sekadar perkongsian maklumat dan perkara berkaitan tuntutan/claim kemalangan.disamping mempunyai hobi membela burung tiong.ramai dikalangan kita yang masih tidak tahu bahawa mereka layak untuk claim.ingat bila cedera atau patah masih ada yg membela nasib anda ...manakala burungku diberi nama "TAM"atau tiong.burung yg boleh berkata kata menemaniku menaip blog di malam hari yg sepi...
Sabtu, 17 September 2016
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/193129
Ahad, 4 September 2016
kecil tapi besar
Khamis, 23 Jun 2016
Rabu, 4 Mei 2016
Selasa, 22 Mac 2016
Perkhidmatan perpindahan
As salam..
Guru-guru,polis.tentera,kementerian mana2,jabatan mana2,badan berkanun,swasta,atau individu sekali pun,
yang tengah pening nak pindah tu...tak tau nak buat apa.nak mulakan mcm mana.nak jimat.nak cari org uruskan perpindahan.tapi tak tahu..lori ke.claim ke.kargo ke,nak packing ke,nak orang angkut barang ke,nak ape2 ke.bagi tau..kami akan urus kan..
Msg, kol ,wasap,emel,suratkan terus ke saya.24 jam.insylah saya akan bantu.hingga selesai.
Hubungi saya..Fatullah
0193003434, Call
0163190049,wasap
0193003343, call
01136233665.call&wasap
(Bantu membantu)
Khamis, 3 Mac 2016
Tuntutan oleh waris mh370
murni@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Waris kepada 12 penumpang pesawat MH370 dari Malaysia, Rusia, China dan Ukraine mengemukakan saman kecuaian menuntut ganti rugi terhadap Malaysia Airlines System Berhad (MAS) kerana menyebabkan kehilangan ahli keluarga mereka di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.
Warga Ukraine, Tetiana Yevhenivna Chustrak dan Natalia Viktorvna Bragina-Deika masing-masing adalah balu kepada Oleg Volodymyrovych Chustrak dan Sergii Grygorovych Deineka memfailkan saman itu melalui Tetuan Ranjit & Yeoh
Manakala waris kepada sepuluh lagi penumpang memfailkan saman itu melalui Tetuan Karpal Singh & Co.
Sepuluh penumpang itu adalah Tan Teik Hin, Guan Hua Jin, Ann Catherine Daisy, Wen Hock Khoon, Yap Chee Meng, Muzi Yusof, Suhaili Mustafa, Jun Kun dan Nicolai Broskil.
Mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi kehilangan sokongan kewangan, khas, kesedihan, kos dan relif lain yang wajar oleh mahkamah.
Artikel ini disiarkan pada :
Jumaat, 4 Mac 2016 @ 12:54 PM
Isnin, 15 Februari 2016
Kenaikan kadar saman bagus ke tidak
Melihat kenaikan kadar kemalangan jalan raya termasuk yang menyebabkan kematian semakin meningkat, pihak polis bercadang untuk menaikkan kadar saman. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata cadangan tersebut diharap dapat menghalang para pemandu daripada melanggar undang-undang terutamanya yang gemar memandu laju.
“Ia juga mampu mencegah pemanduan yang berbahaya di lebuh raya, terutamanya menjelang musim perayaan kerana kadar kematian akibat kemalangan dilihat agak tinggi ketika ‘Op Selamat 8/2016’ dijalankan sempena Tahun Baru Cina,” ujar Khalid dalam laporan yang disiarkan oleh The Sun.
Khalid turut meluahkan kekesalannya apabila ada sesetengah pengguna jalan raya yang ingkar mematuhi undang-undang ini kerana berpendapat kadar kompaun sebanyak RM300 tidak memberikan apa-apa makna buat mereka. “Kami mungkin akan meningkatkan kompaun tetapi kadar tersebut perlu dibincangkan kemudian,” katanya lagi.
Menurut Khalid, Op Selamat sempena Tahun Baru Cina pada tahun lalu mencatatkan peningkatan sebanyak 18.8% jumlah kemalangan dengan sebanyak 17,632 kes direkodkan berbanding 14,836 kes pada tahun sebelumnya. Manakala kadar kematian akibat kemalangan pula meningkat sebanyak 22.4% iaitu sebanyak 186 kes berbanding 152 kes pada tahun 2014.
“Sesiapa yang melanggar undang-undang perlu berhadapan dengan kompaun yang maksimum. Sudah tiba masanya untuk kita bersikap tegas terhadap semua pengguna jalan raya. Tiada lagi advokasi di jalan raya dari kami,” tegas Khalid. Beliau turut berkata Ops Selamat akan berakhir pada 16 Feb ini.

