Jumaat, 28 Ogos 2015

Cerita 2013

Kenapa masih begini...

LUMPUR, 12 SEPTEMBER: Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jawapan kepada kegagalan polis untu bertindak terhadap kejadian langgar lari yang mengorbankan tiga nyawa, 18 Jun lalu.

Beliau juga mempertikai mengapa pihak polis perlu menunggu hingga tiga bulan untuk mendapatkan laporan kimia sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Ini tidak boleh diterima sama sekali. Kenapa boleh berlaku sebegitu lama untuk mendapatkan laporan kimia?

“Terdapat banyak kesalahan lain yang turut berlaku di sini, siasatan tidak semestinya perlu bergantung kepada laporan kimia semata. Jadi, mengapa polis begitu lambat bertindak?,” soalnya dalam kenyataan, semalam.

Laman portal berita, The Malay Mail, semalam melaporkan bahawa pihak polis masih menunggu untuk melihat laporan kimia bagi menentukan kewujudan suspek, seorang ahli perniagaan terkenal yang memandu di bawah pengaruh alkohol dalam kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Yusof Mohd Diah sebelum ini turut memberi jaminan polis akan menjalankan siasatan secara telus mengenainya.

Kemalangan ngeri yang berlaku di Kilometer 13.9, Jalan Taiping-Kuala Sepetang itu menyebabkan tiga terbunuh dan tiga yang lain cedera.

Mereka yang terbunuh ialah Harvinder Singh, 28, Mohd Zaini Abdullah (57 tahun) dan isteri, Radziah Mohd Yusoff (55 tahun).

Rakan Harvinder, Mohd Ismail Md Ramli (22 tahun), Johari Zakaria (45 tahun) serta seorang penunggang motosikal tidak dikenali pula mengalami kecederaan dan patah kaki.

Gobind Singh yang juga Ketua Biro Undang-Undang DAP menegaskan, tanggungjawab kini terletak sepenuhnya di bahu Zahid Hamidi untuk menjelaskan mengapa tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap sesiapa sehingga kini.

“Menteri Dalam Negeri tidak boleh terus berdiam diri. Kes ini membabitkan kebimbangan awam, ia juga menimbulkan keraguan terhadap janji dibuat beliau sebelum ini yang kononnya polis akan menguatkan jentera dan bertindak seberapa segera sebagai usaha untuk memenangi keyakinan rakyat dan mendapat sokongan.

“Saya juga akan bangkitkan isu ini pada sidang Parlimen akan datang,” tegasnya. -

Khamis, 27 Ogos 2015

tuntutan kemalangan/insurance claim http://fathullahfatt.blogspot.com/

Isnin, 24 Ogos 2015

Janganlah lari plzz...

Bagaimana Mengesan Pemandu Yang Langgar Lari Kereta Dalam Tempoh 5 Jam.

Salah satu perkara yang amat tidak digemari ramai adalah berkaitan dengan kes-kes langgar lari. Baru-baru ini, isteri Shak Hassan menjadi salah satu mangsa pemandu yang langgar lari kereta isteri beliau, dan kini Shak Hassan berkongsi kisah bagaimana beliau berjaya mengesan kenderaan pemandu yang melanggar lari kereta isteri beliau dalam masa lebih kurang 5 jam.

Ketika kes ini berlaku, isteri Shak Hassan berjaya merakamkan nombor pendaftaran kenderaan, jenis kereta, dan juga mengingati secara kasar rupa fizikal pesalah. Dengan maklumat tersebut, isteri Shak telah menghubungi beliau, dan perkara pertama yang dilakukan oleh Shak adalah menyemak data pemandu yang langgar lari tersebut. Saudara Shak Hassan berkongsi kisah beliau melalui emel kepada kami;

Perkara pertama yang saya lakukan adalah log masuk ke salah satu sistem terkemuka tempatan dalam menyemak saman dan memperbaharui lesen dan sebagainya. Ia secara azalinya, membenarkan orang awam yang mendaftar sebagai pengguna untuk memeriksa rekod urusan yang berkaitan dengan kenderaan mereka, seperti saman JPJ dan PDRM. Di halaman ‘Summons Service’ PDRM, saya memilih ‘drop down menu’ Vehicle No. dan kombinasinya harus bersama ‘radio button‘ non-Malaysia. Masukkan susunan teks ‘captcha’ dan tekan butang ‘Check Summons’. Tiada rekod. Kesimpulannya tiada apa-apa yang ia dapat sediakan untuk saya buat masa ini dalam mengesan pesalah terbabit. Sekiranya kenderaan terbabit mempunyai rekod kesalahan jalan raya, keputusan carian akan memaparkan perincian kesalahan bersama maklumat pemilik kenderaan (nama penuh dan nombor kad pengenalan). Berdasarkan ayat sebelum ini, sedarlah kita bahawasanya nama penuh pemilik dan nombor kad pengenalan boleh diakses di MYEG berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan. Kombinasi tiga data ini adalah cantuman padu yang boleh diguna untuk pelbagai tujuan.

Saya aktifkan tab yang lain pada pelayar Chrome dan menaip URL ini di kotak alamat web :https://www.xxcarinfo.com.my/ISearch. Web ini membenarkan pengguna memeriksa insurans kenderaan yang diambil oleh pemilik. Yang menariknya, ia mengembalikan juga nombor polisi dalam keputusan carian. Apakah data yang perlu dimasukkan untuk melakukan carian di XXCarInfo? Nombor pendaftaran kenderaan sahaja.

Sebaik sahaja saya mendapat nombor polisi insurans kenderaan yang melanggar kereta isteri saya. Saya aktifkan satu tab lagi pada pelayar web dan log masuk ke akaun yahoo yang saya telah daftarkan khusus untuk tujuan ini. Saya klik pada butang ‘Compose’ dan taip emel berikut :

Hi,
Could you please send cover note (softcopy) for my car policy to me?
This is important and please help as I need it for some urgent matters.

Vehicle Reg. No : XCX XX8X
Policy number : XX2XX3XXXX
Policy period : 23 Jul 2014 – 22 Jul 2015

Thanks in advance.
Regards.


Apakah makna emel di atas? Penyamaran. Saya menulis emel seolah-olah saya adalah tuan punya kenderaan. Apakah sentimen dalam praktis ini? Keyakinan terbina dalam minda pihak insurans apabila saya menyediakan kombinasi nombor pendaftaran kenderaan dan polisi. Percaya atau tidak – 4 daripada 5 pihak insurans di Malaysia tidak mempunyai prosedur validasi pengecaman pelanggan sebelum melepaskan data. Sebelum habis waktu pejabat, salah seorang daripada pegawai yang bertugas telah membalas emel saya berserta lampiran ‘Cover Note’ yang mengandungi data pemilik kenderaan – nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat rumah, nombor casis kenderaan, jumlah yang diinsurankan dan pelbagai lagi yang anda boleh bayangkan yang harus tertera di atas helaian maklumat insurans kenderaan anda.

Yang saya karangkan di sini adalah 3% daripada kaedah menggali data di bawah cabang Social Engineering. Tiada SQL/XML/XSS/Header Injection, waima sebaris kod pun yang terlibat. Tiada brute force. Tiada server yang dilanggar masuk tanpa autoriti. Tiada kenalan yang bekerja di PDRM/JPJ. Tiada. Nil.

Manusia adalah entiti lemah yang terdedah kepada manipulasi psikologi dalam sesebuah seni bina sistem bersekuriti, walaupun, yang paling kebal. Kaedah konvensional seperti ini mempunyai kelangsungan hidup tahap tinggi yang merentas kepintaran algoritma. Barangkali manusia, adalah bug yang paling sukar untuk diurus selesaikan.

Sebagai meraikan betapa rapuhnya data pengguna di Malaysia, saya menghubungi brader yang melanggar kereta isteri saya di Bangsar tempoh hari dan mengajaknya pekena kopi di kedai mamak :)

Tq kepada yg berkenaan.saya salin untuk perkongsian bersama.ramai yang mengalami perkara sebegini.dan baru ptg tadi ada satu klien saya alami kes sebegini.dan bkn lah skadar knderaan.tetapi telah meragut nyawa pemuda berusia 19 tahun.di cheras  al fatihah...

Keratan akhbar lama (utusan)


ARKIB : 10/03/1999

HUKUMAN BERAT UNTUK PEMANDU LANGGAR LARI

KEMATIAN pelajar 19 tahun, Cheong Sin Ying di Jalan Kuchai Lama Rabu lepas kerana perbuatan langgar lari boleh dianggap sebagai satu tragedi yang perlu dijadikan ukuran oleh pihak berkuasa untuk mencermin tahap tanggungjawab para pemandu yang 'menghuni' jalan raya negara hari ini.

Kejadian yang menimpa pelajar tidak berdosa itu sungguh menyayat hati dan langkah mencegah perbuatan keji daripada menjadi satu 'trend' atau wabak dijalan-jalan raya harus diambil segera.

Selain dari itu, usaha yang berterusan juga perlu untuk menanam kesedaran yang tinggi di kalangan anggota masyarakat supaya memahami keseriusan sikap tidak bertanggungjawab sebahagian pemandu hari ini.

Sebenarnya, tiada siapa boleh menganggap kes langgar lari jarang berlaku semata-mata kerana ia jarang dilaporkan oleh media massa. Media massa mengharapkan maklumat daripada pihak polis seperti mana polis memerlukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan, laporan atau memaklumkan kejadian untuk bertindak.

Tanpa kerjasama masyarakat, pihak polis tidak mungkin mengetahui semua kejadian kerana negara mempunyai rangkaian jalan raya yang beribu kilometer panjang dari lebuh raya hingga kepada jalan-jalan kampung.

Adalah diyakini, kerjasama masyarakat adalah baik dan tahap kesedaran untuk menangani kes-kes langgar lari juga tinggi tetapi kita masih berandaian kes-kes saperti ini masih berlaku tanpa aduan kepada polis.

Dan dalam kes yang menimpa pelajar di Jalan Kuchai Lama itu, walaupun pemandu telah menyerah diri kepada polis, hakikat itu tidak sepatutnya dijadikan satu justifikasi untuk menganggap kematian pelajar Cheong Sin Ying sebagai bukan tragedi kepada masyarakat.

Kita tidak tahu pemandu mana lagi yang akan melakukan kesalahan yang sama dan keluarga mana yang akan menanggung kesedihan di atas kehilangan orang tersayang semata-mata kerana sikap keji memandu secara berbahaya dan tidak bertanggungjawab setelah melakukan kesalahan.

Dalam banyak hal, banyak jari menuding kepada anak-anak muda yang semakin ramai menjadi 'penghuni' jalan raya dengan pelbagai jenis kereta dan motosikal yang canggih, tetapi pemandu yang berumur juga tidak boleh diketepikan daripada memiliki sikap dan sifat yang sama.

Yang sukar dibuat kepastian ialah siapa di antara mereka yang berpotensi memandu secara berbahaya dan melakukan kejadian langgar lari.

Untuk itu, satu tindakan segera yang bersepadu dirasakan perlu dan ini termasuk meminda bab penghukuman undang-undang bagi membolehkan mereka yang disabit kesalahan kes langgar lari dikenakan hukuman paling berat.

Adalah dirasakan tindakan perundangan yang lebih tegas termasuk hukuman penjara mandatori perlu digubal sebagai ganti peruntukan penjara sehingga lima tahun dan jumlah denda yang lebih tinggi daripada sehingga RM10,000 di bawah Akta Pengangkutan Jalan yang ada sekarang.

Penjara mandatori dan denda yang lebih tinggi akan sentiasa memberi ingatan kepada para pemandu untuk lebih bersopan seperti mana hukuman denda maksima RM300 kepada pesalah lalu lintas telah mengurangkan rasa berani dan angkuh pemandu untuk berhenti di petak kuning, memotong di garisan berkembar atau tidak berhenti semasa lampu isyarat berwarna merah.

HUKUMAN LANGGAR LARI DI MUMBAI

Salman Khan dijatuhi hukuman penjara 5 tahun kerana langgar lari. -Gambar fail

MUMBAI: Bintang terkenal Bollywood, Salman Khan dijatuhi hukuman penjara lima tahun dalam kes langgar lari yang menyebabkan seorang gelandangan terbunuh pada tahun 2002.

Hakim D.W Deshpande memutuskan bahawa Salman harus menerima hukuman penjara sehingga lima tahun atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.

Walau bagaimanapun, Salman Khan menafikan tuduhan tersebut, sebaliknya menyalahkan pemandunya atas kejadian itu.

Memetik laporan AFP, beberapa saksi termasuk mangsa kemalangan memberi keterangan bahawa pelakon itu sebenarnya yang memandu kenderaan pada kelajuan tinggi sebelum melanggar beberapa orang gelandangan di tepi jalan yang menyebabkan kematian seorang daripadanya pada bulan September 2002.

Salman dilaporkan terkejut apabila hukuman itu dibacakan di Mahkamah Sesyen, Mumbai.

Sementara itu, rakan artis Bollywood menyatakan sokongan mereka terhadap Salman melalui Twitter sejurus penghakiman dibuat.

Ahad, 23 Ogos 2015

Nak pelihara burung tiong

CARA PELIHARA BURUNG TIONG/HILL MYNAH/BEO

Memelihara burung sebagai haiwan peliharaan memang sangat menyenangkan yaitu sebagai hobi.Ternyata tidak hanya itu saja ternak burung juga dapat dijadikan hobi selain itu dapat mendatangkan keuntungan sebagai mendatangkan hasil. Untuk ternakan burung tiong memang susah, ertinya dengan sedikit kesabaran, kerajinan setiap orang pasti boleh melakukannya. Dan selain itu untuk pemberian makanannya tidak terlalu menyusahkan kerana hanya dua kali sehari. Tak heran bila banyak penternak yang berjaya menternakkan burung tiong di rumahnya. 

Cara Menjodohkan

Sebelum di masukkan ke kandang  perlu diadakan proses penjodohan dulu agar tidak terjadi perkelahian yang dapat berakibat kematian yaitu burung yang kalah akan mati. Dalam proses ini burung jantan dan betina kita dekatkan selama kurang lebih 1 minggu. Hal ini dimaksudkan agar burung tersebut boleh saling mengenal. Tanda-tanda untuk burung yang sudah jodoh dapat dilihat pada masa burung tersebut tidur, iaitu berdampingan pada saat tidur. Jika sudah tidur berkepit kedua burung tersebut bersedia untuk dimasukkan ke dalam kandang sebaiknya pada petang hari. Selepas dimasukkan di kandang jangan terus ditinggal, tunggu dulu lselama satu jam untuk memastikan apakah burung tersebut betul serasi.

Kandang sangkar

Kandang untuk ternak burung tiong yang ideal adalah 1m x 2m tinggi 2m. Di dalam kandang ditanam pokok agar kelihatan semulajadi sehingga burung akan merasa selesa berada di kandang. Tempat mandi juga perlu disediakan kerana burung tiong  termasuk burung yang suka mandi. Untuk tempat sarang juga perlu disediakan kotak diperbuat daripada kayu dengan ukuran 40cm x 30cm tinggi 30cm dan diberi lubang untuk keluar masuk burung.Di dasar kandang perlu disediakan bahan untuk sarang biasanya yang sering digunakan adalah daun pain kering.

Burung boleh dijodohkan pada umur 10-12 bulan. Ideal untuk betina yang baik disyaratkan berumur setahun sedangkan untuk jantan 1,5-2 tahun. Umumnya untuk betina lebih cepat dewasa berbanding jenis jantan.Setiap Perkahwinan, sepasang tiong bertelur sebanyak 3-4 butir. Telur menetas selama 14 hari setelah dierami induknya.

Tips penjagaan burung 

Tiong termasuk burung yang bijak dan sering dipelihara di rumah. Usia burung ini boleh mencapai lebih dari 75 tahun jika mendapat rawatan yang baik.

Rawatan burung yang salah hanya akan membuat burung ini menjadi stres yang dapat membuat burung menjadi sakit yang dalam jangka panjang boleh menyebabkan kematian.

Maka dari itu anda harus merawat burung beo anda dengan baik agar burung beo anda tetap sihat dan terhindar dari stres. Anda boleh menjadi rakan yang baik bagi burung anda.

Setiap jenis burung  mempunyai pilihan makanan yang tidak sama, maka anda harus mengetahui makanan yang paling tepat untuk tiong  anda.Burung  sangat suka bermain, maka dari itu sediakan mainan-mainan untuk tiong kesayangan anda dan bermainlah dengannya.Jika burung  tidak diberi mainan burung ini akan mudah menjadi stres dan biasanya gejala tekanan yang ditunjukkan adalah dengan mencabuti bulunya sendiri.

Tips Pembersihan sangkar

Tiong biasanya menghasilkan zat seperti tepung yang akan mengotori kandang.Jika anda ingin membersihkan kandang burung , sebaiknya gunakan tuala basah.Setiap satu minggu sekali bersihkan kandang burung  secara menyeluruh. Selama pembersihan kandang sebaiknya burung dipindahkan ke tempat lain.

Tips Pemberian makanan

Jangan terlalu sering memberi makanan yang terdiri dari biji-bijian kerana burung tiong anda boleh menjadi gemuk.Sebaiknya makanan yang berbeza-beza seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar.Anda boleh memberi makan berupa buah dan sayur yang dipotong dengan saiz kira-kira 1 cm.Anda boleh membuat variasikan penyajian makanan supaya burung tiong tidak bosan. Anda boleh cuba untuk menggantung sayuran segar di dalam kandangnya. Dengan ini burung tiong anda akan mendapatkan makanan yang sihat sekaligus mainan baru. Roti juga boleh diberi variasi resipi agar burung tidak merasa bosan dengan makanan ini.Anda boleh membuat variasi resipi sesuai dengan keinginan anda atau cuba untuk mencari resepinya di buku resipi atau internet.
Tips Bermain dengan tiong
Burung tiong adalah burung yang mudah stres,   mahukan hiburan, dan  teman.Maka dari itu usahakanlah untuk bermain dengan burung anda setiap hari.Burung dikenali mempunyai sifat sosial dan burung yang bijak. Usahakan untuk menaruh banyak mainan di dalam kandang burung . Hal ini akan membuat burung menjadi sibuk dengan mainan dan mencegah burung anda menjadi stres.Anda boleh menyediakan mainan yang diperbuat daripada kayu dengan membaut sendiri atau membeli.Kemungkinan burung akan mengunyah mainan ini dan akan menjadikannya sibuk dengan mainan barunya. Anda juga boleh memberikan mainan berupa kayu dengan saiz 12 x 12 x 5 cm.

Tips Tambahan

Burung  yang merasa kesepian, tidak ada mainan dan tidak pernah diajak bermain akan merasa bosan dan kemungkinan besar akan mencabut bulunya sendiri.Tidak semua orang sesuai memelihara maka dari itu pastikan bahawa orang-orang di sekitar anda mahu menerima kehadiran burung ini. Anda juga harus tetap mengawasinya agar tidak saling melukai atau saling menyerang.Jika anda mempunyai anak yang masih kecil maka pertimbangkan kembali untuk memelihara burung kakak .Anak kecil cenderung banyak bergerak dan bersuara keras atau berteriak ketika bermain. Hal tersebut tentu normal buat anak tetapi dapat membuat burung tiong ketakutan.Burung tiong yang akan anda pelihara mungkin tidak benar-benar jinak.tiong boleh menggigit anda. Jadi, bersedialah untuk digigit.

Khamis, 20 Ogos 2015

Hukum

Hukum pelihara burung dalam sangkar.

Firman Allah yang bermaksud: Katakanlah wahaiMuhammad! Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkannya untuk hamba-hamba-Nya dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakannya (al-A'raf: 32).

Firman-Nya lagi yang bermaksud: Kuda, baghal dan keledai dijadikan untuk kamu menungganginya dan sebagai perhiasaan (al-Nahl: ayat 8).

Ayat ini memberi maklum bahawa Allah s.w.t. menjadikan haiwan,tumbuh-tumbuhan sebagai perhiasaan yang harus dinikmati manusia, maka berhias dengan barang-barang ini semua adalah harus dalam apa jua keadaan sekalipun. Kalaupun barang-barang hiasan ini dilarang, maka larangan itu disebabkan pembaziran, kesombongan yang lahir daripada penggunaan yang salah dan sebagainya.

Menikmati keindahan ayam serama, ikan emas dan burung pipit berwarna-warni tidak salah dari segi pandangan Islam, tetapi hendaknya jangan melampaui batas-batas kesederhanaan, sehingga mengurangkan barang-barang keperluan hidup yang sepatutnya dimiliki anak-anak dan keluarga untuk kehidupan mereka.

Jika bunga yang berwarna-warni dalam pasu dan taman-taman harus dinikmati keindahannya, pokok-pokok yang indah segar harus dimiliki, sekalipun jika terpaksa mengeluarkan sedikit bayaran. Mengapa keindahan ayam serama, ikan emas dan burung pipit tidak boleh dinikmati.
Menyekat kebebasan burung dalam sangkar tidak harus menjadi alasan pengharaman, kerana pokok-pokok bunga juga dikawal kebebasannya dalam pasu dan bekas-bekas kecil.

Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyebutkan: Bukan semua perkara yang menyenangkan hati itu dibenci Islam, bukan juga sesuatu yang disukai hati manusia itu buruk, tetapi dilarang mengambilnya jika syarak melarangnya kerana membawa kepada riak dan sombong. Insan memang sukakan sesuatu yang indah, suka supaya dilihat dirinya cantik, oleh itu mencari sesuatu yang disenangi jiwa tidak dilarang. Seseorang harus menyikat rambutnya dan tidak harus membiarnya kusut masai, menilik mukanya dalam cermin, membetulkan serbannya yang tidak cantik dilihat,memakai kain tebal di sebelah dalam dan memakai yang halus di sebelah luar supaya senang hati orang melihatnya (Jami' al-Ahkam, 7/97).

Berpandukan mukadimah ini, kita dapat menarik kesimpulan, iaituIslam tidak menentang sebarang perhiasan, perniagaan dan penggunaan barang-barang hiasan. Antara perhiasan termasuklah ayam serama, burung pipit dan ikan emas yang dibela untuk hiasan rumah.

Haiwan ini harus dibela, dijual dan diniagakan, tetapi hendaklah dengan syarat-syaratberikut:

1. Tidak bermaksud untuk berbangga dan bermegah-megah, sebagaimana adat orang mewah dan berada. Hukum pengambilan barang-barang hiasan itu bergantung kepada niat.
2. Jangan lekakan tanggungjawab kita kepada Allah seperti solat, tanggungjawab kepada keluarga, disebabkan oleh pembelaan haiwan dan sesuatu yang berupa hiasan.
3. Jangan cuai melaksanakan tanggungjawab terhadap haiwan yang dipelihara seperti memberinya makan, minum dan keselamatannya.

Dalam sebuah hadis yang sangat popular tentang penyeksaan terhadap haiwan, baginda rasulullah s.a.w. memberi amaran terhadap seorang wanita yang memelihara kucing, tetapi tidak memberinya makan minum dan penjagaannya, lalu ia dimasuk ke neraka atas kesalahan itu.

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Anas ibnMalik r.a. katanya: Baginda rasulullah s.a.w. adalah insan yang paling baik akhlaknya, baginda selalu datang ke rumahku dan selalu bertanya adikku Umair. Pada suatu hari, baginda datang dan bertanya: Oh AbuUmair ke mana perginya burung kecil engkau? Dijawabnya, burung masih dalam peliharaannya.

Melihat kepada hadis di atas jelas kepada kita bahawa nabi s.a.w. tidak melarang memelihara burung. Ini menunjukkan boleh memeliharanya. Jika perkara ini hukumnya haram, nescaya nabi s.a.w telah melarangnya dan menyuruh melepaskan burung tersebut.

Al-Damiru dalam kitabnya Hayat al-Haiwan menyatakan: Hadis di atas menjadi dalil harus memelihara burung dan berhibur dengannya. Berkata Abu al-Abbas al-Qurtubi: Membela burung terpaksa disekat kebebasannya dalam sangkar. Adapun menyeksa dan memain-mainkannya maka hukumnya haram, kerana nabi s.a.w. melarang menyeksa haiwan, kecuali kerana sembelih untuk dimakan sahaja.

Ibn Aqil al-Hanbali melarang menyekat burung dalam sangkar, kerana cara itu adalah suatu penyeksaan terhadapnya. Beliau mengambil dalilnyadaripada hadis Abu al-Dard' r.a. yang menyatakan: Pada hari kiamat akan datang burung-burung pipit, lalu membuat aduan kepada Allah, keranamanusia menyeksanya semasa di dunia dahulu.

Alasan ini dijawab oleh sesetengah ulama, iaitu hadis ini dituju kepada mereka yang menyeksa dan tidak memberinya makan dan minum.Al-Qaffal menyatakan, jika haiwan iaitu diberinya makan minum yang cukup, nescaya harus dibelanya.

Saya lebih cenderung kepada pendapat al-Damiri yang mengharuskan bela burung, ayam dan ikan untuk hiasan, dengan syarat hendaklah dijaga dengan cukup makan minum dan keselamatannya. Wallah a'lam.

Isnin, 17 Ogos 2015

Kos yang ditanggung hospital

Tanggung hutang pesakit warga asing RM2.4 juta

Kuala Lumpur: Hospital Kuala Lumpur (HKL) dibebani hutang RM2.4 juta daripada pesakit warga asing yang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan sejak setahun lalu.

Unit Perhubungan Awam HKL dalam kenyataannya kepada Harian Metro mendedahkan, statistik dari tempoh Julai 2013 sehingga Julai tahun lalu mendapati bil hospital dikeluarkan kepada pesakit warga asing bernilai lebih RM8.2 juta.

“Daripada RM8,260,613 itu, bil bernilai RM2,477,713. 50 masih dalam tunggakan berikutan ada pesakit warga asing mendapatkan rawatan dan lari tanpa membayar bil rawatan dan kerugian itu ditanggung HKL.

“Antara puncanya pesakit tidak berkemampuan, tiada waris atau penjamin, lari dari hospital dan keengganan pihak majikan menjelaskan bil, bagi kes yang tidak dilindungi SPIKPA (Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerja Asing),” katanya.

Difahamkan, HKL menanggung kos rawatan ditinggalkan pesakit warga asing kerana kesukaran mendapat kerjasama atau menjejaki semula pesakit yang tidak menjelaskan bayaran rawatan mereka.

Kenyataan itu turut menyebut, masalah itu berpunca daripada pelbagai kerenah pekerja warga asing yang dihadapi antaranya pemalsuan dokumen, kurangnya kerjasama pihak kedutaan negara dan majikan dan tiada dokumen perjalanan yang sah.

“Tidak kurang juga masalah pemalsuan dokumen seperti pasport, permit kerja, malah ada kad keahlian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) turut disalah guna,” katanya.

Menurutnya, HKL juga tidak menolak pesakit warga asing tanpa izin yang datang mendapatkan rawatan walaupun tidak mempunyai dokumen diri atau dilindungi SPIKPA terutama dalam kes kecemasan yang memerlukan rawatan segera.

“Atas dasar kemanusiaan kami tidak menolak mereka untuk mendapatkan rawatan, namun masalah timbul selepas rawatan diberi apabila mereka tiba-tiba menghilangkan diri.

“Ketiadaan sebarang dokumen menyukarkan hospital menjejak mereka untuk menjelaskan bil rawatan hospital,” katanya.

Selain itu, jelasnya terdapat juga kes warga asing wanita yang bersalin, tetapi tidak mahu membawa bayinya bersama selepas tamat rawatan atau terus meninggalkan bayi dan melarikan diri.

Bagi kes sedemikian katanya, ia dirujuk kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan HKL dan seterusnya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menempatkan bayi berkenaan di rumah kebajikan masyarakat.

Timbalan Setiausaha Bahagian Kewangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kamaruzaman Umar ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak boleh mendedahkan nilai keseluruhan tunggakan bil rawatan warga asing di semua hospital kerajaan di seluruh negara.

“Kami kumpul maklumat memandangkan bermula Januari ini juga kami mula melaksanakan bayaran caj rawatan penuh secara berfasa dalam tempoh tiga tahun kepada semua warga asing,” katanya.

Tinjauan di Jabatan Pesakit Luar HKL mendapati, terdapat notis ditampal KKM yang menjelaskan mengenai kadar caj pendaftaran bagi warga asing baharu bermula 1 Januari lalu.

“Bagi pesakit luar, kadar baru yang dikenakan adalah RM23, klinik pakar (RM78), jabatan kecemasan (RM65) manakala caj wad atau rawatan boleh dirujuk kepada Perintah Fee Perubatan (Kos Perkhidmatan) 2014.

“Caj bagi rawatan, ujian makmal, siasatan dan implanatau prostesis akan dikenakan caj tambahan,” menurut kenyataan itu.

Sabtu, 15 Ogos 2015

MEGHALAYA,(HILL MYNA)/TIONG

State bird of Meghalaya (Hill myna) – complete detail – updated. Description of state bird of Meghalaya. Name of state bird of Meghalaya is Hill myna.

State bird of Meghalaya (Hill myna) – complete detail – updated. Description of state bird of Meghalaya. Name of state bird of Meghalaya is Hill myna. 

Distinctive Identification

Size between 28 cm. to 30 cm. and weigh between 200 to 250 g. Upper parts are green-glossed black, with bright orange-yellow patches of naked skin and fleshy wattles on the side of its head and nape. Large, white wing patches are obvious in flight, but mostly covered when the bird is sitting.

The crown, nape, and breast has a purple glow, while the rest of the body is tinted with green and the tail is polished turquoise.

Bill and strong legs are bright orangish yellow, and there are orangish yellow wattles on the nape and under the eye.

Plumage is green-glossed black, with purple-tinged on the head and neck. Large white wing patches which are obvious in flight but mostly covered when the bird is sitting.

Classification

Common Name – Hill myna

Local Name – Mynah

Zoological Name – Gracula religiosa

Kingdom – Animalia

Phylum – Chordata

Class – Aves

Subclass – Neornithes

Order – Passeriformes

Distribution
Hill myna is found Sri Lanka and the Western Ghats of India, east and north-east India east to southern China, and south through south-east Asia to Palawan, Borneo, and Flores. Also native to eastern India, southern China, Indochina, Thailand, Malaysia, and the Philippines.

Himalayan foothills up to about 2500 ft., also occur through Nepal, Sikkim, Bhutan and Arunachal Pradesh, and the lower Himalayas.

Habit and habitat

Hill myna like areas where rainfall and humidity are both high. They prefer jungles, evergreen, and wet deciduous forests. They occurs in moist or semi-evergreen forest in lowlands, hills and mountains.

Hill myna is monogamous. They usually occur in pairs and do occur in small groups.

Their flight is rapid and direct, and in flight their wings produce the same whirring sound.

Hill myna have range of loud calls – whistles, wails, screeches, and gurgles, sometimes melodious and often very human-like in quality.

They produce an extraordinarily wide range of loud calls – whistles, wails, screeches, and gurgles.

Hill myna is a omnivorous bird. They feed on fruits, berries, seeds, Flowers, insects and lizards.

Nesting and breeding season is between March to October.

They build a nest in hole. The usual clutch is 2-3 eggs. Nest a collection of grasses, leaves, and feathers in a tree hole. Both sexes searches for this small hole.

Eggs 2 to 3, deep-blue, sparsely spotted and blotched with reddish-brown or chocolate. The incubation period often lasts between 14 to 18 days.

Jumaat, 14 Ogos 2015

BELA BURUNG DOSA???

Hukum pelihara burung dalam sangkar / binatang / ikan hiasan

Berdosa atau tidak pelihara burung.ada ramai yg kata pada saya.dosa,tak baik kejam,tp dari segi hukum pula..
Mari saya kongsikan sikit..

Firman Allah yang bermaksud: Katakanlah wahaiMuhammad! Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkannya untuk hamba-hamba-Nya dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakannya (al-A’raf: 32).

Firman-Nya lagi yang bermaksud: Kuda, baghal dan keledai dijadikan untuk kamu menungganginya dan sebagai perhiasaan (al-Nahl: ayat 8).

Ayat ini memberi maklum bahawa Allah s.w.t. menjadikan haiwan,tumbuh-tumbuhan sebagai perhiasaan yang harus dinikmati manusia, maka berhias dengan barang-barang ini semua adalah harus dalam apa jua keadaan sekalipun. Kalaupun barang-barang hiasan ini dilarang, maka larangan itu disebabkan pembaziran, kesombongan yang lahir daripada penggunaan yang salah dan sebagainya.

Menikmati keindahan ayam serama, ikan emas dan burung pipit berwarna-warni tidak salah dari segi pandangan Islam, tetapi hendaknya jangan melampaui batas-batas kesederhanaan, sehingga mengurangkan barang-barang keperluan hidup yang sepatutnya dimiliki anak-anak dan keluarga untuk kehidupan mereka.

Jika bunga yang berwarna-warni dalam pasu dan taman-taman harus dinikmati keindahannya, pokok-pokok yang indah segar harus dimiliki, sekalipun jika terpaksa mengeluarkan sedikit bayaran. Mengapa keindahan ayam serama, ikan emas dan burung pipit tidak boleh dinikmati.
Menyekat kebebasan burung dalam sangkar tidak harus menjadi alasan pengharaman, kerana pokok-pokok bunga juga dikawal kebebasannya dalam pasu dan bekas-bekas kecil.

Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyebutkan: Bukan semua perkara yang menyenangkan hati itu dibenci Islam, bukan juga sesuatu yang disukai hati manusia itu buruk, tetapi dilarang mengambilnya jika syarak melarangnya kerana membawa kepada riak dan sombong. Insan memang sukakan sesuatu yang indah, suka supaya dilihat dirinya cantik, oleh itu mencari sesuatu yang disenangi jiwa tidak dilarang. Seseorang harus menyikat rambutnya dan tidak harus membiarnya kusut masai, menilik mukanya dalam cermin, membetulkan serbannya yang tidak cantik dilihat,memakai kain tebal di sebelah dalam dan memakai yang halus di sebelah luar supaya senang hati orang melihatnya (Jami’ al-Ahkam, 7/97).

Berpandukan mukadimah ini, kita dapat menarik kesimpulan, iaituIslam tidak menentang sebarang perhiasan, perniagaan dan penggunaan barang-barang hiasan. Antara perhiasan termasuklah ayam serama, burung pipit dan ikan emas yang dibela untuk hiasan rumah.

(Haiwan ini harus dibela, dijual dan diniagakan, tetapi hendaklah dengan syarat-syaratberikut:)

1. Tidak bermaksud untuk berbangga dan bermegah-megah, sebagaimana adat orang mewah dan berada. Hukum pengambilan barang-barang hiasan itu bergantung kepada niat.
2. Jangan lekakan tanggungjawab kita kepada Allah seperti solat, tanggungjawab kepada keluarga, disebabkan oleh pembelaan haiwan dan sesuatu yang berupa hiasan.
3. Jangan cuai melaksanakan tanggungjawab terhadap haiwan yang dipelihara seperti memberinya makan, minum dan keselamatannya.

Dalam sebuah hadis yang sangat popular tentang penyeksaan terhadap haiwan, baginda rasulullah s.a.w. memberi amaran terhadap seorang wanita yang memelihara kucing, tetapi tidak memberinya makan minum dan penjagaannya, lalu ia dimasuk ke neraka atas kesalahan itu.

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Anas ibnMalik r.a. katanya: Baginda rasulullah s.a.w. adalah insan yang paling baik akhlaknya, baginda selalu datang ke rumahku dan selalu bertanya adikku Umair. Pada suatu hari, baginda datang dan bertanya: Oh AbuUmair ke mana perginya burung kecil engkau? Dijawabnya, burung masih dalam peliharaannya.

Melihat kepada hadis di atas jelas kepada kita bahawa nabi s.a.w. tidak melarang memelihara burung. Ini menunjukkan boleh memeliharanya. Jika perkara ini hukumnya haram, nescaya nabi s.a.w telah melarangnya dan menyuruh melepaskan burung tersebut.

Al-Damiru dalam kitabnya Hayat al-Haiwan menyatakan: Hadis di atas menjadi dalil harus memelihara burung dan berhibur dengannya. Berkata Abu al-Abbas al-Qurtubi: Membela burung terpaksa disekat kebebasannya dalam sangkar. Adapun menyeksa dan memain-mainkannya maka hukumnya haram, kerana nabi s.a.w. melarang menyeksa haiwan, kecuali kerana sembelih untuk dimakan sahaja.

...................................................................

Khamis, 13 Ogos 2015

TAK PATUT

Menghina Mangsa Kemalangan

Kami pun tidak tahu mahu cakap apa lagi dengan artis yang baru sahaja pulang daripada menunaikan umrah baru-baru ini. Pada 21 Julai lalu, artis ini telah memuatnaik status yang mungkin mengguris perasaan keluarga mangsa kemalangan yang terlibat.

 

Tidaklah kami tahu apa masalahnya sehingga artis ini sanggup mengeluarkan kenyataan begitu terhadap mangsa kemalangan. Mungkin artis ini ada penjelasannya sendiri terhadap apa yang diluahkannya di laman Twitter tersebut.

Burung /parrat/baji/tiong

Manusia sering berubah.dan sentiasa ada minat atau hobi masing-masing.haa ni lah minat terbaru aku..burung.tiong dan budgie.dan dari minat saja.blh juga mndatangkan pdptan sampingan.

Dtg gatal tangan ...p google pasal burung ni.yg mnrik ye.harga pasaran agak baik.

Ni yg mkin brtmbah smgat.thk gaya mcm blh pergi jauh..

Insyalh klu minat +usaha=hasil.
Buat masa ni .bljr bela yg mudah2 dulu.nak kenal perangai dan karenah mereka ni.sblum serius dlm bidang ni..

Isnin, 10 Ogos 2015

Ahad, 9 Ogos 2015

Tiong mas

Sejak membela tiong mas ni.baru kenal ragam burung.bila waktu pagi di berbunyi tu.jadi kan kita ceria.tp karenah ye pening nk layan.emosi burung ni haishh pelik2.

Nampak kucen ni nk berkawan ngan tiong (hill myna/tiung emas)ni.