Jumaat, 23 Oktober 2015

Mee kolok

Mee kolok.....
Apa yang pm kita sebut2 mee kolok di dlm bajet 2016 .kepada yang tak tau lg....nih diaaa......


Ada ker yang tak pernah tengok or rasa Mee Kolok? Mee Kolok menjadi menu tradisi yang popular dan kebanggaan orang Sarawak. Ianya mee kering yang dicelur dan dihidang bersama sayur, sup daging dan sambal kicap yang enak. Saya makan satu mangkuk licin! Yummy sangat!

Pergaduhan perempuan di kelantan

Korang tengok dan korang rasa pasal apa.tapi kejam lah..haish..mcm2.seram.dah di pukul..diambil pula video yang mengaibkan.terbogel perempuan tu kena.

Bajet 2016

Bajet 2016 bertemakan "Mensejahtera Kehidupan Rakyat".



                 #Bajet 2016 #

* Bajet 2016 memperuntukkan RM267.2 bilion, berbanding RM260.7 bilion peruntukan dipinda 2015.

* RM215.2 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM52 bilion untuk perbelanjaan pembangunan

* RM70.5 bilion untuk emolumen, RM36.3 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan

* Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan RM30.1 bilion

* Peruntukan untuk sektor sosial merangkumi pendidikan dan latihan, kesihatan, perumahan dan kesejahteraan masyarakat RM13.1 bilion

* Peruntukan sektor keselamatan RM5.2 bilion

* Kutipan hasil kerajaan Persekutuan untuk 2016, diunjurkan RM225.7 bilion, meningkat RM3.2 bilion berbanding 2015.

* Defisit fiskal kerajaan dijangka menguncup kepada 3.1 peratus pada 2016.

* Sasaran sumbangan pelaburan domestik kepada KDNK pada 26.7 peratus bagi tahun 2016

* Pembangunan Malaysian Vision Valley dengan unjuran pelaburan permulaan RM5 bilion

* Pembangunan Cyber City Centre di Cyberjaya dengan nilai pembangunan RM11 bilion

* Pembangunan Bandar Lapangan Terbang atau Aeropolis KLIA dengan pelaburan RM7 bilion

* Pelaburan RM6.7 bilion oleh Khazanah Nasional dalam sembilan projek domestik berimpak tinggi

* Projek RAPID Complex Pengerang, Johor dengan pelaburan dianggarkan RM18 bilion

* Projek Rubber City di Kedah dengan peruntukan RM320 juta, Taman Perindustrian Samalaju, Sarawak (RM142 juta) dan Jeti Minyak Kelapa Sawit di

Sandakan, Sabah (RM20 juta)

* Elaun Pelaburan Semula Khas dalam sektor pengilangan dan pertanian terpilih bagi syarikat sedia ada

* Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah

* Skim Dana Pembiayaan PKS Patuh Syariah sehingga 31 Dis 2017

* Peruntukan RM107 juta untuk melaksanakan Pelan Induk PKS

* Peruntukan RM60 juta untuk Skim Anjakan Usahawan serta Skim Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PKS

* Peruntukan RM200 juta untuk menubuhkan dana pinjaman SME Technology Transformation Fund di bawah SME Bank

* Membina dan menambah baik pengangkutan rel dan lebuh raya

* RM900 juta untuk projek penyuraian trafik Jalan Tun Razak

* Kajian pembinaan lebuh raya pesisiran pantai Masjid Tanah-Klebang-Jambatan Syed Abdul Aziz di Melaka

* RM42 juta untuk membina Lapangan Terbang Mukah, Sarawak, menaik taraf lapangan terbang di Kuantan dan Kota Baharu

* Kajian pembesaran landasan Lapangan Terbang di Batu Berendam, Melaka

* Projek sambungan LRT Ampang-Putra Heights siap Mac 2016, Kelana Jaya-Putra Heights siap pertengahan 2016

* Projek MRT Sungai Buloh-Semantan dapat digunakan pada Disember 2016, Semantan-Kajang pada pertengahan 2017

* Projek MRT II Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya bermula suku kedua 2016, siap 2022

* Projek LRT3 Bandar Utama, Damansara-Johan Setia, Klang mula dibina pada 2016, siap 2020

* Kerajaan teruskan rundingan High Speed Rail dengan Singapura

* Bus Rapid Transit KL-Klang, Kota Kinabalu akan dilaksanakan

* SKMM sediakan RM1.2 bilion untuk projek jalur lebar luar bandar, National Fiber Backbone Infrastructure, jalur lebar kelajuan tinggi dan sistem kabel dasar laut

* RM250 juta untuk projek pendigitalan penyiaran nasional bagi tingkatkan kualiti audio visual dan beri nilai tambah kandungan tv

* RM1.4 bilion untuk membina dan menaik taraf jalan luar bandar

* RM878 juta untuk projek Bekalan Elektrik Luar Bandar kepada 10,000 rumah

* RM568 juta untuk Projek Bekalan Air Luar Bandar kepada 3,000 rumah

* Kerajaan sasar 30.5 juta pelancong pada 2016, menyumbang RM103 bilion kepada ekonomi negara

* Permohonan visa secara dalam talian untuk China, India, Myanmar, Nepal, Sri Lanka, Amerika Syarikat dan Kanada

* RM450 juta untuk pelbagai program pertanian berimpak tinggi

* RM190 juta kepada FAMA untuk Program Penurunan Harga untuk tambah 50 Pasar Tani dan wujudkan 150 Agrobazaar Rakyat 1Malaysia

* Penjenamaan semula MARDI, Jabatan Veterinar, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan

* RM235 juta untuk Program Promosi 1Malaysia, Dana Eksport Perkhidmatan dan Dana Promosi Eksport di bawah Matrade

* RM877 juta untuk pelbagai usaha teknologi hijau seperti bekalan air bersih

* RM515 juta untuk meningkatkan mutu bekalan elektrik di Sabah

* RM41.3 bilion untuk Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bagi 2016

* Pembinaan 30 sekolah rendah, 27 sekolah menengah, empat MRSM dan lima SBP

* RM135 juta untuk Program Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris

* Had maksimum amaun pelepasan cukai ke atas yuran pengajian dinaikkan RM7,000 daripada RM5,000 setahun

Brim bajet 2016

Bajet 2016: Jumlah BR1M Ditambah

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun 2016 akan diteruskan dengan jumlahnya ditambah berbanding sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia bertujuan bagi merealisasikan harapan seperti yang dijanjikan dalam ikhtiar meringankan kos sara hidup rakyat.

Katanya, satu kategori baru diperkenalkan bagi semua penerima dalam senarai e-kasih yang berpendapatan bulanan yang dibawah RM1,000.

“Mereka akan menerima BR1M sebanyak RM1,050,” katanya.

Beliau berkata lagi, bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, BR1M akan ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1,000.

“Selain itu, bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800,” katanya.

Tambahnya lagi, pembayaran BR1M bagi kategori individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas serta berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan juga ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400.

“Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1,000 akan diteruskan,” katanya lagi.

Beliau juga berkata, meskipun ada pihak yang mengatakan bahawa BR1M tidak perlu diteruskan, namun melalui maklum balas yang diterima, mereka sangat bersyukur dan berterima kasih di atas keprihatinan kerajaan.

“Ini kerana terbukti BR1M tersebut telah sedikit sebanyak membantu meringankan beban hidup mereka,” tegasnya.

Rabu, 7 Oktober 2015

Kemalangan tragik yang seram

Kemalangan Tragik Paling Ngeri Hingga Mati
Nak baca kisah seram? Yang pastinya buat korang tak dapat tidur malam. Asyik terbayang-bayang ketakutan. Nah! Apa kata cuba baca cerita tragis ni. Hasil karangan budak sekolah rendah darjah 4. 
Tajuk: Kemalangan Ngeri Yang Pernah Saya Lihat
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip.
Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu, barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. 
Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.
Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. 
Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia. Lori itu bertukar menjadi robot Transformer. 
Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah.
Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya.
Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. 
Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.
Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. 
Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. 
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati.
Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati...
Amboi! Ngeri sangat! Ni budak sekolah yang karang cerita ataupun bapa budak yang reka cerita. Sangat menggeletek hati kisahnya. Pengsan kalau ada anak murid kreatif sebegini. Pitam cikgu nak layan.  Apa pun, ia memang kisah yang ngeri menyayat hati!
Terima kasih
 
thanks for sharing
kena langgaq lori jatuh gaung.. hanya sebut "adoi" je... siap bole bangun kejaq lori lagi.. ngeri ngeri!