sekadar perkongsian maklumat dan perkara berkaitan tuntutan/claim kemalangan.disamping mempunyai hobi membela burung tiong.ramai dikalangan kita yang masih tidak tahu bahawa mereka layak untuk claim.ingat bila cedera atau patah masih ada yg membela nasib anda ...manakala burungku diberi nama "TAM"atau tiong.burung yg boleh berkata kata menemaniku menaip blog di malam hari yg sepi...
Khamis, 16 Oktober 2014
Isnin, 29 September 2014
Bila manusia berfikir seperti monyet
Jurujual ditahan kerana dakwa polis ‘monyet’ dalam Facebook.
Seorang jurujual kereta ditangkap polis pagi ini kerana didakwa menghina anggota polis trafik dengan memanggil mereka 'monyet' melalui Facebook,
lapor Harian Metro.Lelaki berusia 32 tahun itu ditahan reman selama tiga hari selepas ditahan di rumahnya di Taman Cheng Utama, Melaka, hanya selepas tengah malam hari ini berikutan laporan polis terhadap posting Facebook beliau.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah dilaporkan berkata telefon bimbit suspek yang dipercayai digunakan untuk memuat naik posting itu juga dirampas.
Menurut screenshot yang dilaporkan Harian Metro, pengguna media sosial itu didakwa menulis:
Mereka "monyet" sedang mencari pendapatan tambahan.... pls berhati-hati di Melaka raya berhampiran bank Standard Chartered".
Akhbar itu melaporkan laporan polis dibuat terhadap pengguna Facebook yang dikenali sebagai Kent Tan, apabila orang ramai mendakwa posting itu menghina pasukan polis.
Siasatan mendedahkan posting itu dibuat tidak lama selepas dua polis trafik menghentikan kereta yang dipandu suspek di Taman Melaka Raya semalam sebelum tengah hari.
ACP Raja Shahrom dilaporkan berkata bahawa posting itu kemudian dimuat naik pada kira-kira 11:30 hari yang sama.-
calling cops ‘monkey’ lands salesman in jail
Selasa, 9 September 2014
Kemalangan di hari merdeka
1 September 2014KUALA SELANGOR - Hasrat seorang remaja yang mahu menyambut Hari Kemerdekaan bersama keluarganya tidak kesampaian apabila maut dalam satu kemalangan, awal pagi semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 6.25 pagi itu, mangsa, S Thivagaran, 19, yang dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Penggawa, dekat sini meninggal dunia di KM42.5 Jalan Klang-Teluk Intan di Kampung Assam Jawa.Menurut sumber, mangsa yang bersendirian memandu kereta jenis Proton Wira dipercayai terbabas masuk ke sebelah bahu jalan menghala ke Kuala Selangor.“Kereta mangsa terbabas masuk ke dalam longkang sehingga menyebabkan kerja mengeluarkan mangsa mengambil masa kira-kira sejam sebelum mayat dibawa ke Hospital Tanjong Karang“Dalam kejadian itu, remaja lelaki itu cedera parah di beberapa bahagian badan dan kepala manakala kereta mengalami kerosakan teruk,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Muhd Taib Ahmad mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian kemalangan dan kes masih disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Mana-mana penduduk atau pengguna jalan raya yang menyaksikan kejadian terbabit diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan./i>
Isnin, 25 Ogos 2014
GADIS BOGEL DITEPI TINGKAP
Pengguna jalan raya tidak dapat memandu dengan tenang apabila terlihat wanita berkenaan di bangunan kediaman yang terletak di Vienna, Austria itu.
Gregory Shakaki menyedari aksi selamba itu dan merakamkan gambar seorang wanita berbaring dengan kakinya menjulur ke luar tingkap di aras tiga bangunan itu
“Saya terkejut apabila melihatnya,” kata pelajar itu.
Ternyata Shakaki bukan satu-satunya saksi kejadian itu, sebaliknya ramai lagi pengguna jalan raya yang terkesan dengan perbuatan wanita berkenaan.
Michael Kienast berkata, wanita itu terlalu inginkan sinaran matahari hingga melakukan sesuatu yang jarang dilakukan.
“Ketika ramai mendongak melihat wanita itu, saya terdengar ada yang menjerit kepada pemandu yang terlanggar kenderaan lain di hadapannya.
((“Pemandu itu kemudiannya meminta maaf dan mengakui tumpuannya terganggu berikutan tindakan wanita itu ))
dan menunjuk ke arah tingkap di mana wanita itu sedang berbaring,
” katanya.
Menyedari punca pelanggaran yang tidak disengajakan itu, mangsa kemalangan kemudiannya berkata: “Oh, baru saya faham maksud awak.”
Pada masa sama, beberapa kereta dilihat menghalang lalu lintas kerana pemandunya terlalu asyik melihat gelagat wanita itu hinggakan polis peronda terpaksa dipanggil untuk mengawal keadaan.Bagaimanapun, sebaik polis tiba, wanita itu sudah masuk ke kediamannya dan menutup tingkap..
Jadi fikirkan.hal sebigini pun boleh menyumbangkan ke arah punca kemalangan.
jd Disini saya cadangkan kemalangan boleh berlaku dengan punca dan sebab yang tidak di jangka.
:-)
Bogel
Tuesday, August 26, 2014
Tak Salah Berbikini Begini Berjalan Di Tengah Jalan.
Orang awam mengambil gambar pasangan pengantin separuh bogel di Jalan Sultan Yussuf. Foto ini diambil daripada pengguna Facebook, Huang Xiao Lung.
Di Laman Sosial..IPOH: Gambar separuh bogel pasangan pengantin yang dikatakan bergambar di hadapan sebuah bank Jalan Sultan Yussuf kini mula tersebar dan menjadi tarikan di laman sosial.Gambar tersebut menunjukkan pengantin wanita itu hanya memakai pakaian dalam dan vel pengantin, manakala pasangan lelaki tidak berbaju dan hanya memakai 'bow tie' serta seluar panjang bewarna hitam.Tidak dijelaskan bila penggambaran itu dibuat, namun gambar tersebut berada di laman sosial sejak Isnin. Pasangan pengantin itu kelihatan tidak segan walaupun ada pengguna jalan itu mengambil gambar mereka.Bagaimana pun, pengurus besar galeri perkahwinan yang hanya mahu dikenali sebagai Koo berkata, pasangan tersebut merupakan model dan hanya menjalankan penggambaran, bukan untuk berkahwin. Koo yang menguruskan penggambaran itu berkata, jurugambar biasanya lebih 'kreatif' dan amat terkejut dengan maklum balas di laman sosial.Katanya, dia sudah mengambil kira dari segi aspek undang-undang dan yakin ia bukan satu kesalahan."Orang ramai terlalu 'berlebih-lebih' kerana mereka tidak pernah melihat wanita yang memakai bikini berjalan di tengah jalan sebelum ini."Mereka ada hak untuk mengadu," jelas Koo sambil memberitahu sudah menjadi jurugambar profesional lebih 20 tahun."Saya memilih lokasi ini kerana amat bersesuaian dengan tema dan konsep," tambahnya.Sementara itu,
Ketua Polis Perak,
Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihak belum menerima sebarang laporan, namun akan menyiasat perkara tersebut.
Apa? apa?apa? Pendapat anda?
KEMALANGAN JALAN RAYA
DEFINISI
Kemalangan jalan raya merupakan suatu tragedi yang melibatkan semua orang sama ada sebagai pemandu kenderaan, penumpang, atau pejalan kaki.
PUNCA-PUNCA
1).Sikap terburu-buru dan mementingkan diri sendiri.
2. Jalan raya licin semasa hujan menyebabkan kenderaan terbabas dan tidak terkawal.
3. Jalan raya sempit menyebabkan banyak kenderaan tidak mempunyai ruang untuk bergerak apabila berlaku kecemasan.
4. Memandu ketika mabuk, khayal @ mengantuk.
5. Ketiadaan tempat rehat dan lampu jalan.
LANGKAH-LANGKAH ATASI
1.Mengetatkan peraturan dan pengawasan yang lebih kerap.
2.Pengeluaran lesen yang lebih ketat.
3.Pihak berkuasa seperti polis trafik dan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) harus bekerjasama dan mempergiatkan operasinya.
4.Menggunakan pistol radar untuk menahan kenderaan yang melepasi had laju yang ditetapkan.
KESAN-KESAN
1. Kadar kematian seluruh negara semakin meningkat.
2. Ramai ahli keluarga akan kehilangan orang yang tersayang.
3. Trauma.
HALANGAN@CABARAN
1. Sikap pemandu yang masih tidak mahu bekerjasama menyebabkan masalah ini sukar diatasi.
2. Segelintir masyarakat tidak memandang berat hukuman yang dikenakan.
3. Segelintir masyarakat memandang ringan terhadap operasi yang telah dilancarkan.
4. Sikap pemandu yang merasuah pihak polis trafik supaya tidak disaman.
GARIS PANDUAN PENGGUNA
JALAN RAYA
1. Pasangkan lampu - Pasangkan lampu kecil apabila jarak penglihatan turun daripada paras biasa.
2. Pasangkan lampu utama apabila jarak penglihatan turun secara mendadak. Jangan gunakan lampu tinggi kerana jerebu membalikkan cahaya dan akan memburukkan keadaan.
3. Kurangkan kelajuan - Perlahankan kenderaan supaya sempat berhenti apabila berlaku kecemasan.
4. Jaga jarak antara kenderaan - Pemandu harus mengekalkan jarak yang selamat antara kenderaan di hadapan supaya mempunyai ruang yang mencukupi untuk berhenti sekiranya ada situasi merbahaya di hadapan.
5. Jangan berhenti di tepi jalan - Berhenti di tempat yang disediakan seperti di perhentian atau kawasan rehat dan rawat. Pasangkan lampu kecil untuk keselamatan.
6. Berhati-hati apabila mengambil simpang atau memotong kenderaan - Pasang lampu isyarat dan pastikan ianya selamat sebelum masuk ke simpang atau memotong kenderaan.
7. Kenderaan rosak - Berhenti di tempat yang tidak menghalang lalulintas. Hubungi pihak lebuh raya atau polis supaya ianya dapat ditarik ke kawasan yang selamat dengan segera.
8. Warga emas - Warga emas dinasihatkan tidak memandu dalam keadaan jerebu.
9. Pengumuman trafik di radio dan paparan iklan elektronik - Pemandu dinasihatkan agar mendengar pengumuman trafik di radio dan juga mesej di paparan iklan elektronik untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung keadaan trafik di kawasan yang dilalui.
10. Peringatan khas untuk pengguna motosikal - Selain daripada panduan di atas, pengguna motosikal dinasihatkan supaya memakai pakaian yang bewarna cerah dan topi keledar yang mempunyai pelekat bersinar bagi meningkatkan kebolehlihatan serta memakai penutup muka.
11. Peringatan kepada pengguna motokar - Jangan pasang lampu kecemasan (hazard light) semasa memandu kerana ianya mengelirukan pemandu lain. Lampu kecemasan hanya digunakan apabila kenderaan BERHENTI di tepi jalan semasa berlaku kecemasan.
PEMANDUAN BERHEMAH
KETIKA CUACA BURUK
1. Sapu wap pada cermin kenderaan anda yang disebabkan oleh hujan,jika perlu gunakan pengering cermin(dimister.
2. Kurangkan kelajuan anda mengikut keadaan cuaca. Pastikan lampu belakang, lampu brek, dan lampu isyarat yang lain dalam keadaan baik.
3. Jika hujan terlalu lebat, anda dinasihati supaya memberhentikan kereta anda di tempat yang selamat sehingga hujan berhenti
4.Anda harus berhati-hati dan memperlahankan kenderaan anda apabila hujan mula turun kerana pada masa itu jal;an licin.
5. Cuaca buruk tidak mendatangkan bahaya jika pemandu dapat menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut.
RUMUSAN
Secara keseluruhannykemalangan jalan raya semakin berleluasa dari semasa ke semasa yang melibatkan nyawa. Pelbagai faktor boleh dijadikan sebab berlakunya kemalangan. Kempen dan pelaksanaan Sistem Jalan Raya(KEJARA) harus dipergiatkan lagi untuk menyedarkan pemandu.Oleh itu, pihak bertanggungjawab menyedia dan menyelenggara infrastruktur jalan raya harus mempunyai integriti dan kredebiliti untuk menjalankan tugas dengan amanah bagi mengurangkan masalah kemalangan jalan raya.
sekadar perkongsian..
Jumaat, 22 Ogos 2014
TERPEROSOK DI BAWAH LORI
PUTRAJAYA 13 Ogos - Empat sahabat terkorban dalam kemalangan di Kilometer 29.5, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) di sini hari ini, apabila kereta yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori membawa muatan pasir di lorong kecemasan.Kesemua mangsa,
1)N. Murugan, 41;
2)S. Kalaiselvan, 41;
3)N. Gopi, 32,
4)Mazuan Malik, 42,
mati di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu.Difahamkan, mereka dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Shah Alam untuk ke Pulau Pinang atas urusan kerja.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Mohd. Yusoff Awang berkata, kemalangan itu terjadi apabila kereta dipandu Gopi dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh belakang lori yang diletakkan di lorong kecemasan selepas tayarnya pecah."Pihak bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan memecahkan cermin dan memotong pintu serta bumbung kereta."Pemandu lori berusia 31 tahun itu turut tercampak beberapa meter kerana ketika kejadian dia baru hendak meletakkan alat pemantul cahaya di belakang lori hingga mengakibatkan dia cedera di bahagian kaki," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Mohd. Yusoff seterusnya berkata, siasatan awal mendapati jalan pada ketika itu licin kerana hujan."Mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk tujuan bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.Sementara itu di Hospital Putrajaya, adik Murugan yang enggan dikenali berkata, dia hanya mengetahui kejadian tersebut selepas dimaklumkan oleh bapa saudaranya pada pukul 9 pagi.Dia yang ketika itu berada di Subang, diminta untuk ke Hospital Putrajaya untuk tujuan pengecaman."Sebaik sahaja tiba hospital, saya terkejut apabila mendapati abang maut dalam kemalangan."Dia dan tiga rakan kongsinya pergi ke Pulau Pinang atas urusan perniagaan minyak tar jalan," katanya yang kali terakhir berjumpa dengan mangsa kira-kira dua bulan lalu.Dia menambah, abangnya sudah berkahwin dan mempunyai lima anak berusia antara lapan hingga 16 tahun.
Dalam pada itu, rakan baik kesemua mangsa, Zainudin Abdullah, 41, tidak menyangka akan kehilangan semua rakannya sekaligus dalam kemalangan tersebut.Dia yang tidak dapat menyembunyikan kesedihan menyifatkan kesemua mereka sebagai kawan yang setia kerana sentiasa ada ketika susah dan senang."Mereka semua kawan lama saya malah, ada antaranya sudah dikenali hampir 20 tahun. Saya tidak menyangka akan kehilangan mereka sekali gus," katanya.
Takziah...