Jumaat, 22 Ogos 2014

TIGA TENTERA MAUT

19 Ogos 2014, Kuantan:
Tiga anggota tentera maut manakala seorang lagi parah selepas kereta yang mereka naiki terbabas dan melanggar sebatang pokok dalam satu kemalangan di Batu 3, Jalan Gambang, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.55 malam itu, kesemua mangsa tercampak keluar dari kenderaan berkenaan menyebabkan
1)Mohd Fahmi Jap, 23,
2)Mohd Ilias Abu Seman, 23,
3)Mohd Faizal Zainol, 26,
maut di tempat kejadian manakala ..
4)Shamzuri Awang, 23,
parah dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan.
Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Deputi Superintendan Mohamad Noor Yusof Ali berkata, ketika kejadian kesemua mangsa yang menaiki kereta jenis Honda dalam perjalanan dari bandar ini pulang ke Kem Batu 10, di sini.

"Setibanya di tempat kejadian kenderaan berkenaan tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh sebatang pokok dan masuk ke dalam longkang."Rempuhan itu menyebabkan kereta itu remuk teruk dan kesemua mangsa tercampak keluar secara berasingan menyebabkan tiga daripada mereka maut serta merta di tempat kejadian," katanya.
Siasatan awal mendapati, kereta berkenaan dipercayai dipandu laju dan keadaan jalan yang licin akibat hujan lebat.

Alfatihah...

Ahad, 10 Ogos 2014

CARI PEGUAM???

Saya menawarkan perkhidmatan bantuan guaman untuk membuat tuntutan kemalangan.
Percuma tiada bayaran
Sila hubungi saya untuk penjelasan lanjut.24 jam.
Di mana saja anda berada.

Fatt 0193003434

https://plus.google.com/+fathullahfatt
V.GOBI&ASSOCIATES

Jumaat, 8 Ogos 2014

APA NAK BUAT

 Sila bertenang dan jangan cemas.

Jika ada sesiapa yang tercedera, telefon 999 untuk bantuan.

 Jika tidak ada sebarang kecederaan, alihkan kenderaan anda dari aliran trafik ke tempat yang selamat, jika boleh.

 Catatkan nama dan alamat pemandu-pemandu lain yang terbabit.   

 Catatkan model dan nombor pendaftaran kenderaan lain yang terlibat.    

Catatkan nama dan alamat saksi-saksi, sekiranya ada.    

Buat lakaran kasar tentang kemalangan dan lokasi kenderaan terlibat sejurus sebelum dan selepas kemalangan (Gambar mengenai kemalangan, jika ada, akan membantu).   

Bertukar maklumat mengenai nama syarikat insurans/pengendali takaful masing-masing.  

Jangan berbincang tentang siapa yang bersalah.
Ini mungkin menimbulkan kesulitan dalam mengendalikan tuntutan anda.   

 Jika kenderaan anda perlu ditunda, pastikan bahawa kenderaan tersebut akan dihantar ke bengkel yang betul.

Hubungi syarikat insurans/pengendali takaful anda atau nombor“hotline” kemalangan syarikat tersebut bagi mendapatkan maklumat tentang bengkel kenderaan yang sepatutnya

Laporkan kemalangan kepada polis dengan segera.  

Laporkan kemalangan kepada syarikat insurans/pengendali takaful anda dengan segera,
walaupun anda tidak berniat untuk membuat sebarang tuntutan.

Pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan tersebut mungkin akan membuat tuntutan insurans daripada syarikat insurans/pengendali takaful anda dan akan menyebabkan kehilangan NCD anda.    

Isikan borang tuntutan dengan lengkap dan masukkan maklumat tambahan yang berkaitan. Jika ada sebarang keraguan, dapatkan nasihat dari syarikat insurans/ pengendali takaful anda.  

Sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan, anda boleh membuat sama ada tuntutan kerosakan sendiriatau tuntutan pihak ketiga.

Bagi tuntutan kerosakan sendiri, hubungi syarikat insurans atau pengendali takafulanda dengan segera untuk mendapatkan nasihat mereka. 

Jika syarikat insurans anda mencadangkan atau menghendaki kerja pembaikan dilakukan di bengkel panel yang diluluskan, hantar kenderaan anda seperti yang dinasihatkan.

Syarikat insurans atau pengendali takaful anda akan menolak tuntutan jika kenderaan anda tidak dihantar ke bengkel yang diluluskan mereka.

Syarikat insurans anda akan menghantar pelaras kerugian untuk menilai kerosakan kenderaan anda sebelum membenarkan kerja baik pulih dijalankan.

JIKA BERLAKU KEMALANGAN

Apa tindakan anda jika  terlibat dalam kemalangan jalanraya ?

Di Malaysia bilangan kemalangan jalanraya adalah antara yang tertinggi dunia. Kadar kemalangan, kematian kecederaan dan kerugian hartabenda amat merugikan semua pengguna jalanraya dan negara.

Boleh dikatakan setiap pemegang lesen memandu pernah mengalami kemalangan.Objektif laman  ini adalah untuk memberi panduan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil jika anda terlibat di dalam sesuatu kemalangan jalanraya.
Anda mungkin cedera atau mencederakan orang seseorang atau anda mungkin telah merosakkan kenderaan anda dan orang lain.
Apa yang perlu anda lakukan di tempat kemalangan

-Bertenang dan jangan cemas

2-Ambil butiran maklumat     
    kenderan yang terlibat: -
   -nombor pendaftaran
   -jenis kenderaan
    -warna    

3. Kemudian ambil butiran maklumat mengenai pemandu/ penumpang dan saksi
:nama
alamat
nombor IC
nombor telefon

Jika anda membawa kamera ambil gambar  tempat kemalangan dan kenderaan yang terlibat. Gambar tanpa negatif tidak diterima sebagai bukti dalam mahkamah.

Di Balai Polis
Anda perlu membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam berlakunya kemalangan di balai polis terdekat

Jika cedera, dapatkan rawatan dahulu barulah membuat laporan. Anda boleh juga membuat / menulis sendiri laporan dalam Bahasa Malaysia kemudian turunkan tandatangan anda. Pastikan anda ada salinan sah laporan tersebut.

-Cara menghadapi kerosakan kenderaan
Baca polisi insuran anda dengna teliti. Anda juga mesti melaporkan kemalangan tersebut seperti tempoh yang ditetepkan dalam polisi insuran anda. Jika tidak pihak insurans mungkin tidak melayan tuntutan anda.Pastikan kenderaan ditunda dibengkel yang diiktiraf. Di sana kerosakan akan ditaksir oleh penaksir oleh pihak insurans.

Menyimpan rekod-rekod

Anda perlu meyimpan rekod yang betul mengenai:-butiran dalam perkaran B diatassalinan sah laporan polisresit perbelanjaan spt bil perubatan, sewa dan perbelanjaan kenderaan dll.

Dokumen-dokumen sokongan spt gambar, bil pembaikan, laporan perubatan resit dll.Tuntutan kerosakan kenderaanTuntutan dari syarikat insurans anda:Teliti polisi insurans amda dan catatkan perengnan tututan lebihan di dalam polisi .
Sebaiknya tuntutan itu melebihi peruntukan perenggan tuntun tersebut. Sebagai contoh, dalam perenggan tuntutan (polisi) ialah RM 1000.00 dan tuntutan anda hanya RM800.00.
Anda tidak boleh menuntut tuntutan daripada syarikat insurans anda. Tetapi tuntutan anda RM 1800.00 anda akan dibayar sebanyak RM 800.00Tuntutan daripada syarikat insurans pihak yang lain.
Anda boleh juga membuat tuntutan tersebut tetapi sebaiknya cuba dapatkan khidmat bantuan guaman*
Jika anda memerlukan perkhidmatan peguam anda akan disuruh menandatangani waran untuk bertindak. Ini merupakan sebuah dokumen yang melantiknya dan memberi kuasa untuk bertindak bagi pihak anda.
Anda juga berhak memilih peguam tanpa dipengaruhi orang lain.Tanggungjawab peguam mengambil kenyataan penuh anda dan memeriksa segala dokumen yang anda ada, pertimbangkan bukti-bukti yang ada dan menerangkan kepada anda jenis dan jumlah tuntutan yang boleh anda terima.tulis surat kepada polis untuk mendapatkan salinan laporan polis dan juga peta lakaran tempat kejadian.jika anda tidak mendapat laporan rawatan, peguam akan menuliskepada pihak hospital untuk mendapatkannya.tulis kepada syarikat insurans yang berkenaan untuk mendapatkan gantirugi.jika gantirugi yang sepatutnya tidak boleh diperolehi, dia akan menfailkan dakwaan sivil, menyediakan dokumen-dokumen dan bersiap sedia untuk perbicaraan. Walaupun di peringkat ini, pihak-pihak yang terlibat masih boleh membuat penyelesaian sendiri

.Apa yang boleh yang dituntut ?
a) Ganti rugi khas merupakan tuntutan untuk perbelanjaan khas spt pengangkutan, kos memperbaiki kenderaan, menyewa kenderaan lain ,perbelanjaan perubatan. Biasanya ganti rugi khas hanya melibatkan perbelanjaan kewangan khas, yang telah dibelanjakan si penuntut oleh sebab kemalangan tersebut.

b)Ganti rugi biasa / ammerupakan ganti rugi bagi kesakitan dan penderitaan berikutan kecederaan

Perbicaraan

Jika berlaku perbicaraan , pihak mahkamah akan memutuskan mengenai
a) Liabiliti - siapa yang bertanggungjawab menyebabkan kemalangan .
b) Kuantum - berapa banyak  yang perlu diberi oleh pihak yang cedera Jika defenden bertanggungjawab sepenuhnya atas kemalangan tersebut, dia akan bertanggungjawab 100%  
Terdapat juga kes pihak plaintif turut dikatakan cuai, maka mahkamah akan menaksirkan   tahap tanggungjawab si penunut peratusan dalam menyebabkan kemalngan dan mengurangkan jumlah sepatutnya dikurangkan tuntutan sebanyak 50%

Mendapatkan wangCek akan dikeluarkan oleh syarikat insurans di atas nama anda dan akan dihantar kepada oeguam anda. Peguam anda akan memberitahu anda supaya hadir di pejabatnya untuk mengambil cek tersebut.