Rabu, 4 Mac 2015

SEBAB DIA PEGAWAI

"En. , "apa-apa hal saya ikut polis, saya dinasihatkan oleh kawan supaya semua urusan ikut polis"

Ini ayat-ayat yang terpacul keluar dari mulut seorang pelanggan saya semasa saya menjalankan konsultansi berkaitan kes kemalangan yang melibatkan beliau baru-baru ini.

Saya terdiam sejenak dan mula berfikir bagaimana keadaan ini boleh berlaku ke atas beliau, sedangkan dari segi penampilan beliau kelihatan terpelajar, segak dan berjawatan besar.Saya terus bertanya"ada sarjan cadangkan mana-mana firma guaman untuk En". beliau menjawabkan   "tiada, sarjan suruh saya cari sendiri,

sebenarnya saya tunggu sarjan buka mulut beritahu saya firma guaman mana yang perlu saya lantik, tapi dia langsung tak cakap apa-apa".

"Oleh sebab En. AWAM pernah jumpa saya, saya tiada pilihan lain kecuali ambil firma En. sebagai peguam saya". Saya menarik nafas lega kerana rakan saya AIO yang mengendalikan kes berkenaan langsung tidak menyebut ataupun mencadangkan firma saya kepada pelanggan tadi.

Dalam diam perasaan kagum, hairan dan hormat terbit dalam sanubari saya terhadap AIO trafik ini. Orangnya begitu tegas, tetapi amat mesra dan sentiasa memberi kerjasama yang baik apabila ada apa-apa urusan yang perlu dirujuk kepada beliau. Beliau adalah contoh anggota polis yang begitu berintergiti, profesional dan bertanggungjawab terhadap tugasan beliau.

1.) Beliau akan menjalankan siasatan dengan adil, saksama dan penuh tanggungjawab terhadap tugasan beliau tanpa cenderung kepada mana-mana pihak;

2. )Mengambil keterangan, mengumpul bukti dan merakam apa-apa percakapan daripada saksi yang melihatkan kemalangan;

3.)Melawat lokasi kejadian, merakamkan apa-apa kesan, bukti, keadaan dan situasi yang wujud di tempat kejadian;

4.)Melukis rajah kasar dan kunci berdasarkan kepada lawatan beliau di lokasi kejadian;

5.)Menyediakan, melengkap dan menyempurnakan kertas siasatan dengan secepat mungkin;

6. )Mengemukakan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara melalui Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan susulan seperti urusan pendakwaan kepada pihak yang cuai dalam kemalangan tersebut;

Sebenarnya di bawah prosedur undang-undang jenayah di Malaysia, Pendakwa Raya merupakan orang yang paling berkuasa dalam pentadbiran keadilan jenayah.
Segala keputusan tentang tindakan terhadap perlakuan kesalahan jenayah terletak di tangan beliau.

Ketua Hakim Negara atau hakim-hakim sekalipun tidak mempunyai kuasa sebagaimana kuasa Yang Bijaksana Pendakwa Raya. Oleh itu,
Pendakwa Raya mempunyai hak dan kuasa penuh untuk memutuskan pendakwaan, bukannya polis ataupun agensi-agensi pengkuatkuasaan yang lain.

Tetapi saya mengakui bahawa AIO mahupun IO boleh mempengaruhi tindakan pihak Pendakwa Raya melalui cara, kaedah dan bagaimana kertas siasatan tersebut dihasilkan.

Kebanyakan orang awam beranggapan bahawa polis berkuasa untuk memutuskan sama ada mereka berada di pihak yang salah ataupun sebaliknya,

disebabkan stigma negatif ini maka terjadi kejadian dan keadaan dimana AIO dan IO trafik " menyalahguna kuasa" yg ada di tangan mereka untuk kepentingan diri masing-masing.

Tidak dinafikan wujud sebahagian kecil AIO dan IO trafik yang kebanyakannya berpusat di kota-kota besar seperti lembah klang yang menggunakan kedudukan dan kuasa mereka untuk mempengaruhi atau memaksa mangsa kemalangan jalanraya melantik peguam yang mempunyai link ataupun jaringan dengan mereka.

Pernah terjadi, seorang AIO daripada sebuah IPD di lembah klang meminta, menggugut dan memaksa seorang pelanggan saya untuk melantik peguam pilihannya dengan memberitahu bahawa jika pelanggan saya tidak mengambil peguam cadangan beliau, beliau akan ubah siasatan kes ini yang boleh mengakibatkan pelanggan saya dipersalahkan.

Tetapi pelanggan saya seorang yang berpelajaran, matang dan berfikiran terbuka, beliau langsung mengabaikan ugutan dan paksaan tersebut, beliau bukan sahaja tidak mengambil peguam yang dicadangkan oleh AIO tersebut, tetapi sebaliknya terus membuat satu laporan kepada pihak SPRM berhubung kelakuan dan tindakan salah guna kuasa anggota polis tersebut.

Saya bertanya kepada beliau, mengapa tidak mengambil peguam yang dicadangkan oleh sarjan yang mengendalikan kes ini. Beliau memberitahu saya bahawa ahli keluarga beliau pernah mengalami "pengalaman buruk "ketika berurusan dengan peguam yang dicadangkan oleh pihak polis. Ketika urusan perundingan mereka dimaklumkan bahawa caj yang akan dikenakan hanyalah sejumlah 20% daripada jumlah pampasan yang diterima. Tetapi apabila hadir untuk perbincangan penyelesaian di pejabat peguam tersebut, dia dikehendaki membayar caj guaman sebanyak 30% daripada jumlah pampasan berserta semua perbelanjaan dan kos tindakan, daripada jumlah RM9,000.00 yang dipampaskan ke atas beliau, akhirnya baki tinggal hanyalah RM3,0000.00.

Apa yang beliau kesalkan semasa perundingan dia langsung tidak dimaklumkan bahawa beliau akan dan/atau bakal dicajkan terhadap perbelanjaan dan kos tindakan.Ini merupakan satu kumpulan atau sindiket yang dipelopori oleh golongan profesional yang menipu dan mencekik darah pengguna, kebanyakan yang menjadi mangsa adalah" orang melayu" yang mempunyai tahap pendidikan sederhana, bersikap tamak dan mudah terpedaya dengan anggota polis trafik .
Kesimpulannya sebagaimana yang pernah ditegaskan sebelum ini, anda semua berhak untuk diwakili oleh mana-mana peguam yang anda percayai, sukai dan anda yakini.
Tiada sesiapapun yang boleh memaksa anda termasuk AIO atau IO kerana orang yang berisiko menghadapi "penipuan" dikemudian hari adalah diri anda sendiri bukannya pegawai polis berkenaan.tiada jaminan pun dari pegawai polis itu jika peguam yang di cadangkan oleh dia.akan berjaya.atau tidak ditipu.bukan hanya sekadar di mulut sahaja.

Golongan ini hanya harapkan imbuhan dari peguam yang di lantik hasil dari cadangan pegawai tadi.dan sumber imbuhan itu.adalah dari bakal jumlah tuntutan pampasan anda nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan