Ahad, 5 Januari 2014

HOSPITAL SWASTA VS KERAJAAN=kesan tuntutan

Manusia memang memerlukan perkhidmatan dan rawatan perubatan terbaik pada kos yang berpatutan dan murah.. kebanyakan daripada kita, apabila ditimpa kemalangan lebih suka  untuk mendapat rawatan di pusat perubatan swasta, tidak sukar untuk mencari jawapan kepada senario ini.
Memang diakui bahawa pusat perubatan swasta menyediakan perkhidmatan dan rawatan yang pantas dan selesa dengan kemudahan serta kelengkapan yang mencukupi. Namun harga dan nilai yang perlu dibayar oleh penggunanya adalah mahal dan tinggi, amat jarang sekali pengguna akan bersetuju untuk dirujuk kepada pusat perubatan swasta sekiranya dia tidak memiliki polisi insuran perubatan dan kemalangan kerana rata-rata rakyat di negara ini tidak mampu untuk menanggung kos bil perubatan yang tinggi tersebut.
Namun ada kes terpencil dimana ada segelintir pengguna yang agak berada tetapi pada hakikat sebenarnya mereka masih tidak mampu untuk menanggung kos bil perubatan swasta ini bersendirian kerana tidak mempunyai polisi insuran peribadi. Mereka ini dengan semberono membuat satu kesimpulan tanpa asas yang kukuh dan pemahamam yang secukupnya, sebaik sahaja terlibat dalam kemalangan jalanraya, terus meminta pegawai perubatan di hospital kerajaan segera merujuk mereka ke pusat perubatan pakar swasta atas alasan-alasan yang timbul daripada pemikiran yang sempit antaranya:-

1-Kes di hospital kerajaan tidak dilayan dengan segera berbanding dengan apa yang boleh didapati di hospital swasta;
2. Perkhidmatan dan layanan di hospital kerajaan kurang memuaskan dan lembab dari segi prosedur dan tindakan berbanding hospital swasta;
3. Kemudahan dan kelengkapan di hospital kerajaan tidak mencukupi;
4. Hospital kerajaan kekurangan doktor pakar berbanding di pusat perubatan swasta;
5. Bil perubatan akan ditanggung dan dilindungi oleh syarikat insuran yang melindungi kenderaan pihak ketiga yang berkaitan,

justeru tidak perlu risau dan gundah untuk bayaran bil perubatan itu.Saya tidak tahu dan faham bagaimana segelintir daripada masyarakat hari ini boleh mendapat ilham sehingga boleh timbulnya alasan yang tidak munasabah dalam pemikiran mereka. Kemungkinan mereka ini lebih memberi fokus kepada berita sensasi di media yang memberi liputan negatif terhadap rawatan di hospital kerajaan. Dari segi undang-undang dalam kes sivil akibat kemalangan jalanraya, undang-undang hanya membenarkan kos dan bil pembedahan di hospital swasta tidak melebihi jumlah 1/3 daripada jumlah keseluruhan bil perubatan tersebut, contohnya jika bil perubatan berjumlah RM15k, maka undang-undang hanya membenarkan jumlah tidak melebihi RM5k sebagai pampasan untuk bil perubatan hospital swasta itu.Sungguhpun demikian, anda boleh dan akan diberi pampasan penuh atas jumlah keseluruhan bil perubatan di hospital swasta oleh Mahkamah Yang Mulia, jika sekiranya anda dapat dan boleh membuktikan suatu keadaan dan situasi yang dibenarkan oleh undang-undang seperti berikut:-

1. Anda memerlukan rawatan kecemasan dalam kadar segera yang mana ianya tidak mampu disediakan dan tidak boleh diperolehi dimana-mana hospital kerajaan terutamanya hospital yang sedang merawat anda, jika ketiadaan rawatan kecemasan segera itu boleh mengakibat ancaman dan risiko kehilangan nyawa;
2. Rawatan, kelengkapan, peralatan dan kemudahan perubatan yang diperlukan oleh anda tidak boleh diperolehi dan akseskan di hospital kerajaan, melainkan hanya di hospital swasta sahaja; dan
3. Ketiadaan doktor pakar yang diperlukan oleh anda di hospital kerajaan melainkan ianya hanya boleh diperolehi di hospital swasta sahaja......
Saya berpendapat, rata-rata hospital kerajaan mempunyai fasarana dan insfrasuktur yang lebih baik dan terkini berbanding hospital swasta. Tenaga kerja di hospital kerajaan pula melebihi daripada mencukupi, namun juga diakui di sini bahawa perkhidmatan di hospital kerajaan kurang efisien kerana mereka terpaksa menampung jumlah pesakit yang begitu ramai berbanding hospital swasta. Justeru, adalah kurang adil dan tepat untuk memberi perbandingan yang negatif kepada perkhidmatan hospital kerajaan. Sebagai pengguna anda perlu memikirkan kemampuan anda untuk membayar kos dan kemudahan perubatan di hospital swasta yang mahal dan tinggi, jika anda kurang mampu adalah sebaik-baik anda hanya mendapatkan rawatan di hospital kerajaan kerana perkhidmatan, kemudahan dan kepakaran doktor di hospital kerajaan tidak kurang berbanding apa yang ada dan boleh diperolehi di hospital swasta pada hari ini kerana kerajaan pada hari ini telah bersungguh-sungguh untuk memberi dimensi baru kepada sektor perkhidmatan kesihatan agar masyarakat dapat menikmatinya. Selain itu anda tidak perlu bimbang kos bil perubatan anda akan ditolak oleh Mahkamah, bahkan syarikat insuran kenderaan pihak ketiga pula tanpa melalui prosedur rumit boleh bersetuju dengan tuntutan anda tersebut..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan