Jumaat, 25 September 2015

Duit pampasan macam ni pun ada.



Terima Duit Pampasan 40K Yuan Dalam Karung Guni

Terima Duit Pampasan 40K Yuan Dalam Karung Guni | Seorang balu kepada lelaki yang mati dilanggar sebuah bas di sini menerima pampasan berjumlah 40,000 yuan (RM26,600) daripada syarikat bas berkenaan.


Bagaimanapun, dia terpaksa mengangkut sendiri wang itu yang disediakan dalam bentuk 1 yuan (RM1) dan diisi dalam satu karung.

Balu itu, Li Sufen diberitahu oleh syarikat berkenaan dia layak memperoleh pampasan hingga 40,000 yuan, tetapi perlu datang sendiri ke pejabat untuk mengambil sendiri wang itu.

Syarikat terbabit juga meminta wanita itu mengira wang berkenaan kerana bimbang mereka terlebih bayar.

Li terpaksa mengangkat sendiri karung seberat 10 kilogram itu pulang ke bandar asalnya.

MENARA KLH PUCHONG

837 square feet
: Near to :
-ioi mall
-Setia walk
-Sunway pyramid
-Walking distance to Ioi mall LRT station
: 3 rooms 2 bathroom
: Near to  Highways Kesas
Damansara-Puchong-Sungai besi
: Near to
Colleges and university:
-Sunway university
-Monash university
-International Medical University
-Binary college
Lease hold
Menara klh
Gym
swimming pool
Guarded house
Dapat satu parking

Murah ni sedara minta tolong iklankan ni.
Kalau minat mesej terus.insylh harga boleh runding lagi.
Mesej no ni. 0193003434  24 jam.nanti saya akan kol.tuan puan segera.
(Bukan menara klh jln ipoh to puchong)

Rabu, 23 September 2015

Rempit kesas

BERITA TERBARU! KETAHUI NASIB MAT REMPIT KESAS

 
Hidup lagi kah mangsa? Itu persoalan ditimbulkan susulan penyebaran dua video memaparkan sekumpulan ‘mat rempit’ terpelanting beramai-ramai dalam satu perlumbaan haram di sekitar Lebuhraya Shah Alam (KESAS) di sini, awal pagi semalam.

Rakaman video dipercayai dirakam penonton lumba haram itu menjadi viral di media sosial apabila ada yang mendakwa empat remaja itu maut dan putus badan.

Kejadian dilaporkan berlaku jam 5 pagi apabila sekumpulan ‘mat rempit’ yang berlumba gagal mengelak sebuah kenderaan model Proton Exora yang berada di lorong tengah lebuh raya berkenaan dan merempuhnya.

Sekurang-kurangnya empat penunggang motosikal terbabit dalam nahas itu yang mengakibatkan mereka terseret dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum terpelanting di atas jalan raya.

Kejadian itu turut menyebabkan ratusan ‘mat rempit’ yang menjadi penonton perlumbaan itu cabut lari dari lokasi berkenaan.

Difahamkan, tiada mangsa yang maut dalam kemalangan itu seperti yang disebarkan di media sosial, namun seorang mat rempit patah kaki manakala tiga lagi cedera di kaki, tangan dan muka.

Sementara itu Pegawai Turus Trafik Selangor Deputi Superintendan Azmi Mansur berkata, kemalangan berlaku di Lebuhraya Kesas berhampiran susur keluar ke Alam Impian, Shah Alam, kira-kira jam 5 pagi semalam.

Menurutnya, tiada kematian berlaku seperti tersebar di media sosial dan semua mangsa hanya cedera di anggota badan.

“Pemandu Exora terbabit membuat laporan di Balai Polis Trafik Klang Selatan petang semalam.

“Mereka yang mengendalikan perlumbaan itu sangat pantas membersihkan lokasi kejadian dan sebab itu pihak pengurusan KESAS gagal mengesan kemalangan itu,” katanya.

Katanya, polis kini menjalankan siasatan termasuk mengesan individu yang terbabit dengan perlumbaan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

‘Jemputan’ menyertai perlumbaan haram itu disebarkan secara meluas menerusi aplikasi WhatsApp dan WeChat sejak kelmarin yang turut menyediakan beberapa kategori perlumbaan untuk disertai mat rempit.

Rabu, 16 September 2015

BAJU MERAH

Himpunan 'baju merah' di Padang Merbok.

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Peserta 'Himpunan Rakyat Bersatu' atau dipanggil juga himpunan 'baju merah' mula berkumpul seawal jam 10 pagi ini di ibu negara.

Seragam dengan memakai baju berwara merah, mereka turut membawa poster yang antaranya bertulis, 'menolak fitnah terancang terhadap pemimpin negara'.

Ikuti laporan langsung di www.sinarharian.com.my, Facebook Sinar Online dan Twitter @SinarOnline.

10.00 pagi: Peserta mula berkumpul di beberapa 'check point' yang telah ditetapkan penganjur.

10.40 pagi: Tinjauan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menyaksikan ramai peserta himpunan mula berkumpul di sana.

11.00 pagi: Di Jalan Parlimen, polis trafik kelihatan mula mengawal pergerakan lalu lintas.

11.40 pagi: Peserta himpunan menggunakan jalan raya sebagai laluan utama, menyebabkan kesesakan lalu lintas di hadapan kompeks beli belah Sunway Putra.

11.45 pagi: Di Padang Merbok, sudah ada peserta yang sampai awal dan menunggu program dimulakan.

12.00 tengah hari: Ikrar Sumpah Melayu mula diedarkan kepada peserta himpunan.

12.25 tengah hari: Kelihatan beberapa buah bas yang membawa peserta himpunan 'baju merah' tiba di pekarangan Masjid Wilayah.

2.50 petang: Suasana di Jalan Petaling tegang apabila peserta himpunan melakukan provokasi untuk masuk ke dalam kawasan perniagaan Jalan Petaling.

12.30 tengah hari: Peserta himpunan 'baju merah' turut membanjiri Masjid Negara. Di Jalan Conlay pula, peserta diberitahu supaya bergerak ke Padang Merbok tepat jam 2.00 petang.

12.40 tengah hari: Peserta perhimpunan Baju Merah turut membawa kain rentang tertera gambar berjabat tangan antara Pas dan Umno dengan tulisan Himpunan Maruah Melayu di Bukit Bintang.

12.42 tengah hari: Di PWTC, kelihatan peserta himpunan 'baju merah' menggunakan ruang legar di bangunan itu untuk beristirehat.

12.43 tengah hari: Sementara di pekarangan Masjid Negara,  peserta himpunan menyanyi dan melaungkan slogan beramai-ramai.

1.00 petang: Kumpulan 'baju merah' dan kumpulan Pesaka bertembung membentuk kumpulan besar di Jalan Conlay.

1.04 petang: Peserta himpunan bermotosikal di Jalan Conlay dibantu pasukan polis bermotosikal untuk ke Padang Merbok.

1.05 petang: Peserta himpunan 'baju merah' cuba merempuh halangan polis ke Jalan Bukit Bintang. Namun pasukan FRU menunggu di simpang masuk Jalan Bukit Bintang. Keadaan agak tidak tidak terkawal.

1.25 petang: Peserta himpunan juga turut memenuhi Jalan Tun Tan Cheng Lok, mereka melaungkan Hidup Melayu.

1.30 petang: Perbincangan antara pemimpin baju merah dan pihak polis bagi membolehkan kumpulan itu memasuki Jalan Bukit Bintang.

1.35 petang: Peserta himpunan menunaikan solat Zohor.

1.46 petang: Selepas cubaan pertama untuk meminta masuk ke Jalan Petaling gagal, peserta himpunan baju merah sekali lagi cuba meminta kebenaran daripada polis untuk memasuki Jalan Petaling.

1.47 petang: Sementara itu, rundingan 10 minit berhasil apabila pihak polis memberi kebenaran peserta memasuki Jalan Bukit Bintang dengan syarat peserta dikawal pemimpin masing-masing.

2.00 petang: Peserta himpunan enggan beredar dari Jalan Petaling walaupun telah diarahkan oleh pihak polis

2.06 petang: Sementara di Jalan Bukit Bintang peserta yang dibenarkan memasuki jalan itu berjalan bergandingan tangan.

2.11 petang: Peserta himpunan dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mula bergerak ke Padang Merbok.

2.18 petang: Selepas satu jam, peserta himpunan masih enggan beredar dan berada di hadapan Jalan Petaling

2.20 petang: Kumpulan baju merah dari Jalan Conlay kini menuju Jalan Tun Perak dan Jalan Pudu kerana laluan lain ditutup pihak polis.

2.20 petang: Suasana di Padang Merbok mula gamat apabila lagu Inilah Barisan Kita dimainkan

2.21 petang: Sekumpul peserta dari Masjid Negara sudah mula memasuki kawasan Padang Merbok

2.40 petang: Kumpulan kedua peserta himpunan 'baju merah' tiba di hadapan Jalan Petaling.

2.50 petang: Seorang petugas himpunan mengedarkan topeng muka kepada peserta di Jalan Hang Lekiu.

2.51 petang: Di Padang Merbok, beberapa pemimpin Umno turut kelihatan antaranya Tan Sri Anuar Musa, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, Datuk Sohaimi Sahadan, Datuk Abd Raof.

2.55 petang: Peserta baju merah kelihatan sudah memenuhi sepanjang Jalan Tun Perak menuju ke Padang Merbok.

2.58 petang: Keadaan di Jalan Petaling menjadi tegang apabila peserta himpunan baju merah cuba bertindak merempuh benteng polis, namun keadaan kembali tenang sebaik sahaja pihak polis meminta kerjasama peserta himpunan bertenang.

3.00 petang: Tan Sri Ali Rustam memulakan perhimpunan dengan menyampaikan ucapan di Padang Merbok. Kedengaran juga laungan 'tolak DAP'. Dalam ucapannya, Ali mengutuk perbuatan orang yang memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awangpada Bersih 4.0

3.07 petang: Satu lagi kumpulan besar himpunan baju merah tiba di hadapan Jalan Petaling menjadikan keseluruhan tiga kumpulan berada di kawasan berkenaan.

3.20 petang: Pasukan FRU mula dikerahkan di Jalan Petaling selepas peserta melakukan provokasi untuk memasuki kawasan berkenaan.

3.20 petang: Seorang penguatkuasa DBKL membawa kenderaan ringan elektrik untuk meninjau suasana Dataran Merdeka yang ditutup kepada semua akses.

3.40 petang: Penyokong himpunan baju merah mula memenuhi sekitar Jalan Petaling.

3.46 petang: Kelihatan kenderaan FRU yg membawa beberapa anggota FRU menghampiri Jalan Petaling.

3.50 petang: Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz diumum ada bersama himpunan 'baju merah' hari ini.

3.56 petang: Anggota FRU bersiap sedia untuk meminta peserta himpunan beredar daripada Jalan Petaling

4.11 petang: Satu lagi kumpulan daripada himpunan 'baju merah' tiba di pekarangan pintu masuk Petaling Street

4.50 petang: FRU melepaskan tembakan meriam air kepada peserta himpunan‎ baju merah di sekitar Jalan Petaling bagi menyuraikan penyokong.

Selasa, 15 September 2015

Balai polis bukit kepong

 pada 24 Febuari 1950

Kesemua 21 orang anggota polis dan polis bantuan telah menghidupkan tradisi cemerlang pasukan polis dan keperwiraan mereka dengan menjadi contoh dan inspirasi kepada anggota lain pada masa hadapan. Dalam mempertahankan balai polis, 17 orang anggota telah terkorban.

Apabila bunyi pertempuran didengari oleh beberapa kampung dipersekitaran, pengawal kampung telahpun bersedia dan 7 orang daripada mereka bersama penghulu Ali bergegas ke Bukit Kepong. Lebih kurang ½ kilometer daripada Bukit Kepong mereka diserang  oleh sekumpulan pengganas komunis dan terjadilah pertempuran di situ.Mereka berjaya menentang kumpulan pengganas komunis tersebut. Pertempuran sengit seterusnya berlaku apabila kumpulan pengganas komunis yang berundur mendapat bantuan dari rakan-rakan mereka.

 Perlawanan yang tidak setanding di antara pengganas yang menggunakan senjata automatik dengan pengawal kampung yang bersenjatakan rifle, senapang patah dan parang menyebabkan beberapa orang pengawal kampung terkorban dan tercedera.

Keadaan ini memaksa Penghulu Ali mengerahkan anak buah yang cedera berundur, sementara yang lainnya bertahan di sekitar pekan Bukit Kepong. Setelah bertahan selama 2 jam, pengganas komunis pun berundur setelah membakar pejabat penghulu dan merompak kedai-kedai.

 Semasa pengawal kampung ini bertempur untuk membebaskan balai polis, sekumpulan pengawal kampung dari kampung Durian Chondong dengan menggunakan sampan menuju ke Bukit Kepong untuk memberi bantuan. Dalam perjalanan mereka telah diserang hendap oleh pengganas komunis. Mereka yang hanya seramai tujuh orang tidak mampu melawan. Separuh daripada anggota kumpulan ini bergerak menuju ke Lenga. Mereka sampai di sana pada jam 10.00 pagi, dan di sinilah berita pertama diterima mengenai serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong.

Apabila pengawal kampung berjaya memasuki pekan Bukit Kepong, mereka hanya dapat melihat kesan kemusnahan dan mayat-mayat yang terbujur. Buat sementara waktu penghulu mengambil alih pentadbiran sehingga pasukan polis daripada Muar sampai pada hari itu dan mendirikan balai polis baru. Mereka juga mewujudkan perhubungan semboyan di sebuah kedai kosong. Tindakan segera ini mendapat bantuan penduduk tempatan yang terdiri daripada orang Melayu tetapi di hati kecil mereka masih menyimpan tanda tanya sama ada kerajaan akan mendirikan sebuah balai polis yang baru atau tidak. Segala teka teki itu terjawab apabila Menteri Besar Johor Dato' Onn bin Jaafar yang diiringi oleh penasihat British dan Ketua Polis Johor tiba keesokan harinya. Beliau mengumumkan bahawa kerajaan akan mendirikan sebuah balai yang moden.

Ahad, 13 September 2015

Kren mekah

TERKINI] Tragedi kren runtuh di Masjidilharam - Seorang warga Malaysia disahkan maut

 September 13, 2015 21:36 MYT

Teruskan bersama kami untuk mendapatkan perkembangan terkini tragedi tersebut dan jemaah haji Malaysia yang berada di sana.

Tragedi kren runtuh yang mengorbankan sekurang-kurangnya 107 jemaah berlaku di Masjidilharam, Mekah, petang Jumaat.

Terbaru seorang jemaah haji Malaysia telah dikenalpasti terkorban di Mekah iaitu Allahyarhamah Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak.

Selasa, 8 September 2015

Inspektor PolisTrafik dilanggar (margaret tagum)

Pegawai trafik wanita dirempuh Mat Rempit maut

Kejadian berlaku jam 2.40 pagi ketika Tagum sedang melakukan sekatan jalan raya bersama 20 anggota trafik dan pasukan sukarelawan polis. - Gambar Fail

KLUANG: Seorang pegawai penguat kuasa trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang maut akibat dirempuh Mat Rempit dalam Ops Roda/Rempit di KM58, Jalan Batu Pahat-Mersing di sini awal pagi tadi.

Beliau meninggal pada pukul 12.45 tengah hari di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini. Mangsa sebelum ini dilapor berada dalam keadaan kritikal di hospital.

Ketua Polis Johor, Datuk Rusli Ahmad berkata jenazah Inspektor Margaret Tagum anak Goen, 32, telah dituntut suaminya Leon anak Bahak, 37, untuk disemad di Bau, Sarawak.

Kejadian berlaku pada pukul 2.40 pagi ketika Tagum sedang melakukan sekatan jalan raya bersama 20 anggota trafik dan pasukan sukarelawan polis.

Seorang daripada sekumpulan Mat Rempit yang datang dari arah Mersing menuju bandar Kluang telah merempuh pegawai tersebut ketika mereka cuba meloloskan diri dari sekatan itu.

Rempuhan itu menyebabkan Tagum patah tangan, tulang pinggul dan kaki selain mengalami pendarahan dalaman.

Rusli yang diiringi Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohamad Laham turut melawat mayat mendiang di hospital.

Beliau berkata penunggang yang berumur 17 tahun itu dapat ditahan selepas dia terjatuh dari motosikalnya manakala enam rakannya yang melarikan diri turut ditahan kemudiannya.

Katanya kesemua mereka yang berumur antara 14 hingga 20 tahun itu didapati tidak mempunyai lesen dan dipercayai sedang berlumba ketika kejadian.

Menurut Rusli, kesemua mereka kini direman selama empat hari.

Sementara itu Leon yang merupakan anggota tentera di Kem Mahkota di sini merasa terkilan kerana isterinya dilanggar ketika menjalankan tugas.

Mereka mendirikan rumah tangga sejak enam tahun lepas

Lori sewa (perkhidmatan)

As slm...sekarang ni.tgh sibuk buat benda baru ni.tak pandai sgt pn ni.tp tgh cuba cuba lagi ni.
Klu menjadi alhamdulillah..klu rasa perlu kan perkidmatan ni.terus he mesej saya..saya akan bagi tau harga.sesuai je trus lori menuju tempat yg di persetujui...

Perkhidmatan sewa lori.bolehlah hubungi saya .atau msg terus saya .lori ada 1-3 tan.pekerja juga disediakan.lori ada di kl.msg 24 jam.harga blh di runding. Msg terus..cth..

Dari Maluri cheras to kepong
Pada  8/9/15 jam 9 pagi.
Lori 3 tan. Nak guna pekerja.
(Pindah rumah flat ke flat)

Dari kajang sg chua to bandar rinching semenyih
Pada 9/9/15 jam 2 petang
Lori 1 tan.tak perlu pekerja
(Mesin photostate)
Pjbt ke pjbt

Sms ke 0193003434 saya akan jawab dan kol anda secepat mungkin.harga dan berikan cadangan dan tips dari segi pengalaman saya.



Isnin, 7 September 2015

Setiap sesuatu pasti ada hikmah sebaliknya

PUSAT REKAAN: Inilah antara kaki dan anggota tubuh palsu yang dihasilkan di Pusat Penjagaan Kaki dan Rekaan Anggota Tubuh di TTSH. – Foto-foto M.O. SALLEH

Berita Harian (20 March 2014) - SATU kemalangan motosikal yang dialami Encik Desmond Tong mengakibatkan beliau kehilangan kaki kanannya, tetapi ia akhirnya menjadikan beliau pakar kaki prostetik, atau palsu.

Ada bengkel dan kumpulan sokongan prostetik

PUSAT Penjagaan Kaki dan Rekaan Anggota Badan di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) mempunyai bengkel khusus bagi membuat dan memasang kaki dan tangan palsu (prostetik) yang direka khas buat penggunanya.

TTSH merupakan salah sebuah institusi kesihatan dalam kelompok National Healthcare Group (NHG). Dibuka pada 1981, pusat itu juga menawarkan khidmat kemasyarakatan menerusi beberapa hospital lain, termasuk Hospital Ang Mo Kio Thye Hua Kwan, Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK, Hospital Universiti Nasional (NUH), Hospital Ren Ci, dan sekolah keperluan khas.

Dianggarkan sekitar 300 pesakit memanfaatkan perkhidmatan yang disediakan di pusat itu setiap tahun. Kos bagi membuat dan memasang anggota tubuh palsu ialah daripada $1,300 bagi prostetik bawah lutut kepada lebih $50,000 bagi kaki bionik menggunakan teknologi bijak yang boleh mengesan pergerakan kaki.

Selain itu, terdapat sebuah Kumpulan Sokongan bagi Golongan Kudung Kaki Tangan yang dibentuk pada 2007.

Kumpulan sokongan itu bertujuan menggalak pesakit kudung anggota badan berkumpul bagi pelbagai kegiatan, baik di dalam mahupun luar. Ia mengadakan pertemuan setiap bulan demi menyokong satu sama lain dan belajar menerusi pengalaman satu sama lain.

Setiap sesi pertemuan disertai antara 15 hingga 30 anggota. Pada 2012, rangkaian golongan kudung kaki tangan TTSH dan Hospital Ang Mo Kio Thye Hua Kwan bergabung agar dapat diluaskan.

Kini, Encik Tong bukan sahaja ahli prostetik dan ortotik yang menghasilkan kaki palsu, bahkan memberi nasihat kepada mereka yang senasib dengannya.

Ortotik ialah alat bagi menyokong atau merawat otot, sendi atau bahagian rangka yang lemah, tidak berkesan, cacat atau cedera. Apa yang dialami Encik Tong bak tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Pada Julai 1999, motosikal yang ditunggang Encik Tong, yang kini berusia 37 tahun, berlanggar dengan sebuah teksi. Beliau menjalani enam pembedahan, tetapi akhirnya terpaksa mengambil keputusan memotong kaki kanannya dua tahun kemudian.

“Saya sendiri yang minta kaki saya itu dipotong. Selepas kemalangan itu, beberapa jari kaki kanan saya terpaksa dipotong kerana tidak dapat diselamatkan. Akibatnya, pergerakan saya terjejas.

“Kaki saya juga kerap rasa sakit dan kulit kaki saya asyik berdarah. Beberapa kali, bahagian dalam kasut saya berlumuran darah.

Kerana tidak tahan, saya ambil keputusan kudungkan sahaja kaki kanan saya itu hingga hampir ke paras lutut,” kata Encik Tong. Kejadian itu juga membuat pengajian beliau dalam bidang pentadbiran perniagaan di sebuah universiti swasta terhenti.

Namun, lama-kelamaan kaki Encik Tong pulih dan dengan bantuan kaki prostetik, atau palsu, yang dipakainya mulai 2001, beliau boleh berjalan hampir seperti biasa.

Selepas itu, anak bongsu daripada keluarga tiga beradik itu bekerja sebagai pentadbir sistem dalam sektor teknologi maklumat dan kemudian menjadi ejen hartanah. Bagaimanapun, nasib menentukan beliau diperkenalkan kepada industri prostetik oleh seorang pekerja dalam industri tersebut dan akhirnya beliau menyertainya meskipun pendapatannya sebagai ejen hartanah agak baik.

Ini membuka lembaran baru dalam kehidupan Encik Tong, yang mendirikan rumah tangga dua tahun lalu tetapi belum mempunyai cahaya mata.

Beliau mengambil keputusan melanjutkan pengajian dalam bidang prostetik dan ortotik di Universiti Salford di Manchester, England, pada 2007.

Beliau mendapat biasiswa National Healthcare Group (NHG) bagi pengajian tahun dua hingga empat.

“Sebelum itu, saya agak menyesal kerana tidak menamatkan pengajian universiti saya. Tapi saya fikir mungkin takdir menentukan yang saya harus melanjutkan pengajian dalam bidang berbeza,” katanya.

Encik Tong lulus ijazah sarjana muda dengan kepujian kelas pertama pada 2011 dan kemudian bekerja di Jabatan Prostetik dan Ortotik di Pusat Penjagaan Kaki dan Rekaan Anggota Badan, Hospital Tan Tock Seng (TTSH) bagi memenuhi bon selama lima tahun.

Mengulas mengenai Encik Tong, pengurus pusat itu, Cik Susanna Koh, berkata: “Sebagai seorang pemakai kaki palsu, beliau memahami keperluan berbeza setiap pesakit.

Pastinya beliau dapat membantu pesakit membuat keputusan dengan lebih mudah tentang kaki palsu yang mereka perlukan.” Antara tugas Encik Tong ialah membuat kaki prostetik, memberi khidmat konsultasi kepada pesakit yang bakal menjalani pembedahan memotong kaki dan memberikan nasihat kepada pesakit yang memerlukan kaki palsu.

Beliau menjadi contoh pesakit yang tidak ‘patah kaki’ walau kudung dan menambahkan kemahiran hingga akhirnya dapat membantu orang senasib dengannya.

Malah, berbekalkan semangat juang yang kuat, Encik Tong, bekas anggota pasukan judo belia nasional, mewakili Singapura dalam acara pecut 100 meter di Sukan Para Asean di Myanmar Januari lalu.

Meskipun tidak memenangi sebarang pingat, beliau berjaya memecahkan rekod peribadinya. “Tidak apa. Saya dah pun buat persiapan bagi Sukan Para Asean tahun depan. Mudah-mudahan, saya dapat kedudukan lebih baik,” kata Encik Tong, penuh bersemangat. Ada bengkel dan kumpulan

Source:. Berita Harian © Singapore Press

Ahad, 6 September 2015

USTAZ DAN TIONG


Seorang guru agama sering bermain-main dengan sekor burung tiong yang tinggal di anjung rumah guru itu sejak kecil dan amat jinak dengannya.

selepas terbang mencari makan,burung itiu akan kembali  ke anjung rumah guru itu.pada waktu yang terluang,guru itu akan bermain-main dengan burung itu.

guru itu selalu menyebut kalimah syahadah dan akan diikuti oleh burung itu. guru terhibur dengan gelagat dan kepetahan burung itu mengucapkan kalimah syahadah itu.

pada suatu hari ketika sedang asyik mendengar burung tiong itu mengulangi kalimah syahadah,guru itu terlelap.

sedang dalam masa yang sama,seekor kucing sedang mengendap dan menunggu masa untuk menangkap burung itu.

ketika guru itu terlelap,si kucing telah mengambil kesempatan untuk menerkam burung itu.guru terkejut mendengar bunyi bising burung tiong yang kesakitan digigit,guru bangun dan menghalau kucing itu.

guru cuba menyelamatkan burung itu dari menjadi santapan kucing itu,malangnya burung tiong itu telah lemah akibat digigit kucing tadi.

burung itu MENGERANG kesakitan dipangkuan guru itu sehinggalah burung itu terdiam tanda nyawanya telah tercabut disebabkan oleh gigitan burung tadi.
dengan rasa sedih,guru menanam burung itu...

dia telah kehilangan burung tiong yang selalu menjadi penghibur hatinya selepas penat mengajar.

semenjak kematian burung tiong itu,guru itu selalu diam dan termenung hingga menimbulkan tanda tanya pada ank-anak muridnya

anak-anak muridnya datang bertanyakan kenapakah guru itu termenung begitu sekali setelah kematian burung tiongnya itu.

"apakah guru terlalu sayangkan burung itu himgga menyebabkan guru bersedih sebegini rupa?"
tanya salah seorang anak murid guru itu.

jawab guru itu,kesedihan terhadap kematian burung tiong itu tidaklah membawa dia termenung sebegitu rupa.
tetapi menurutnya,beliau memikirkan iktibar dari kisah burung itu yang membuatkan dia sering berfikir....

betapa burung itu mampu berkata syahadah dengan baik selalu walautidak memahami apa yang disebutkannya itu.

"cuba kalian bayangkan,burung itu yang saban hari dimulutnya sering mengucapkan kalimah syahadah yang telah diajarkan padanya."

"tetapi disaat-saat kematiananya,dia hanya mengerang kesakitan dan tidakpun menyebut kalimah syahadah yang selalu diucapkan sewaktu hidupnya.

"dari peristiwa itu saya terfikir...apakah saya juga akan begitu disat-saat sakaratul maut nnti...?"

"walaupun saya sering mengajarkan kalian ilmu...al-Quran,kita sering beribadah,tetapi saya amat takut tidak boleh mengucap ketika itu nanti..."

"apakah saya mampu menahan sakitnya sakaratul maut hingga lupa mengucap kalimah syahadah di saat-saat akhir hidup saya nanti...?"

barulah anak-anak muridnya tahu kenapa guru mereka sering termenung selepas kematian burung tiomg itu.

jika guru yang banyak ilmu dan amalan juga risau akan tibannya sakaratul maut ....
cuba fikirkan bagaimanakah kita...?

sudahkah kita dalami syahadah kita dengan ilmu  yang secukupnnya..?sudahkah kita tunaikan tuntutan-tuntutan syahadah itu...?sudahkah kita sempurnakan syahadah kita dengan amal dan ketaatan yang secukupnya...?sudahkah kita meninggalkan perkara-perkara ynag boleh merosakkan syahadah kita...?atau kita tidak mahu berfikir dan ambil peduli dengan syahadah yang ada pada kita...?dan tidak pernah berfikir apakah kita mampu mengucapkan kalimah syahadah itu nanti ketika kita bergelut dengan sakitnya sakaratul maut..?

saat-saat terakhir kita di dunia  untuk menuju alam pembalasan yang seterusnya!!!

beramal dan berdoalah untuk saat yang pasti itu!!!

(Sumber copy paste je.tq)