Rabu, 16 September 2015

BAJU MERAH

Himpunan 'baju merah' di Padang Merbok.

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Peserta 'Himpunan Rakyat Bersatu' atau dipanggil juga himpunan 'baju merah' mula berkumpul seawal jam 10 pagi ini di ibu negara.

Seragam dengan memakai baju berwara merah, mereka turut membawa poster yang antaranya bertulis, 'menolak fitnah terancang terhadap pemimpin negara'.

Ikuti laporan langsung di www.sinarharian.com.my, Facebook Sinar Online dan Twitter @SinarOnline.

10.00 pagi: Peserta mula berkumpul di beberapa 'check point' yang telah ditetapkan penganjur.

10.40 pagi: Tinjauan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menyaksikan ramai peserta himpunan mula berkumpul di sana.

11.00 pagi: Di Jalan Parlimen, polis trafik kelihatan mula mengawal pergerakan lalu lintas.

11.40 pagi: Peserta himpunan menggunakan jalan raya sebagai laluan utama, menyebabkan kesesakan lalu lintas di hadapan kompeks beli belah Sunway Putra.

11.45 pagi: Di Padang Merbok, sudah ada peserta yang sampai awal dan menunggu program dimulakan.

12.00 tengah hari: Ikrar Sumpah Melayu mula diedarkan kepada peserta himpunan.

12.25 tengah hari: Kelihatan beberapa buah bas yang membawa peserta himpunan 'baju merah' tiba di pekarangan Masjid Wilayah.

2.50 petang: Suasana di Jalan Petaling tegang apabila peserta himpunan melakukan provokasi untuk masuk ke dalam kawasan perniagaan Jalan Petaling.

12.30 tengah hari: Peserta himpunan 'baju merah' turut membanjiri Masjid Negara. Di Jalan Conlay pula, peserta diberitahu supaya bergerak ke Padang Merbok tepat jam 2.00 petang.

12.40 tengah hari: Peserta perhimpunan Baju Merah turut membawa kain rentang tertera gambar berjabat tangan antara Pas dan Umno dengan tulisan Himpunan Maruah Melayu di Bukit Bintang.

12.42 tengah hari: Di PWTC, kelihatan peserta himpunan 'baju merah' menggunakan ruang legar di bangunan itu untuk beristirehat.

12.43 tengah hari: Sementara di pekarangan Masjid Negara,  peserta himpunan menyanyi dan melaungkan slogan beramai-ramai.

1.00 petang: Kumpulan 'baju merah' dan kumpulan Pesaka bertembung membentuk kumpulan besar di Jalan Conlay.

1.04 petang: Peserta himpunan bermotosikal di Jalan Conlay dibantu pasukan polis bermotosikal untuk ke Padang Merbok.

1.05 petang: Peserta himpunan 'baju merah' cuba merempuh halangan polis ke Jalan Bukit Bintang. Namun pasukan FRU menunggu di simpang masuk Jalan Bukit Bintang. Keadaan agak tidak tidak terkawal.

1.25 petang: Peserta himpunan juga turut memenuhi Jalan Tun Tan Cheng Lok, mereka melaungkan Hidup Melayu.

1.30 petang: Perbincangan antara pemimpin baju merah dan pihak polis bagi membolehkan kumpulan itu memasuki Jalan Bukit Bintang.

1.35 petang: Peserta himpunan menunaikan solat Zohor.

1.46 petang: Selepas cubaan pertama untuk meminta masuk ke Jalan Petaling gagal, peserta himpunan baju merah sekali lagi cuba meminta kebenaran daripada polis untuk memasuki Jalan Petaling.

1.47 petang: Sementara itu, rundingan 10 minit berhasil apabila pihak polis memberi kebenaran peserta memasuki Jalan Bukit Bintang dengan syarat peserta dikawal pemimpin masing-masing.

2.00 petang: Peserta himpunan enggan beredar dari Jalan Petaling walaupun telah diarahkan oleh pihak polis

2.06 petang: Sementara di Jalan Bukit Bintang peserta yang dibenarkan memasuki jalan itu berjalan bergandingan tangan.

2.11 petang: Peserta himpunan dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mula bergerak ke Padang Merbok.

2.18 petang: Selepas satu jam, peserta himpunan masih enggan beredar dan berada di hadapan Jalan Petaling

2.20 petang: Kumpulan baju merah dari Jalan Conlay kini menuju Jalan Tun Perak dan Jalan Pudu kerana laluan lain ditutup pihak polis.

2.20 petang: Suasana di Padang Merbok mula gamat apabila lagu Inilah Barisan Kita dimainkan

2.21 petang: Sekumpul peserta dari Masjid Negara sudah mula memasuki kawasan Padang Merbok

2.40 petang: Kumpulan kedua peserta himpunan 'baju merah' tiba di hadapan Jalan Petaling.

2.50 petang: Seorang petugas himpunan mengedarkan topeng muka kepada peserta di Jalan Hang Lekiu.

2.51 petang: Di Padang Merbok, beberapa pemimpin Umno turut kelihatan antaranya Tan Sri Anuar Musa, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, Datuk Sohaimi Sahadan, Datuk Abd Raof.

2.55 petang: Peserta baju merah kelihatan sudah memenuhi sepanjang Jalan Tun Perak menuju ke Padang Merbok.

2.58 petang: Keadaan di Jalan Petaling menjadi tegang apabila peserta himpunan baju merah cuba bertindak merempuh benteng polis, namun keadaan kembali tenang sebaik sahaja pihak polis meminta kerjasama peserta himpunan bertenang.

3.00 petang: Tan Sri Ali Rustam memulakan perhimpunan dengan menyampaikan ucapan di Padang Merbok. Kedengaran juga laungan 'tolak DAP'. Dalam ucapannya, Ali mengutuk perbuatan orang yang memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awangpada Bersih 4.0

3.07 petang: Satu lagi kumpulan besar himpunan baju merah tiba di hadapan Jalan Petaling menjadikan keseluruhan tiga kumpulan berada di kawasan berkenaan.

3.20 petang: Pasukan FRU mula dikerahkan di Jalan Petaling selepas peserta melakukan provokasi untuk memasuki kawasan berkenaan.

3.20 petang: Seorang penguatkuasa DBKL membawa kenderaan ringan elektrik untuk meninjau suasana Dataran Merdeka yang ditutup kepada semua akses.

3.40 petang: Penyokong himpunan baju merah mula memenuhi sekitar Jalan Petaling.

3.46 petang: Kelihatan kenderaan FRU yg membawa beberapa anggota FRU menghampiri Jalan Petaling.

3.50 petang: Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz diumum ada bersama himpunan 'baju merah' hari ini.

3.56 petang: Anggota FRU bersiap sedia untuk meminta peserta himpunan beredar daripada Jalan Petaling

4.11 petang: Satu lagi kumpulan daripada himpunan 'baju merah' tiba di pekarangan pintu masuk Petaling Street

4.50 petang: FRU melepaskan tembakan meriam air kepada peserta himpunan‎ baju merah di sekitar Jalan Petaling bagi menyuraikan penyokong.