Jumaat, 22 Ogos 2014

TERPEROSOK DI BAWAH LORI

PUTRAJAYA 13 Ogos - Empat sahabat terkorban dalam kemalangan di Kilometer 29.5, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) di sini hari ini, apabila kereta yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori membawa muatan pasir di lorong kecemasan.Kesemua mangsa,
1)N. Murugan, 41;
2)S. Kalaiselvan, 41;
3)N. Gopi, 32,
4)Mazuan Malik, 42,

mati di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu.Difahamkan, mereka dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Shah Alam untuk ke Pulau Pinang atas urusan kerja.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Mohd. Yusoff Awang berkata, kemalangan itu terjadi apabila kereta dipandu Gopi dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh belakang lori yang diletakkan di lorong kecemasan selepas tayarnya pecah."Pihak bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan memecahkan cermin dan memotong pintu serta bumbung kereta."Pemandu lori berusia 31 tahun itu turut tercampak beberapa meter kerana ketika kejadian dia baru hendak meletakkan alat pemantul cahaya di belakang lori hingga mengakibatkan dia cedera di bahagian kaki," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Mohd. Yusoff seterusnya berkata, siasatan awal mendapati jalan pada ketika itu licin kerana hujan."Mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk tujuan bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.Sementara itu di Hospital Putrajaya, adik Murugan yang enggan dikenali berkata, dia hanya mengetahui kejadian tersebut selepas dimaklumkan oleh bapa saudaranya pada pukul 9 pagi.Dia yang ketika itu berada di Subang, diminta untuk ke Hospital Putrajaya untuk tujuan pengecaman."Sebaik sahaja tiba hospital, saya terkejut apabila mendapati abang maut dalam kemalangan."Dia dan tiga rakan kongsinya pergi ke Pulau Pinang atas urusan perniagaan minyak tar jalan," katanya yang kali terakhir berjumpa dengan mangsa kira-kira dua bulan lalu.Dia menambah, abangnya sudah berkahwin dan mempunyai lima anak berusia antara lapan hingga 16 tahun.
Dalam pada itu, rakan baik kesemua mangsa, Zainudin Abdullah, 41, tidak menyangka akan kehilangan semua rakannya sekaligus dalam kemalangan tersebut.Dia yang tidak dapat menyembunyikan kesedihan menyifatkan kesemua mereka sebagai kawan yang setia kerana sentiasa ada ketika susah dan senang."Mereka semua kawan lama saya malah, ada antaranya sudah dikenali hampir 20 tahun. Saya tidak menyangka akan kehilangan mereka sekali gus," katanya.

Takziah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan