya, 34, dan isterinya, S Hemalatha, 27, dari Bukit Indah, di sini, manakala mangsa yang parah, lelaki berusia 32 tahun belum dikenal pasti identitinya dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).  

“Lori pasir yang dipandu lelaki itu mempunyai skrin mini LCD dan kita sedang menyiasat dakwaan dia memandu sambil menonton VCD lucah. Kami sedang mengesan VCD lucah yang didakwa berada dalam lori berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.  Menurut Ruslan, pemandu lori terbabit ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian dan beliau meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan. 

 Sementara itu, bapa mangsa yang dikenali sebagai Muruandy, 54, berkata, kejadian yang menimpa Vijaya dan menantunya adalah tragedi buruk bagi keluarganya kerana kedua-duanya maut sekelip mata.  “Setiap hari mereka ke tempat kerja dengan menaiki motosikal dan saya tidak menyangka rutin harian itu menjadi tragedi.

Saya sedih mengenangkan nasib tiga cucu yang masih kecil, berusia bawah 12 tahun,”

Cerita lucah