Sabtu, 14 Mac 2015

ANGGOTA POLIS TIDUR DITUKAR

Dua anggota polis yang ditangkap tidur dalam waktu bertugas di balai polis komuniti Mak Mandi, daerah Seberang Prai Utara (SPU) ditukarkan serta merta ke pusat kawalan SPU.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, dua kertas siasatan dibuka untuk tindakan tatatertib ke atas kedua-dua anggota polis, seorang lelaki dan seorang wanita itu, selepas gambar mereka yang tertidur di kaunter, tersebar di media sosial.

“Ini perkara serius dan tindakan tatatertib akan diambil. “Sementara menunggu tindakan tatatertib itu diambil, kedua-dua anggota polis itu ditukarman dalam masa 24 jam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.Gambar kedua-duanya yan tidur di kaunter tempat orang awam mengadu, tersebar di lama sosial dan blog, dan mendapat kritikan orang ramai.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tarikh gambar tersebut diambil.Walaupun kerjaya sebagai polis ini kadang kala memenatkan, namun tanggungjawab sebagai anggota polis amat besar dan seharusnya perbuatan tidur ketika sedang bertugas sepatutnya tidak berlaku.

Diharap ianya menjadi pengajaran kepada anggota keselamatan yang lain. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan