Ahad, 5 Januari 2014

Tugas aio.pegawai penyiasat trafik

1. Beliau akan menjalankan siasatan dengan adil, saksama dan penuh tanggungjawab terhadap tugasan beliau tanpa cenderung kepada mana-mana pihak;
2. Mengambil keterangan, mengumpul bukti dan merakam apa-apa percakapan daripada saksi yang melihatkan kemalangan;
3. Melawat lokasi kejadian, merakamkan apa-apa kesan, bukti, keadaan dan situasi yang wujud di tempat kejadian;
4. Melukis rajah kasar dan kunci berdasarkan kepada lawatan beliau di lokasi kejadian;
5. Menyediakan, melengkap dan menyempurnakan kertas siasatan dengan secepat mungkin;
6. Mengemukakan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara melalui Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan susulan seperti urusan pendakwaan kepada pihak yang cuai dalam kemalangan tersebut;
Sebenarnya di bawah prosedur undang-undang jenayah di Malaysia, Pendakwa Raya merupakan orang yang paling berkuasa dalam pentadbiran keadilan jenayah. Segala keputusan tentang tindakan terhadap perlakuan kesalahan jenayah terletak di tangan beliau. Ketua Hakim Negara atau hakim-hakim sekalipun tidak mempunyai kuasa sebagaimana kuasa Yang Bijaksana Pendakwa Raya. Oleh itu, Pendakwa Raya mempunyai hak dan kuasa penuh untuk memutuskan pendakwaan, bukannya polis ataupun agensi-agensi pengkuatkuasaan yang lain. Tetapi saya mengakui bahawa AIO mahupun IO boleh mempengaruhi tindakan pihak Pendakwa Raya melalui cara, kaedah dan bagaimana kertas siasatan tersebut dihasilkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan