Selasa, 9 September 2014

Kemalangan di hari merdeka

1 September 2014KUALA SELANGOR - Hasrat seorang remaja yang mahu menyambut Hari Kemerdekaan bersama keluarganya tidak kesampaian apabila maut dalam satu kemalangan, awal pagi semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 6.25 pagi itu, mangsa, S Thivagaran, 19, yang dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Penggawa, dekat sini meninggal dunia  di KM42.5 Jalan Klang-Teluk Intan di Kampung Assam Jawa.Menurut sumber, mangsa yang bersendirian memandu kereta jenis Proton Wira dipercayai terbabas masuk ke sebelah bahu jalan menghala ke Kuala Selangor.“Kereta mangsa terbabas masuk ke dalam longkang sehingga menyebabkan kerja mengeluarkan mangsa mengambil masa kira-kira sejam sebelum mayat dibawa ke Hospital Tanjong Karang“Dalam kejadian itu, remaja lelaki itu cedera parah di beberapa bahagian badan dan kepala manakala kereta mengalami kerosakan teruk,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Muhd Taib Ahmad mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian kemalangan dan kes masih disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Mana-mana penduduk atau pengguna jalan raya yang menyaksikan kejadian terbabit diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan./i>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan