Rabu, 8 Januari 2014

Makanan yang baik ketika patah

Pemakanan Untuk Pesakit Patah Tulang

بسم الله الرحمن الرحيم

Makanan Untuk Pertumbuhan Tulang

Doktor tak suka pesakit patah tulang ni berpantang, sebab tubuh perlukan zat-zat yang ada dari makanan untuk sembuh.  
Makan ubat Kalsium...Ubat Kalsium ni memang pesakit perlu ambil dan amalkan tiap-tiap hari selepas makan.
Nama ubat ni BioCal D 600, sama macam gambar.boleh beli di farmasi, harga RM20 macam tulah.Perbanyakkan makan sayur-sayuran...Sayur memang sedap, siapa yang tak suka sayur memang rugilah. Selain sedap, zat-zat yang ada pada sayur banyak membantu tubuh menjadi sihat. Sayur yang bagus adalah sayuran hijau. Contoh sayur brokoli dan saderi, batangnya pun dah macam bentuk tulang kan. Dua sayur ni memang bagus untuk kesihatan tulang. Rajin-rajinlah makan sayur ye.Perbanyakkan makan ikan bilis dan telur ayam kampung...Ikan bilis.. ni nasihat dari seorang kawan yang pernah patah tulang peha. Alhamdulillah, senang nak dapat dan bukan susah pun nak makan ikan bilis kan hehe. Cuma telur ayam kampung dah tak makan sebab susah nak dapat, sebelum ni selalu juga makan, tukang urut kata elok untuk tulang dan tubuh. Kalau tak percaya, cubalah dulu.

Minuman Untuk Pertumbuhan Tulang

Minum susu Anlene...Amalkanlah minum susu Anlene dua kali sehari, pagi dan malam. Susu memang bagus untuk tulang, sebab susu ada kalsium yang diperlukan oleh tulang. Kalau tak suka yang perisa biasa, boleh beli yang perisa coklat. Ikut keselesaan pesakit, kadang-kadang tak semua orang suka minum susu.Minum air oren...Ni salah satu minuman yang boleh di amalkan.cth  Sunquick ...memang bagus juga untuk tulang sebab ada Vitamin-C yang tinggi.Minum pati ikan haruan...Pati ikan haruan ni bagus kalau diamalkan,  Bagus untuk tisu dalaman dan bagus untuk penyembuhan luka dalaman, nak-nak di bahagian patah tulang tu. Yang ada open fracture boleh la amalkan minum. Boleh beli di farmasi yang jenis Polleney, harga sekitar RM25. Kalau boleh belilah yang dicampur madu, kalau tak suka boleh beli yang pati ikan haruan je. Tapi rasa pahit dan hanyirlah.Minum teh..., Kalau tak minum setiap hari, 5 kali seminggu pun ok . Salah satu fakta kalau minum teh dan amalkannya, tulang pun akan jadi kuat dan sihat. Teh mengandungi anti-oksida yang tinggi dan bagus untuk tubuh. Teh yang terbaik adalah teh hijau.Minum Horlicks...Horlicks memang minuman kegemaran ramai Khasiat... yang ada pada minuman Horlicks memang banyak seperti Asid Folik, Vitamin-D, Vitamin-C, Vitamin-A, Vitamin-B1 & B2, Zat Besi, dan Kalsium. Cubalah amalkan, memang sedap, mudah didapati dan harganya pun tak mahal.P/S: Alhamdulillah, ni lh serba sedikit makanan dan minuman yang baik jika di amalkan untuk tulang. Lain orang lain caranya kan. Serba sedikit .sekadar perkongsian..

Tempoh untuk satu cek diselesai

saya berkongsi pengetahuan mengenai sedikit sebanyak prosedur dan proses pengeluaran cek pampasan selepas penghakiman direkodkan ataupun selepas Baucer Pelepasan Tanggungan(Discharge Voucher) disempurnakan oleh penuntut. Selepas suatu penghakiman direkodkan, peguamcara plaintif (penuntut) perlu menyedia dan mengeluarkan draf penghakiman dalam tempoh masa 14 hari dan diserahkan untuk kelulusan semua pihak yang terlibat termasuklah kepada peguamcara defendan (insuran) dan pendaftar mahkamah. Selepas pihak-pihak ini memeriksa, menyemak dan meluluskan draf penghakiman itu, peguamcara plaintif perlu meminda pernyataan dan kandungan setakat mana yang telah diluluskan oleh pihak-pihak dan kemudiannya memfailkan ke dalam mahkamah bagi mendapatkan salinan bersih (meterai). Kebiasaannya masa yang diambil bermula dari proses penyediaan, pengeluaran, penyerahan draf penghakiman adalah lebih kurang 30 hari dan kemudian proses pembetulan, pemindaan dan memfailkan penghakiman bersih juga mengambil masa lebih kurang 30 hari. Selepas penghakiman bersih dikeluarkan oleh mahkamah, peguamcara plaintif perlu menyampaikan dan menyerahkan kepada peguamcara pihak defendan. Peguamcara defendan akan menyerahkan penghakiman itu kepada anakguaman (jabatan tuntutan insuran) dan menasihati anakguaman mereka untuk membayar atau memproses cek bayaran pampasan. Selepas berpuashati, jabatan tuntutan akan memanjangkan penghakiman itu untuk tindakan jabatan perakaunan untuk semakan jumlah kuota bayaran, kebiasaan syarikat insuran di negara ini akan memproses bayaran pampasan mengikut jumlah kouta bulanan yang diluluskan oleh pihak pengurusan mereka. Selepas itu barulah barulah cek pampasan tersebut dikeluarkan untuk ditandatangani oleh pengurus dan kemudian dihantar kepada jabatan tuntutan, selepas itu diserahkan kepada peguamcara defendan untuk tindakan susulan. Setelah mendapat cek pampasan peguamcara defendan akan menulis surat dan menyerahkan cek pampasan kepada peguamcara plaintif. Dan apabila cek ini sampai dan berada di pejabat peguamcara plaintif barulah peguamcara plaintif akan menghubungi anda semua bagi memaklumkan bahawa cek anda telah tersedia dan anda perlu segera mengambimyal di pejabat.Proses dan prosedur yang terpaksa dilalui di syarikat insuran biasa memakan masa 30 - 60 hari. Justeru saya menasihati anda semua supaya dapat bersabar menunggu cek pampasan itu diserahkan kepada anda kerana paling awal proses ini dapat diselesaikan dalam tempoh masa 3 bulan dan ada sesetengah kes mengambil masa 6 - 12 bulan kerana disebabkan nilai jumlah pampasan yang tinggi dan mungkin mengalami kesulitan dan masalah dalam proses dan prosedur tersebut.Ada segelintir orang yang tidak dapat bersabar dan berfikir secara melulu telah menamatkan khidmat peguamcara yang mendapatkan penghakiman untuk mereka semata-mata hanya mendengar khabar angin dan tohmahan dari agen-agen dan wakil-wakil peguam bahawa proses pengeluaran cek ini dapat dibuat dengan segera dan cepat. Mereka ini selalu mendakwa kelewatan itu adalah disebabkan tiada tindakan daripada peguamcara yang mereka lantik sebelum ini. Sebenarnya ini adalah tindakan yang amat tidak bertamadun, tidak berperikemanusian dan keluar daripada nilai-nilai insan yang baik kerana kita selalu dituntun dan dianjurkan oleh agama kita untuk bersyukur Allah SWT dan berterima kasih kepada orang yang berbudi dan berjasa kepada kita. Situasi ini umpama orang bodoh yang tidak berpengetahuan tetapi berlagak pandai, tidak mengenang jasa dan budi orang. Akhirnya orang seperti ini akan tersepit kerana telah melantik dua peguamcara untuk mengendalikan satu urusan yang mudah, yang sebenarnya dia tidak perlu melantik peguamcara lain untuk tujuan yang serupa. Disebabkan sifat gelojoh dan tidak sabar itu, orang yang seperti ini terpaksa menanggung dan membayar yuran guaman dua kali ganda kerana terpaksa membayar kedua-dua peguamcara tersebut, sedangkan jika beliau dapat nasihat yang betul daripada orang benar, sudah tentu tiada pengurangan yang berlaku ke atas jumlah cek pampasan anda.

Ahad, 5 Januari 2014

Kemalangan

Hubungi saya fattul 24hrs
0193003434

APA PERHIDMATAN YANG PEGUAM TAWARKAN

Bila Anda Perlu Berjumpa Seorang Peguam???
Pada amnya anda mungkin perlu berjumpa peguam untukMendapatkan nasihat tentang masalah bersifat undang-undangMewakili anda di Mahkamah,
jika perluMembantu mengendalikan hak anda di sisi undang-undangOleh itu, anda mungkin ingin berjumpa dengan seorang peguam khususnya:-
Jika anda didakwa melakukan jenayah dan ingin mendapatkan nasihat mengenai pembelaan anda dan juga untuk mewakili anda di MahkamahJika anda ingin membuat tuntutan terhadap pihak lain, anda boleh meminta peguam membantu anda membuat tuntutan dan mewakili anda di MahkamahJika pihak lain membuat tuntutan yang tidak adil terhadap anda, anda mungkin memerlukan bantuan peguam untuk membela andaPerkhidmatan Yang Diberi Oleh Peguam

.Peguam boleh memberi anda pelbagai perkhidmatan yang penting dan berguna. Antara perkhidmatan yang diberi oleh mereka ialah:-Bila seseorang berhutang dengan anda dan belum menjelaskan hutangnya walaupun telah berkali-kali anda mengingatkannya, anda mungkin ingin berjumpa peguam untuk membuat tuntutan bagi pihak anda.

[[Bila anda terlibat dalam suatu kemalangan jalanraya, peguam boleh menasihatkan anda tentang langkah-langkah yang harus diambil untuk membuat tuntutan serta apa yang anda harus buat untuk melindungi diri dari tuntutan pihak lain]]

.Bila anda menghadapi masalah dengan suami/isteri, peguam boleh menasihati anda tentang undang-undang perceraian, perpisahan, nafkah dan hak penjagaan anak.Bila anda ingin membeli rumah atau menjual rumah, peguam boleh memberi nasihat tentang prosedur yang terlibat, memeriksa semua dokumen bagi pihak anda dan memastikan bahawa hakmilik rumah itu adalah sah serta bebas dari bebanan.Jika anda ada masalah berkenaan dengan penyewaan harta sebagai tuanpunya atau penyewa, anda boleh berjumpa dengan peguam untuk memperolehi nasihat atau mewakili anda di Mahkamah, jika perlu.
Sebelum anda menandatangani sebarang kontrak perniagaan atau perkhidmatan salinan deraf kontrak berkenaan boleh ditunjukkan kepada peguam dan nasihat boleh diminta.Apabila salah seorang ahli keluarga meninggal, bantuan peguam boleh diperolehi untuk membuat permohonan kepada Mahkamah supaya harta pusaka simati boleh dikendalikan.Anda Mungkin Ingin Meminta Nasihat Seorang Peguam:Untuk membuat wasiat supaya harta anda dibahagikan mengikut kehendak anda selepas kematian.Untuk menukar nama.Untuk mengambil anak angkatSebelum memulakan perniagaan atau menubuhkan syarikatUntuk mengetahui hak anda di sisi undang-undang dalam sesuatu perkara
#Bagaimana Mencari Seorang Peguam,Peguam tidak dibenarkan mengiklan tetapi,, Majlis Peguam ada menerbitkan sebuah buku panduan yang mempunyai nama, alamat dan maklumat lain yang relevan tentang semua peguam yang beramal di Malaysia. ##Cara terbaik untuk memilih seorang peguam adalah menerusi cadangan kawan, rakan kerja dan saudara-mara.##Berjumpa Dengan PeguamJika hubungan kali pertama anda dengan seorang peguam adalah menerusi panggilan telefon, anda harus memberitahunya sebab anda menghubungi dan terus membuat temujanji.Pada perjumpaan nanti bawa bersama-sama anda segala dokumen relevan dan maklumkan kepada peguam semua maklumat yang perlu. Adalah lebih baik jika anda mencatat semua soalan yang hendak ditanya.Jangan rasa takut untuk bertanya soalan. Jika ingin, anda juga boleh bertanya kepada peguam tentang banyaknya kerja yang terlibat dan jangka masa kes.INGAT: Peguam anda hadir untuk membantu.Yuran GuamanYuran yang perlu dibayar biasanya berdasarkan berapa banyak kerja yang telah dibuat bagi pihak anda, masa yang diambil serta kesukaran kerja yang terlibat. Kadang-kala yuran yang perlu dibayar ditetapkan oleh undang-undang: contohnya – yuran untuk jual-beli rumahAdalah biasa bagi peguam meminta bayaran cengkeram sebelum memulakan kerja bagi pihak anda.Sila bincang secara bebas bersama peguam anda tentang bayaran yuran.
Ini adalah untuk mengelakkan salah faham. Sekiranya anda tidak puas hati dengan yuran yang dikenakan, berbincanglah dahulu dengan peguam anda. Sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan, anda boleh meminta peguam anda mengatur supaya bilnya ditaksirkan, iaitu ditentukan oleh pihak Mahkamah.Bantuan Guaman
Jika anda perlu berjumpa dengan peguam tetapi tidak mampu membayar yurannya, bantuan boleh diperolehi dari Pusat Bantuan Biro Guaman yang diuruskan oleh Majlis Peguam. Pusat Bantuan Guaman di Kuala Lumpur yang terletak di:

-Tingkat 6, Wisma KraftanganNo. 9, Jalan Tun Perak50050 Kuala Lumpur.Tel:03-2691 3005, 2693 2072Fax:03-2963 0527

Kerajaan juga menguruskan skim bantuan guaman untuk orang yang memerlukan bantuan guaman tetapi tidak mampu membayar yurannya, Biro Bantuan Guaman Kerajaan mempunyai pejabat-pejabat di semua bandaraya dan bandar utama di Malaysia. Pejabat mereka di Kuala Lumpur terletak di:-

Biro Bantuan GuamanTingkat 1, Wisma CyclecarryJalan Raja Laut50504 Kuala Lumpur.Tel:03-2694 2700Fax:03-2694 0040

Biro Bantuan Guaman memberi bantuan dalam kebanyakkan perkara untuk mereka yang layak kecuali representasi bagi kes-kes jenayah.Majlis PeguamMajlis Peguam adalah badan yang mengawal semua peguam yang beramal di Semenanjung Malaysia. Badan ini menetapkan piawai bagi kelakuan professional yang harus dipatuhi oleh peguam. Sekiranya anda tidak puas hati dengan perkhidmatan peguam anda, anda harus cuba menyelesaikan dengan peguam anda terlebih dahulu kerana masalah itu mungkin kerana salah faham atau putus komunikasi. Sekiranya ini tidak berhasil, anda bolehlah menulis surat kepada Majlis Peguam untuk bantuan mereka.Alamat

Majlis Peguam adalah:MAJLIS PEGUAM(Bar Council)No. 13, 15 & 17, Leboh Pasar Besar50050 Kuala LumpurMalaysia

.Tel:03-2031 3003Fax:0-2026 1313;2034 2825;2072 5818E-mail: council@malaysianbar.org.mywww.malaysianbar.org.mySEJAK 14 NOVEMBER, 2008 PENAFIANDASAR PRIVASIDASAR KESELAMATAN

<KEMALANGAN MAUT DAN CONTOH PERKIRAAN>

Kebanyakan waris simati yang ditemui.berpendapat pampasan kemalangan maut semestinya melibatkan jumlah amaun yang tinggi kerana pampasan untuk kecederaan badan sahaja sudah melibatkan nilai pampasan sehingga mencapai angka RM ratusan ribu ringgit, apatah lagi jika melibatkan kehilangan nyawa sudah tentu pampasan melebihi RM ratusan ribu berbandingkan hanya kecederaan badan sahaja.

Pendapat ini sebenarnya silap dan salah, sama sekali langsung tidak mencerminkan ianya bergantung kepada fakta dan undang-undang yang berkuatkuasa di negara ini.

Tuntutan maut akibat kemalangan sebenarnya di bawa melalui Seksyen 7 Akta Undang-undang Sivil 1956 (pindaan) 1987. Akta ini memperuntukkan bahawa waris simati berhak mendapat pampasan seperti berikut:-
1. Kedukacitaan berjumlah RM10,000.00 sekiranya:-(a) simati pada masa kematiannya berumur bawah 18 tahun (budak) dan tidak berkahwin, ibu bapa yang sah berhak membawa tuntutan ini; saudara mara, datuk, nenek tidak berhakkepada tuntutan ini;(b) simati pada masa kematiannya berumur melebihi 18 tahun dan telah berkahwin, suami isteri yang sah sahaja berhak membawa tuntutan ini, saudara mara, datuk, nenek tidak berhakkepada tuntutan ini;(c) simati berusia 18 tahun ke atas dan tidak berkahwin, ibu bapa yang tidak berhak kepada tuntutan kedukacitaan, tetapi berhak membawa tuntutan untuk kehilangan sumbangan dan gantirugi khas.

2. kehilangan sumbangan pendapatan simati tertakluk:-(a) simati mestilah pada masa kematiannya mempunyai pendapatan dan telah memberi sumbangan pendapatan itu kepada warisnya, waris itu merujuk kepada 1 (a) dan (b) di atas;(b) pendapatan simati itu mesti ditolak dengan jumlah perbelanjaan sara hidupnya sendiri;(c) Jika simati pada masa kematiannya berumur bawah 30 tahun, jumlah pendarapan sumbangan itu adalah selama 16 tahun x 12 bulan;(d) Jika simati pada masa kematiannya berumur atas 30 tahun jumlah pendarapan ini adalah 55 tahun - usia kematian simati bahagi (/) 2 x 12 tahun.

3. Gantirugi Khas
Untuk perbelanjaan pengurusan jenazah, pengebumian dan majlis kenduri tertakluk kepada resit perbelanjaan dan bukti yang kukuh.Masih terbayang di mata saya perasaan sayu dan sedih satu keluarga akibat kehilangan simati yang terkorban dalam suatu kemalangan di Slim River. kira-kira 8 bulan yang lalu. Simati berusia awal 30-an dan merupakan ibu tunggal serta mempunyai 2 orang anak perempuan. Simati tinggal bersama ibu bapanya. Simati pada masa kematiannya bekerja sebagai pekerja am dengan menerima bayaran gaji RM650 sebulan. Dalam kes ini, waris yang berhak membawa tuntutan ini adalah anak-anak dan ibu bapa simati.Oleh kerana pendapatan simati adalah RM650 sebulan, jumlah sebanyak RM200 adalah munasabah dikira sebagai perbelanjaan sara hidup simati.
Oleh demikian nilai sumbangan simati adalah sebanyak RM450 sebulan setelah ditolak kos sara hidup simati itu. Sementara itu, disebabkan simati telah melepasi usia 30-an, maka pendarapannya adalah 55 tahun - 32 tahun / 2 = 11.5 tahun x 12 bulan = 138 bulan x RM450 = RM62,100.00. Apa yang lebih buruk lagi mereka cuba dan telah membandingkan nilai pampasan yang diterima jiran mereka yang mengalami kecederaan patah tulang peha yang telah dipampaskan sebanyak RM45,000.00.Akhirnya boleh merujuk kepada pengamal undang-undang lain lain.
peruntukkan Seksyen 7 dan Akta Undang-Undang Sivil 1956 (pindaan) 1987.

HOSPITAL SWASTA VS KERAJAAN=kesan tuntutan

Manusia memang memerlukan perkhidmatan dan rawatan perubatan terbaik pada kos yang berpatutan dan murah.. kebanyakan daripada kita, apabila ditimpa kemalangan lebih suka  untuk mendapat rawatan di pusat perubatan swasta, tidak sukar untuk mencari jawapan kepada senario ini.
Memang diakui bahawa pusat perubatan swasta menyediakan perkhidmatan dan rawatan yang pantas dan selesa dengan kemudahan serta kelengkapan yang mencukupi. Namun harga dan nilai yang perlu dibayar oleh penggunanya adalah mahal dan tinggi, amat jarang sekali pengguna akan bersetuju untuk dirujuk kepada pusat perubatan swasta sekiranya dia tidak memiliki polisi insuran perubatan dan kemalangan kerana rata-rata rakyat di negara ini tidak mampu untuk menanggung kos bil perubatan yang tinggi tersebut.
Namun ada kes terpencil dimana ada segelintir pengguna yang agak berada tetapi pada hakikat sebenarnya mereka masih tidak mampu untuk menanggung kos bil perubatan swasta ini bersendirian kerana tidak mempunyai polisi insuran peribadi. Mereka ini dengan semberono membuat satu kesimpulan tanpa asas yang kukuh dan pemahamam yang secukupnya, sebaik sahaja terlibat dalam kemalangan jalanraya, terus meminta pegawai perubatan di hospital kerajaan segera merujuk mereka ke pusat perubatan pakar swasta atas alasan-alasan yang timbul daripada pemikiran yang sempit antaranya:-

1-Kes di hospital kerajaan tidak dilayan dengan segera berbanding dengan apa yang boleh didapati di hospital swasta;
2. Perkhidmatan dan layanan di hospital kerajaan kurang memuaskan dan lembab dari segi prosedur dan tindakan berbanding hospital swasta;
3. Kemudahan dan kelengkapan di hospital kerajaan tidak mencukupi;
4. Hospital kerajaan kekurangan doktor pakar berbanding di pusat perubatan swasta;
5. Bil perubatan akan ditanggung dan dilindungi oleh syarikat insuran yang melindungi kenderaan pihak ketiga yang berkaitan,

justeru tidak perlu risau dan gundah untuk bayaran bil perubatan itu.Saya tidak tahu dan faham bagaimana segelintir daripada masyarakat hari ini boleh mendapat ilham sehingga boleh timbulnya alasan yang tidak munasabah dalam pemikiran mereka. Kemungkinan mereka ini lebih memberi fokus kepada berita sensasi di media yang memberi liputan negatif terhadap rawatan di hospital kerajaan. Dari segi undang-undang dalam kes sivil akibat kemalangan jalanraya, undang-undang hanya membenarkan kos dan bil pembedahan di hospital swasta tidak melebihi jumlah 1/3 daripada jumlah keseluruhan bil perubatan tersebut, contohnya jika bil perubatan berjumlah RM15k, maka undang-undang hanya membenarkan jumlah tidak melebihi RM5k sebagai pampasan untuk bil perubatan hospital swasta itu.Sungguhpun demikian, anda boleh dan akan diberi pampasan penuh atas jumlah keseluruhan bil perubatan di hospital swasta oleh Mahkamah Yang Mulia, jika sekiranya anda dapat dan boleh membuktikan suatu keadaan dan situasi yang dibenarkan oleh undang-undang seperti berikut:-

1. Anda memerlukan rawatan kecemasan dalam kadar segera yang mana ianya tidak mampu disediakan dan tidak boleh diperolehi dimana-mana hospital kerajaan terutamanya hospital yang sedang merawat anda, jika ketiadaan rawatan kecemasan segera itu boleh mengakibat ancaman dan risiko kehilangan nyawa;
2. Rawatan, kelengkapan, peralatan dan kemudahan perubatan yang diperlukan oleh anda tidak boleh diperolehi dan akseskan di hospital kerajaan, melainkan hanya di hospital swasta sahaja; dan
3. Ketiadaan doktor pakar yang diperlukan oleh anda di hospital kerajaan melainkan ianya hanya boleh diperolehi di hospital swasta sahaja......
Saya berpendapat, rata-rata hospital kerajaan mempunyai fasarana dan insfrasuktur yang lebih baik dan terkini berbanding hospital swasta. Tenaga kerja di hospital kerajaan pula melebihi daripada mencukupi, namun juga diakui di sini bahawa perkhidmatan di hospital kerajaan kurang efisien kerana mereka terpaksa menampung jumlah pesakit yang begitu ramai berbanding hospital swasta. Justeru, adalah kurang adil dan tepat untuk memberi perbandingan yang negatif kepada perkhidmatan hospital kerajaan. Sebagai pengguna anda perlu memikirkan kemampuan anda untuk membayar kos dan kemudahan perubatan di hospital swasta yang mahal dan tinggi, jika anda kurang mampu adalah sebaik-baik anda hanya mendapatkan rawatan di hospital kerajaan kerana perkhidmatan, kemudahan dan kepakaran doktor di hospital kerajaan tidak kurang berbanding apa yang ada dan boleh diperolehi di hospital swasta pada hari ini kerana kerajaan pada hari ini telah bersungguh-sungguh untuk memberi dimensi baru kepada sektor perkhidmatan kesihatan agar masyarakat dapat menikmatinya. Selain itu anda tidak perlu bimbang kos bil perubatan anda akan ditolak oleh Mahkamah, bahkan syarikat insuran kenderaan pihak ketiga pula tanpa melalui prosedur rumit boleh bersetuju dengan tuntutan anda tersebut..

Tugas aio.pegawai penyiasat trafik

1. Beliau akan menjalankan siasatan dengan adil, saksama dan penuh tanggungjawab terhadap tugasan beliau tanpa cenderung kepada mana-mana pihak;
2. Mengambil keterangan, mengumpul bukti dan merakam apa-apa percakapan daripada saksi yang melihatkan kemalangan;
3. Melawat lokasi kejadian, merakamkan apa-apa kesan, bukti, keadaan dan situasi yang wujud di tempat kejadian;
4. Melukis rajah kasar dan kunci berdasarkan kepada lawatan beliau di lokasi kejadian;
5. Menyediakan, melengkap dan menyempurnakan kertas siasatan dengan secepat mungkin;
6. Mengemukakan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara melalui Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan susulan seperti urusan pendakwaan kepada pihak yang cuai dalam kemalangan tersebut;
Sebenarnya di bawah prosedur undang-undang jenayah di Malaysia, Pendakwa Raya merupakan orang yang paling berkuasa dalam pentadbiran keadilan jenayah. Segala keputusan tentang tindakan terhadap perlakuan kesalahan jenayah terletak di tangan beliau. Ketua Hakim Negara atau hakim-hakim sekalipun tidak mempunyai kuasa sebagaimana kuasa Yang Bijaksana Pendakwa Raya. Oleh itu, Pendakwa Raya mempunyai hak dan kuasa penuh untuk memutuskan pendakwaan, bukannya polis ataupun agensi-agensi pengkuatkuasaan yang lain. Tetapi saya mengakui bahawa AIO mahupun IO boleh mempengaruhi tindakan pihak Pendakwa Raya melalui cara, kaedah dan bagaimana kertas siasatan tersebut dihasilkan.

Apa perlu anda lakukan jika terlibat kemalangan

Sebagai pengguna jalanraya, kita semua tidak ingin terlibat dalam kemalangan, tetapi bak kata pepatah “Malang tidak berbau” ada baiknya kita mempunyai ilmu untuk menangani situasi apabila terlibat dalam kemalangan.
1.   Periksa keadaan diri sendiri dan penumpangSelepas kemalangan, kebanyakan mangsa mesti berada dalam keadaan terkejut dan memang sukar untuk berfikir secara rasional. Jadi tenangkan diri dahulu dan pastikan diri sendiri atau penumpang tidak mengalami kecederaan. Jika ada kecederaan serius hubungilah ambulans dan dapatkan rawatan segera. Pastikan mendapat salinan laporan perubatan untuk kegunaan tuntutan nanti.
2.   Periksa keadaan kenderaan dan sekelilingJikalau ada kamera, ambil gambar sebarang kerosakan yang dialami, gambar kenderaan lain yang terlibat, gambar keadaan jalan dan sekeliling. Ambil nota seperti waktu kemalangan, keadaan trafik, keadaan cuaca, keadaan jalan dan sebagainya, supaya boleh mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang kejadian tersebut. Jikalau kenderaan masih boleh dipandu, pindahkan kereta ke tempat yang tidak mengganggu haluan trafik. Jikalau tidak boleh dipandu, tunggu hingga towtruck datang
.3.   Dapatkan maklumat dari pemandu lainPastikan anda mendapat nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor lessen memandu, alamat terkini dan juga nombor telefon semua pemandu yang terlibat. Jikalau ada maklumat insurans lebih bagus. Jikalau kenderaan lain itu adalah kenderaan komersial dapatkan butiran syarikat sekali. Jangan bertindak melulu dan pastikan diri tenang pada setiap masa. Tindakan memarahi atau memaki hanya akan menyukarkan keadaan dan tidak membantu sesiapa. Jika kerosakan adalah kecil boleh berbincang untuk menyelesaikan masalah tanpa perlu melibatkan pihak polis atau insurans.
4.   Hubungi pihak insurans kereta andaJikalau kereta dalam keadaan yang teruk dan tidak boleh dipandu, hubungi pihak insurans untuk mendapat bantuan. Selalunya pihak insurans menyediakan khidmat bantuan kemalangan. Kadangkala ada pihak tertentu akan datang pada anda dan meminta anda menandatangani sebuah borang supaya mereka boleh menarik kereta anda ke bengkel terdekat. JANGAN tandatangan apa-apa borang atau setuju untuk kereta anda ditarik. Tunggu bantuan daripada pihak insurans anda sahaja. Jikalau tidak, kemungkinan anda tidak dapat dilindungi oleh insurans kereta anda. Pastikan anda mendapat nombor telefon towtruck dan juga nombor telefon bengkel berkenaan.
5.   Buat laporan polis di balai polis terdekatSelepas pihak insurans kereta telah menguruskan kereta anda, bolehlah pergi ke balai polis untuk membuat laporan. Membuat laporan polis adalah WAJIB jika hendak membuat sebarang tuntutan kelak. Semua pihak terlibat hendaklah membuat laporan polis dalam masa 24 jam dari masa kemalangan. Jikalau mengalami kecederaan serius dan tidak dapat membuat laporan dalam masa 24 jam, orang lain boleh membuat laporan bagi pihak anda.
6.   Membuat tuntutan dari pihak insurans sendiriSetelah selesai semua langkah di atas bolehlah buat tuntutan dari pihak insurans. Hubungi pihak insurans dan berikan salinan laporan polis. Selalunya pihak bengkel akan membantu membuat tuntutan kerana mereka telah biasa buat. Pastikan anda mendapat semua salinan resit kos pembaikian dan dokumen lain yang berkenaan untuk rekod anda. Dari segi kecederaan pula, jika anda mempunyai insurans kesihatan/perubatan, bolehlah menghubungi ejen insurans anda untuk membantu anda membuat tuntutan. Salinan laporan perubatan dan salinan laporan polis adalah amat penting dalam proses tuntutan jadi pastikan anda membuat salinan lebihan.
7.   Membuat tuntutan dari pihak yang melanggarJika anda rasa bahawa sebab tunggal kemalangan tersebut terjadi adalah dari kecuaian pihak yang lain, anda boleh membuat tuntutan terhadap mereka. Jika ada maklumat seperti dalam perenggan 3, bolehlah hubungi pihak insurans mereka atau jika mereka adalah syarikat bolehlah hubungi pihak syarikat. Hantarkan surat untuk menuntut pampasan. Kebiasaannya mereka akan menolak tuntutan tersebut dan anda hendaklah menggunakan khidmat peguam untuk membuat tuntutan pampasan tersebut. Anda boleh menuntut gantirugi terhadap kerosakan kepada kereta, kecederaan pada diri dan penumpang, dan juga sebarang kerosakan atau kehilangan barangan peribadi ketika kemalangan tersebut dan sebagainya. Anda boleh membuat tuntutan sedemikian walaupun anda telah mendapat lindungan daripada pihak insurans sendiri. Membuat tuntutan pampasan menggunakan peguam melibatkan kos tetapi kebanyakan peguam akan mengenakan bayaran awal yang rendah dan menetapkan yuran akhir berdasarkan peratusan dari jumlah yang dituntut.

Inilah 7 langkah atau nasihat yang perlu anda ketahui jika terlibat dalam kemalangan dan saya pasti ia boleh memanfaatkan diri anda kelak. Jika ada salah silap atau ingin memberi nasihat tambahan silalah tinggalkan komen anda di blog ini.