Selasa, 28 Julai 2015

MENTERI KABINET MALAYSIA

Menteri Kabinet Malaysia yang terbaru


Senarai Terkini Nama Menteri Kabinet Malaysia

(Dikemaskini 28 Julai 2015, berkuatkuasa 29 Julai 2015)

Perdana MenteriDato' Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak

Timbalan Perdana MenteriDato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Menteri:

Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Baharom (B)Senator Dato' Sri Idris JalaTan Sri Datuk Seri Panglima Joseph KurupDatuk Joseph Entulu Anak BelaunDato' Seri Dr. Shahidan KassimDato’ Mah Siew KeongSenator Datuk Paul Low Seng KuanPuan Hajah Nancy Haji ShukriSenator Dato' Sri Abdul Wahid OmarDatuk Ir. Dr. Wee Ka SiongDatuk Seri Azalina Othman Said

Timbalan Menteri:

Dato' Razali IbrahimSenator Datuk Asyraf Wajdi Dusuki

Kementerian KewanganMenteri I: Dato' Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul RazakMenteri II: Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad HanadzlahTimbalan Menteri: Datuk Chua Tee YongTimbalan Menteri: Datuk Johari Abd Ghani

Kementerian PendidikanMenteri: Dato' Seri Mahdzir KhalidTimbalan Menteri: Tuan P. Kamalanathan A/l P. PanchanathanTimbalan Menteri: Senator Chong Sin Woon

Kementerian Pengajian TinggiMenteri: Dato' Seri Haji Idris JusohTimbalan Menteri: Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

Kementerian Dalam NegeriMenteri:  Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid HamidiTimbalan Menteri: Datuk Nur Jazlan MohamedTimbalan Menteri: Tuan Masir Anak Kujat

Kementerian Komunikasi dan MultimediaMenteri: Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said KeruakTimbalan Menteri: Dato' Jailani Johari

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan WilayahMenteri: Dato' Sri Ismail Sabri YaakobTimbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan IndustriMenteri I: Dato' Sri Mustapa MohamedMenteri II: Datuk Seri Ong Ka ChuanTimbalan Menteri: Senator Dato' Lee Chee LeongTimbalan Menteri: Datuk Haji Ahmad Haji Maslan

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan AirMenteri: Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity OngkiliTimbalan Menteri: Dato’ Sri Dr. James Dawos Mamit

Kementerian Sumber Asli dan Alam SekitarMenteri: Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku JaafarTimbalan Menteri: Datuk Ir. Haji Hamim Samuri

Kementerian PengangkutanMenteri: Dato’ Sri Liow Tiong LaiTimbalan Menteri: Datuk Ab. Aziz Kaprawi

Kementerian Pelancongan dan KebudayaanMenteri: Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul AzizTimbalan Menteri: Datuk Mas Ermieyati Samsudin

Kementerian Pertanian dan Industri Asas TaniMenteri: Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek Timbalan Menteri: Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman

Kementerian PertahananMenteri: Dato' Seri Hishammuddin Tun HusseinTimbalan Menteri: Datuk Wira Mohd Johari Baharum

Kementerian Kerja RayaMenteri: Datuk Haji Fadillah YusofTimbalan Menteri: Datuk Rosnah Haji Abdul Rashid Shirlin

Kementerian KesihatanMenteri: Datuk Seri Dr. S. SubramaniamTimbalan Menteri: Dato' Seri Dr. Hilmi Yahaya

Kementerian Belia dan SukanMenteri: Encik Khairy Jamaluddin Abu BakarTimbalan Menteri: Datuk Saravanan A/l Murugan

Kementerian Sumber ManusiaMenteri: Dato' Sri Richard Riot Anak JaemTimbalan Menteri: Dato' Sri Haji Ismail Haji Abd. Muttalib

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan KepenggunaanMenteri: Dato' Hamzah ZainudinTimbalan Menteri: Senator Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan MasyarakatMenteri: Dato' Sri Hajah Rohani Haji Abdul KarimTimbalan Menteri: Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Mohd DunTimbalan Menteri: Senator Datin Paduka Chew Mei Fun

Kementerian Luar NegeriMenteri: Dato’ Sri Anifah AmanTimbalan Menteri: Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan TempatanMenteri: Datuk Abdul Rahman DahlanTimbalan Menteri: Datuk Halimah Mohd Sadique

Kementerian Sains, Teknologi dan InovasiMenteri: Datuk Wilfred Madius TangauTimbalan Menteri: Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah

Kementerian Perusahaan Perladangan dan KomoditiMenteri: Datuk Amar Douglas Uggah EmbasTimbalan Menteri: Dato' Noriah Kasnon

Kementerian Wilayah PersekutuanMenteri: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku MansorTimbalan Menteri: Senator Dato' Dr. Loga Bala Mohan A/l Jaganathan

Semoga para menteri dan timbalan menteri berusaha sebaik mungkin untuk kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Jawatan anda adalah satu amanah besar. Anda berkhidmat kepada rakyat, dan bukan sebaliknya.

Kabinet malaysia

Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan rombakan Kabinet minggu ini, menggugurkan 5 daripada 35 menteri termasuk timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang lantang mengkritik cara perdana menteri menguruskan hutang RM42 bilion syarikat milik negara, 1Malaysia Development Berhad (1M k akan mengadakan rombakan Kabinet minggu ini, menggugurkan 5 daripada 35 menteri termasuk timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang lantang mengkritik cara perdana menteri menguruskan hutang RM42 bilion syarikat milik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata sumber.

Sumber kerajaan berkata, selain Muhyiddin, 2 lagi menteri Umno termasuk Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek akan digugurkan dalam rombakan Kabinet Najib – yang mendapatkan mandat sendiri selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Naib presiden Umno paling popular dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bakal dilantik menjadi timbalan perdana menteri baharu dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan akan dijadikan menteri penuh.

Zahid akan mengekalkan portfolio menteri dalam negeri, kata sumber itu, dan menambah beberapa menteri kanan akan kekal untuk menyokong Najib – perdana menteri keenam Malaysia.

Dua lagi menteri dijangka digugurkan daripada Kabinet Najib adalah Datuk Seri G Palanivel – yang baru digugurkan sebagai presiden dan ahli MIC, serta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Idris Jala.

Idris yang mengetuai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) kini berada dalam penggal keduanya sebagai senator.

“Rombakan Kabinet akan dilakukan minggu ini dan perdana menteri mengubahsuai senarai menteri untuk Yang di-Pertuan Agong pertimbangkan,” kata sumber Putrajaya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur malam tadi.

“Senarai Kabinet akan dipersembahkan kepada Agong pada Rabu,” kata sumber itu, dan menambah perundingan dengan anggota kanan Umno bermula awal minggu ini.

Muhyiddin yang berusia 68 tahun dijangka akan digugurkan selepas memperbaharui kritikannya terhadap 1MDB dalam mesyuarat tahunan Umno Bahagian Cheras pada Ahad.

Hutang RM42 bilion 1MDB dikritik hebat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin pembangkang.

Mereka turut mempersoalkan Najib selepas akhbar perniagaan antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan beliau menerima AS$700 juta (RM2.67 bilion) sebelum PRU13 melalui akaun peribadinya seperti berada dalam kertas siasatan penyiasat Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak keluar dari gerbang Istana Negara pada 10 pagi tadi. Najib pada masa ini sedang mempertimbangkan tindakan saman terhadap akhbar yang melaporkan tentang skandal 1MDB, selepas menggantung 2 akhbar perniagaan tempatan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 28 Julai, 2015.

Najib dikatakan mempertimbangkan untuk menyaman akhbar perniagaan AS itu selepas pentadbirannya menggantung permit 2 akhbar perniagaan, The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily kerana laporan mereka tentang 1MDB.

Selain itu, blog Sarawak Report disekat daripada diakses di Malaysia kerana melakukan pendedahan sama.

Najib menubuhkan 1MDB selepas mengambil alih kuasa daripada bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009.

Beliau masih belum melakukan rombakan Kabinetnya sejak 2009 dan selepas PRU13, Najib menambah senarai menteri penuh kepada 35.

Selain Ahmad, timbalan menteri lain yang akan dijadikan menteri penuh adalah Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Sumber lain berkata, bekas pegawai khas Najib dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim akan turut dinamakan sebagai timbalan menteri pada ketika perdana menteri mengukuhkan kuasanya menjelang pilihan raya umum tiga tahun lagi.

Tidak diketahui siapa yang akan menggantikan Idris dan Palanivel. Idris merupakan salah seorang daripada menteri di Jabatan Perdana Menteri – jabatan terbesar dalam sejarah Malaysia moden.

“Penyokong setia Najib akan menjadi dominan dalam Kabinet kali ini,” kata sumber itu dan menambah perdana menteri mempertimbangkan untuk mengambil anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang sedang menyiasat isu 1MDB.

PAC diketuai ahli Parlimen Pulai tiga penggal Datuk Nur Jazlan Mohamed, seorang akauntan bertauliah.

“Ini bukanlah rombakan besar-besaran, tetapi lebih kepada pengubahsuaian,” kata sumber itu.

Najib melihat kejatuhan popularitinya walaupun melakukan pelbagai inisiatif dan memenangi PRU13, di mana Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 47% daripada undi popular.

Najib sudah melakukan pelbagai langkah-langkah ekonomi termasuk membentangkan Rancangan Malaysia ke-11 dan memperkenalkan bantuan tunai BR1M, namun hutang besar 1MDB dan pemindahan wang ke akaun peribadi menjatuhkan popularitinya.

Muhyiddin mempersoalkan skandal menyelubungi hutang 1MDB dan wang dalam akaun peribadi Najib seperti dilaporkan WSJ, tetapi Pejabat Perdana Menteri mengatakan semalam beliau sepatutnya menunggu keputusan siasatan.

Sekurang-kurangnya empat sudah ditahan berkait skandal 1MDB dan bekas anak syarikatnya SRC International Sdn Bhd di mana penyiasat mengatakan kes ini sangat kompleks.

Kerajaan mengatakan siasatan awal sudah membersihkan 1MDB, tetapi masih menunggu keputusan audit. – 28 Julai, 2015.