Kebanyakan waris simati yang ditemui.berpendapat pampasan kemalangan maut semestinya melibatkan jumlah amaun yang tinggi kerana pampasan untuk kecederaan badan sahaja sudah melibatkan nilai pampasan sehingga mencapai angka RM ratusan ribu ringgit, apatah lagi jika melibatkan kehilangan nyawa sudah tentu pampasan melebihi RM ratusan ribu berbandingkan hanya kecederaan badan sahaja.
Pendapat ini sebenarnya silap dan salah, sama sekali langsung tidak mencerminkan ianya bergantung kepada fakta dan undang-undang yang berkuatkuasa di negara ini.
Tuntutan maut akibat kemalangan sebenarnya di bawa melalui Seksyen 7 Akta Undang-undang Sivil 1956 (pindaan) 1987. Akta ini memperuntukkan bahawa waris simati berhak mendapat pampasan seperti berikut:-
1. Kedukacitaan berjumlah RM10,000.00 sekiranya:-(a) simati pada masa kematiannya berumur bawah 18 tahun (budak) dan tidak berkahwin, ibu bapa yang sah berhak membawa tuntutan ini; saudara mara, datuk, nenek tidak berhakkepada tuntutan ini;(b) simati pada masa kematiannya berumur melebihi 18 tahun dan telah berkahwin, suami isteri yang sah sahaja berhak membawa tuntutan ini, saudara mara, datuk, nenek tidak berhakkepada tuntutan ini;(c) simati berusia 18 tahun ke atas dan tidak berkahwin, ibu bapa yang tidak berhak kepada tuntutan kedukacitaan, tetapi berhak membawa tuntutan untuk kehilangan sumbangan dan gantirugi khas.
2. kehilangan sumbangan pendapatan simati tertakluk:-(a) simati mestilah pada masa kematiannya mempunyai pendapatan dan telah memberi sumbangan pendapatan itu kepada warisnya, waris itu merujuk kepada 1 (a) dan (b) di atas;(b) pendapatan simati itu mesti ditolak dengan jumlah perbelanjaan sara hidupnya sendiri;(c) Jika simati pada masa kematiannya berumur bawah 30 tahun, jumlah pendarapan sumbangan itu adalah selama 16 tahun x 12 bulan;(d) Jika simati pada masa kematiannya berumur atas 30 tahun jumlah pendarapan ini adalah 55 tahun - usia kematian simati bahagi (/) 2 x 12 tahun.
3. Gantirugi Khas
Untuk perbelanjaan pengurusan jenazah, pengebumian dan majlis kenduri tertakluk kepada resit perbelanjaan dan bukti yang kukuh.Masih terbayang di mata saya perasaan sayu dan sedih satu keluarga akibat kehilangan simati yang terkorban dalam suatu kemalangan di Slim River. kira-kira 8 bulan yang lalu. Simati berusia awal 30-an dan merupakan ibu tunggal serta mempunyai 2 orang anak perempuan. Simati tinggal bersama ibu bapanya. Simati pada masa kematiannya bekerja sebagai pekerja am dengan menerima bayaran gaji RM650 sebulan. Dalam kes ini, waris yang berhak membawa tuntutan ini adalah anak-anak dan ibu bapa simati.Oleh kerana pendapatan simati adalah RM650 sebulan, jumlah sebanyak RM200 adalah munasabah dikira sebagai perbelanjaan sara hidup simati.
Oleh demikian nilai sumbangan simati adalah sebanyak RM450 sebulan setelah ditolak kos sara hidup simati itu. Sementara itu, disebabkan simati telah melepasi usia 30-an, maka pendarapannya adalah 55 tahun - 32 tahun / 2 = 11.5 tahun x 12 bulan = 138 bulan x RM450 = RM62,100.00. Apa yang lebih buruk lagi mereka cuba dan telah membandingkan nilai pampasan yang diterima jiran mereka yang mengalami kecederaan patah tulang peha yang telah dipampaskan sebanyak RM45,000.00.Akhirnya boleh merujuk kepada pengamal undang-undang lain lain.
peruntukkan Seksyen 7 dan Akta Undang-Undang Sivil 1956 (pindaan) 1987.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan