Ahad, 28 Disember 2014

Bencana alam dan insuran

Insuran juga ada melindungi harta anda.dan layak membuat tuntutan walau di sebabkan bencana alam.

Rumah anda merupakan tanggungjawab kewangan anda yang terbesar. Oleh itu, tidak hairanlah jika anda mahu memastikan aset anda ini kekal selamat, daripada bencana alam, kemalangan dan kecurian

Insuran perumahan dan takaful perumahan boleh menjamin rumah serta kelengkapan di dalamnya selamat.  

Sekiranya anda mempunyai kenderaan bermotor .anda wajib untuk membeli insurans motor. Jadi, luangkan sedikit masa untuk memahami apa yang di lindungi oleh insuran.

BANJIR DAN INSURANS

Dalam sidang medianya di lapangan terbang Pengkalan Chepa, Najib berkata darurat tidak diisytiharkan di negeri terjejas bencana banjir kerana ia akan membawa kepada kerugian kepada mangsa.Beliau berkata, pengumuman darurat akan menyebabkan mangsa banjir tidak dapat membuat tuntutan insurans terhadap kerosakan harta benda yang dialami mereka.Dalam masa yang sama beliau mengumumkan bantuan khusus RM500 juta kepada mangsa banjir di semua negeri yang terjejas.Perdana Menteri berkata, bantuan itu bagi membantu mangsa yang kediaman dan kenderaan yang musnah."Bantuan khusus ini tidak termasuk peruntukan membina semula infrastruktur awam yang musnah seperti jalan, hospital, masjid dan lain-lain," katanya.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan tiga langkah tambahan bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.“Langkah kedua ialah pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sepatutnya dibayar hujung bulan Januari dipercepatkan kepada pertengahan bulan Januari.“Langkah ketiga pula meminta agensi serta institusi berkaitan kewangan supaya membuat penjadualan semula pinjaman mangsa yang terlibat,” katanya.Terhadahulu, Najib meninjau beberapa kawasan yang teruk dilanda banjir di Kelantan.Perdana Menteri menaiki helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) meninjau antaranya jajahan Pasir Mas, Tumpat, Rantau Panjang dan Tanah Merah.Beliau turut bertemu mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kubang Batang, Tumpat, dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing di Tanah Merah.Perdana Menteri kelihatan mendengar suara hati rakyat yang meliputi keluhan, rintihan dan harapan ketika berjumpa mereka.Mengetepikan protokol, Najib turut makan apa yang dimakan oleh mangsa-mangsa banjir serta minum apa yang mereka minum.-27/12/2014

Ahad, 2 November 2014

tuntutan kemalangan/insurance claim: Kemalangan di hari merdeka

tuntutan kemalangan/insurance claim: Kemalangan di hari merdeka: 1 September 2014KUALA SELANGOR - Hasrat seorang remaja yang mahu menyambut Hari Kemerdekaan bersama keluarganya tidak kesampaian apabila mau...

Isnin, 29 September 2014

Bila manusia berfikir seperti monyet

Jurujual ditahan kerana dakwa polis ‘monyet’ dalam Facebook.

Seorang jurujual kereta ditangkap polis pagi ini kerana didakwa menghina anggota polis trafik dengan memanggil mereka 'monyet' melalui Facebook,

lapor Harian Metro.Lelaki berusia 32 tahun itu ditahan reman selama tiga hari selepas ditahan di rumahnya di Taman Cheng Utama, Melaka, hanya selepas tengah malam hari ini berikutan laporan polis terhadap posting Facebook beliau.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah dilaporkan berkata telefon bimbit suspek yang dipercayai digunakan untuk memuat naik posting itu juga dirampas.
Menurut screenshot yang dilaporkan Harian Metro, pengguna media sosial itu didakwa menulis:
Mereka "monyet" sedang mencari pendapatan tambahan.... pls berhati-hati di Melaka raya berhampiran bank Standard Chartered".

Akhbar itu melaporkan laporan polis dibuat terhadap pengguna Facebook yang dikenali sebagai Kent Tan, apabila orang ramai mendakwa posting itu menghina pasukan polis.

Siasatan mendedahkan posting itu dibuat tidak lama selepas dua polis trafik menghentikan kereta yang dipandu suspek di Taman Melaka Raya semalam sebelum tengah hari.

ACP Raja Shahrom dilaporkan berkata bahawa posting itu kemudian dimuat naik pada kira-kira 11:30 hari yang sama.-

calling cops ‘monkey’ lands salesman in jail

Selasa, 9 September 2014

Kemalangan di hari merdeka

1 September 2014KUALA SELANGOR - Hasrat seorang remaja yang mahu menyambut Hari Kemerdekaan bersama keluarganya tidak kesampaian apabila maut dalam satu kemalangan, awal pagi semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 6.25 pagi itu, mangsa, S Thivagaran, 19, yang dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Penggawa, dekat sini meninggal dunia  di KM42.5 Jalan Klang-Teluk Intan di Kampung Assam Jawa.Menurut sumber, mangsa yang bersendirian memandu kereta jenis Proton Wira dipercayai terbabas masuk ke sebelah bahu jalan menghala ke Kuala Selangor.“Kereta mangsa terbabas masuk ke dalam longkang sehingga menyebabkan kerja mengeluarkan mangsa mengambil masa kira-kira sejam sebelum mayat dibawa ke Hospital Tanjong Karang“Dalam kejadian itu, remaja lelaki itu cedera parah di beberapa bahagian badan dan kepala manakala kereta mengalami kerosakan teruk,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Muhd Taib Ahmad mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian kemalangan dan kes masih disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Mana-mana penduduk atau pengguna jalan raya yang menyaksikan kejadian terbabit diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan./i>

Isnin, 25 Ogos 2014

GADIS BOGEL DITEPI TINGKAP

Pengguna jalan raya tidak dapat memandu dengan tenang apabila terlihat wanita berkenaan di bangunan kediaman yang terletak di Vienna, Austria itu.

Gregory Shakaki menyedari aksi selamba itu dan merakamkan gambar seorang wanita berbaring dengan kakinya menjulur ke luar tingkap di aras tiga bangunan itu

“Saya terkejut apabila melihatnya,” kata pelajar itu.
Ternyata Shakaki bukan satu-satunya saksi kejadian itu, sebaliknya ramai lagi pengguna jalan raya yang terkesan dengan perbuatan wanita berkenaan.

Michael Kienast berkata, wanita itu terlalu inginkan sinaran matahari hingga melakukan sesuatu yang jarang dilakukan.
“Ketika ramai mendongak melihat wanita itu, saya terdengar ada yang menjerit kepada pemandu yang terlanggar kenderaan lain di hadapannya.
((“Pemandu itu kemudiannya meminta maaf dan mengakui tumpuannya terganggu berikutan tindakan wanita itu ))
dan menunjuk ke arah tingkap di mana wanita itu sedang berbaring,

” katanya.
Menyedari punca pelanggaran yang tidak disengajakan itu, mangsa kemalangan kemudiannya berkata: “Oh, baru saya faham maksud awak.”
Pada masa sama, beberapa kereta dilihat menghalang lalu lintas kerana pemandunya terlalu asyik melihat gelagat wanita itu hinggakan polis peronda terpaksa dipanggil untuk mengawal keadaan.Bagaimanapun, sebaik polis tiba, wanita itu sudah masuk ke kediamannya dan menutup tingkap..

Jadi fikirkan.hal sebigini pun boleh menyumbangkan ke arah punca kemalangan.
jd Disini saya cadangkan kemalangan boleh berlaku dengan punca dan sebab yang tidak di jangka.

:-)