Rabu, 8 Januari 2014

Tempoh untuk satu cek diselesai

saya berkongsi pengetahuan mengenai sedikit sebanyak prosedur dan proses pengeluaran cek pampasan selepas penghakiman direkodkan ataupun selepas Baucer Pelepasan Tanggungan(Discharge Voucher) disempurnakan oleh penuntut. Selepas suatu penghakiman direkodkan, peguamcara plaintif (penuntut) perlu menyedia dan mengeluarkan draf penghakiman dalam tempoh masa 14 hari dan diserahkan untuk kelulusan semua pihak yang terlibat termasuklah kepada peguamcara defendan (insuran) dan pendaftar mahkamah. Selepas pihak-pihak ini memeriksa, menyemak dan meluluskan draf penghakiman itu, peguamcara plaintif perlu meminda pernyataan dan kandungan setakat mana yang telah diluluskan oleh pihak-pihak dan kemudiannya memfailkan ke dalam mahkamah bagi mendapatkan salinan bersih (meterai). Kebiasaannya masa yang diambil bermula dari proses penyediaan, pengeluaran, penyerahan draf penghakiman adalah lebih kurang 30 hari dan kemudian proses pembetulan, pemindaan dan memfailkan penghakiman bersih juga mengambil masa lebih kurang 30 hari. Selepas penghakiman bersih dikeluarkan oleh mahkamah, peguamcara plaintif perlu menyampaikan dan menyerahkan kepada peguamcara pihak defendan. Peguamcara defendan akan menyerahkan penghakiman itu kepada anakguaman (jabatan tuntutan insuran) dan menasihati anakguaman mereka untuk membayar atau memproses cek bayaran pampasan. Selepas berpuashati, jabatan tuntutan akan memanjangkan penghakiman itu untuk tindakan jabatan perakaunan untuk semakan jumlah kuota bayaran, kebiasaan syarikat insuran di negara ini akan memproses bayaran pampasan mengikut jumlah kouta bulanan yang diluluskan oleh pihak pengurusan mereka. Selepas itu barulah barulah cek pampasan tersebut dikeluarkan untuk ditandatangani oleh pengurus dan kemudian dihantar kepada jabatan tuntutan, selepas itu diserahkan kepada peguamcara defendan untuk tindakan susulan. Setelah mendapat cek pampasan peguamcara defendan akan menulis surat dan menyerahkan cek pampasan kepada peguamcara plaintif. Dan apabila cek ini sampai dan berada di pejabat peguamcara plaintif barulah peguamcara plaintif akan menghubungi anda semua bagi memaklumkan bahawa cek anda telah tersedia dan anda perlu segera mengambimyal di pejabat.Proses dan prosedur yang terpaksa dilalui di syarikat insuran biasa memakan masa 30 - 60 hari. Justeru saya menasihati anda semua supaya dapat bersabar menunggu cek pampasan itu diserahkan kepada anda kerana paling awal proses ini dapat diselesaikan dalam tempoh masa 3 bulan dan ada sesetengah kes mengambil masa 6 - 12 bulan kerana disebabkan nilai jumlah pampasan yang tinggi dan mungkin mengalami kesulitan dan masalah dalam proses dan prosedur tersebut.Ada segelintir orang yang tidak dapat bersabar dan berfikir secara melulu telah menamatkan khidmat peguamcara yang mendapatkan penghakiman untuk mereka semata-mata hanya mendengar khabar angin dan tohmahan dari agen-agen dan wakil-wakil peguam bahawa proses pengeluaran cek ini dapat dibuat dengan segera dan cepat. Mereka ini selalu mendakwa kelewatan itu adalah disebabkan tiada tindakan daripada peguamcara yang mereka lantik sebelum ini. Sebenarnya ini adalah tindakan yang amat tidak bertamadun, tidak berperikemanusian dan keluar daripada nilai-nilai insan yang baik kerana kita selalu dituntun dan dianjurkan oleh agama kita untuk bersyukur Allah SWT dan berterima kasih kepada orang yang berbudi dan berjasa kepada kita. Situasi ini umpama orang bodoh yang tidak berpengetahuan tetapi berlagak pandai, tidak mengenang jasa dan budi orang. Akhirnya orang seperti ini akan tersepit kerana telah melantik dua peguamcara untuk mengendalikan satu urusan yang mudah, yang sebenarnya dia tidak perlu melantik peguamcara lain untuk tujuan yang serupa. Disebabkan sifat gelojoh dan tidak sabar itu, orang yang seperti ini terpaksa menanggung dan membayar yuran guaman dua kali ganda kerana terpaksa membayar kedua-dua peguamcara tersebut, sedangkan jika beliau dapat nasihat yang betul daripada orang benar, sudah tentu tiada pengurangan yang berlaku ke atas jumlah cek pampasan anda.

73 ulasan:

  1. Lawyer dh bagitahu saya dapat 130k saya simpan 5k utk masa hadapan adakah itu duit bersih saya or lawyer akan tolak lagi untuk upahnya?

    BalasPadam
  2. Berapa lama nak tggu naik ne mahkamah dh dkt setahun belum naik naik

    BalasPadam
  3. suami saya kemalangan pada bulan 4 2016 sekarang dah mei 2019 bila tanya dalam proses..xxhbs2 lagi prosesnya

    BalasPadam
  4. Lawyer saya col saya bagitau kes dah settle dan cuma tunggu untuk dapat cek daripada puhak insurans.. hal ini berlaku pada 19/8/2019.. agak2 kena tunggu berapa lama ye untuk cek tersebut??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cepat Tuan punya progress? Saya 19/09/2019 excident tp lawyer ckp tggu 7bln bru amik report dari doctor then baru fight kesπŸ˜‡πŸ˜‡.

      Padam
    2. ok r tu...aku 30 jan 2019, 30 dec 2020 bru nek mahkamah...

      Padam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Sya dah sign surat yg menyatakan jumlah pampasan yg saya dpt..so berapa lama plk nk tggu cek

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadi skrg dah dapat belum tuan..berapa lama tempoh menunggu

      Padam
  7. sy nk tau brapa lama proses utk dptkan claim insuran tu.?sbb kes sy dh masuk 2thn 6bln masih lg dlm proses..bila sy bertanya dengan peguam,beliau bg jawapan 'kes dh jalan,skrg tengah tunggu tarikh sebut kes dr mahkamah'..

    BalasPadam
    Balasan
    1. SUAMI SAYA EXCIDENT PADA 2016 TAPI 18/11/19 BARU NAIK MAHKAMAH..TU PUN SELEPAS BERKALI-KALI FOLLOW UP..KALAU X RASANYA SENYAP MCM TU JE.ALASAN XDE COPY IC..SEDANGKAN IC TU MULA2 LAGI KITA BAGI

      Padam
  8. sy nk tau brapa lama proses utk dptkan claim insuran tu.?sbb kes sy dh masuk 2thn 6bln masih lg dlm proses..bila sy bertanya dengan peguam,beliau bg jawapan 'kes dh jalan,skrg tengah tunggu tarikh sebut kes dr mahkamah'..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Serius ke kecederaan suami tu yg smpai bawa ke 2 tahun?

      Padam
  9. Maaf lmbat komen.utk cpt dan lebih brkesan
    0193003434

    BalasPadam
  10. KES SUAMI SAYA BARU DIREKODKAN DI MAHKAMAH 18/11/2019
    AGAK2 NYA BERAPA LAMA BARU DAPAT CEK?

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum saya dah sign agreements berapa yg saya dpat.. Selalunya berapa lama mengambil msa untuk dpat duit tu

    BalasPadam
  12. Saya nak tanya, 8/1 haritu saya dipanggil ke mahkamah.. Tapi bila dtg tak bicara just lawyer tu bgtahu berapa pampasan yg saya dapat.. Adakah harga pampasan yg diberitahu tu harga bersih atau belum ditolak ? Saya tak tahu nak tanya apa.. Sebab takde pengalaman dari kawan or keluarga terdekat..

    BalasPadam
  13. Hai saya nak tanya, saya dah tanda tangan untuk dapatkan tuntutan saya kemalangan tahun 2017. Saya tanda tangan pada tarikh 26/12/2019. Jadi mereka kata mereka akan hubungi untuk mengambil cek berkenaan. Jadi saya nak tanya sekadar kepastian, agak2 berapa lama tu untuk mendapatkan cek berkenaan ye??

    BalasPadam
  14. Pada 27/2/2019 Kes tuntutan kecederaan dn lain-lain telah selesai di mahkamah dan jumlah claim pun dah ditetapkan oleh hakim..persoalan saya..brapa lama untuk sya menerima cek claim tersebut..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. lebih kurang mcm saya...saya selesai bulan 4/2019...tapi tututan atas nama pejabat peguam...agaknys cek dah dapat...tapi dia nak tipu kita kata cek belum dapat...

      Padam
  15. Pada 27/2/2019 Kes tuntutan kecederaan dn lain-lain telah selesai di mahkamah dan jumlah claim pun dah ditetapkan oleh hakim..persoalan saya..brapa lama untuk sya menerima cek claim tersebut..?

    BalasPadam
  16. Soalan sy ialah peguam selalunya cas berapa dari pampasan kita? Sebab kes kawan sy peguam kata 30% dari pampasan... Kawan sy patah kaki masuk besi dpt claim dari insurance kereta yg langgar dia dlm 70k.. selalunya harga pasaran peguam cas berapa ya?

    BalasPadam
  17. Saya Ngan husband dh naik mahkamah dan peguam dh bg tau berapa duit yg saya dpt Ngan suami kami dh sign...so nk tngg berapa lama untuk dpt duit tu?

    BalasPadam
  18. Saya ada kes accident tapi saya yang melanggar di belakang kereta. Saya menaiki motor dan paha saya mengalami kepatahan. Pemandu kereta saya dah bayar untuk perbaiki bahagian yang mengalami kerosakan dan kes ni berlaku di tahun 2015 dan saya baru start claim insuran pada tahun lepas, 2019. Selalunya berapa tempoh dan duit insuran saya akan dapat ?

    BalasPadam
  19. kes saya accident 06/2018 selasai bicara 04/2019....cepat tak sampai setahun....sekarang dah bulan mei setahun lebih...tapi belum dapat pampasan....

    BalasPadam
  20. Kes dah dekat 2 tahun. Duit insuran dapat total 6k tolak itu tolak ini dpt lebih kurang 3k. 3 bulan lepas baru dapat dari syarikat guaman ni Rm900 lebih baki dia kata akan bayar dlm 1minggu sekarang dah 3 bulan baki masih lagi tak dapat.. patut bkk file baru saman syarikat guaman tu ke mcm mana? Bukti semua ada transaction bank in semua ada. Bila di call cakap dengan person in charge dia like manager, dia bercakap agak kasar dont call office lah call dia sahaja direct dia lah tak faham bahasa lah dia ckp. Adakah ini sesuatu yang biasa syarikat guaman akan buat kepada mana2 penerima insuran? Bulan lepas saya call dia ckp akan cek dekat office nnti sekarang dah 1 bulan dia diam. Kes dah hampir 2 tahun jumlah 3k masuk akal?

    BalasPadam
  21. Saya dah selesai tuntutan mahkamah pada 16/12/2019. Mahkamah dah bagitau berapa jumlah defendan(insurans) perlu bayar. pada awal Feb 2020, saya ada bertanya pada syarikat guaman dan mereka kata belum dapat cek pampasan dan ianya memakan masa yang lama utk dapat.

    Semalam, saya rasa nak call pihak insurans yg berkenaan. Terkejut dengan jawapan mereka bahawa bayaran telah pun dibuat pada hujung Feb 2020. Jadi, saya pun segera hubungi syarikat guaman untuk kepastian. Tapi, hampa mendengar jawapan dari pihak mereka yang berbelit belit seperti cek tqk sampai lagi la, pegawai akaun cuti laa dan mcm2 kelentong lagi.

    Memang hati menjadi makin panas sebab kita dapat tahu cek pampasan telah dikeluarkan dari pihak luar. Sepatutnya syarikat peguam yang kita lantik memaklumkan kepada saya.

    Soalan saya: apakah yang syarikat guaman buat dengan cek tersebut setelah diperam sekian lama tanpa memberitahu saya berkenaan status tersebut???
    Jadinya, adakah saya ni orang yang bodoh tidak sabar menunggu cek seperti tuan nyatakan diatas:
    "Ada segelintir orang yang tidak dapat bersabar dan berfikir secara melulu telah menamatkan khidmat peguamcara yang mendapatkan penghakiman untuk mereka semata-mata hanya mendengar khabar angin dan tohmahan dari agen-agen dan wakil-wakil peguam bahawa proses pengeluaran cek ini dapat dibuat dengan segera dan cepat. Mereka ini selalu mendakwa kelewatan itu adalah disebabkan tiada tindakan daripada peguamcara yang mereka lantik sebelum ini. Sebenarnya ini adalah tindakan yang amat tidak bertamadun, tidak berperikemanusian dan keluar daripada nilai-nilai insan yang baik kerana kita selalu dituntun dan dianjurkan oleh agama kita untuk bersyukur Allah SWT dan berterima kasih kepada orang yang berbudi dan berjasa kepada kita. Situasi ini umpama orang bodoh yang tidak berpengetahuan tetapi berlagak pandai, tidak mengenang jasa dan budi orang."

    ATAU peguam2 ni yang menjalankan kerja2 haram diatas kesusahan orang lain??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awk cari sendiri ke peguam tu atau ada runner yg dtg cari awk utk guna khidmat prguamnya?

      Padam
  22. Saya baru sahaja selesai kes tuntutan mahkamah. Saya dapat dalam 10k. Saya nak tahu berapa jumlah bersih yg saya akan dapat ? Sebab peguam akan ambil 25% dari tu. Dan saya nak tanya adakah syarikat peguam akan tolak kos semasa saya buat pemeriksaan dihospital swasta seperti pemeriksaan MRI untuk mengetahui keadaan saya sepanjang kes berlangsung ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kire matematik, kalo tuan dpt 10k tolak 25% lawyer, total tuan dpt 7.5k laa, 2.5k lawyer punye comission..

      Padam
  23. Jika saya excident 24/3/2019 and patah tulang peha(femur) Kiri berapa anggaran duit pampasan Dan ia Naik makhamah.berapa lama prosesnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika sudah menang pampasan ia perlu tunggu umur 18 ke?

      Padam
  24. Dah 3 tahun masih belum dapat apa pampasan walaupun tuntutan di mahkamah dah selesai

    BalasPadam
  25. Saya mahu check duit insiden
    Saya

    BalasPadam
  26. adakah lama tempoh untuk dapatkan claim pada musim covid ni? sebab lawyer selalu cakap tak boleh selesai lagi sebab covid. dah nak dekat 8 bulan status pending

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah saya baru eksiden tahun lepas 13/1/2020 , skrg dah 2021 tunggu nak naik makhamah tah bila bila lah , sepatutnya cepatkan sekarang bukan lagi pkp dah pkpb kan

      Padam
    2. samalah saya baru eksiden tahun lepas 13/1/2020 , skrg dah 2021 tunggu nak naik makhamah tah bila bila lah , sepatutnya cepatkan sekarang bukan lagi pkp dah pkpb kan

      Padam
    3. Sama..eksiden 2.9.2020..surat 4x dapat..kli yg ke 4 ni baru panggil naik mahkamah pada 21.7.2022..

      Padam
  27. samalah saya baru eksiden tahun lepas 13/1/2020 , skrg dah 2021 tunggu nak naik makhamah tah bila bila lah , sepatutnya cepatkan sekarang bukan lagi pkp dah pkpb kan

    BalasPadam
  28. blh ke mnta duit dari peguam dulu, sblm dapatkan duit pampasan?perlukan duit sgt2 wktu itu, nk tggu lama..blh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika pinjam dgn lawyer..takut dikenakan kenakan bunga...lagi lmbt dpt claim lagi le byk interest..

      kena confirmkan dgn pihak lawyer samada kenakan interest atau tidak ye...sebab kira advance dh tu..

      Padam
    2. Cek pampasan dari pehak insuran atas siapa ?

      Padam
  29. Sya nk tanya bagaimanakh cara Sya mendapat tuntutan pembayaran Insuran suami yg meninggal dunia kemalangan 6 tahun lalu,pihak insurans yg mewakili Sya Maseh lagi mengatakan pihak insurans yg dituntut belum menjelaskan pembayaran,sgala surat yg Sya tandatgan x orang ada salinan untuk Sya ....bolehkah Sya buat report polis untuk mengbil tindakan terhadap insuran yg mewakili Sya,Iran Sya dh prgi mahkamah hakim telah memberitahu pihak insurans yg dituntut harus membayar saguhati kpda Sya rm 20k ,bolehkah Sya mengambil tindakan untuk buat laporan polis

    BalasPadam
  30. Boleh tak saya nk check brp jmlah sebenar tuntutan yg sy dpt sblm ni.. sbb lawyer xde tunjuk pd sy pn apa surat/dokumen yg mnyatakn jmlah tuntutan..lawyer bgtau dpr 33k cek pn xde dia dh tunaikn check tsbut tnpa tnjukn nilai sbnr kpd sy

    BalasPadam
  31. Sy nak tny...pihak guam bru bgtw suami sy cek dh dpt..sperti yg dua jnji kn 17hb hrtu cek dh smoi ke pihak guam..lpas tu diorg dh jnji nk byar semlm 20hb..tp tgu2 xde pon...mmg proses nye lambat ke ye?

    BalasPadam
  32. Sya dah sign surat yg menyatakan jumlah pampasan yg saya dpt..so berapa lama plk nk tggu cek

    BalasPadam
    Balasan
    1. dua dalam 3 bulan. mcm rezeki sy 3 minggu sudah dapat.

      Padam
    2. Jumlah pampasan byk tak? Kes encik kecederaan teruk ke biasa2?

      Padam
  33. Memang kena naik mahkamah ke..sbb dh 2x surat sampai dan dalam surat cakap kita tak perlu hdir ke mahkamah sebb pihak guam yg hadir bg pihak kita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betol tu. dia ade 3 kali naik makamah. kali 3 baru la empunya badan yg kene naik makamah.

      Padam
    2. Biasa brpa lma kes ni settle ye..exsident 2.9.2020..
      Surat dh dpt kli ke 3. Tpi msh xkna naik mhkmh lg

      Padam
  34. pihak ins boleh ke bg tau lawyer tentang jumlah melalui lisan xda surat hitam putoh apa..sbb sy mntk surt yg menjukan jumlah yg pihak ins nk byar..tp pihak pegum ckp lisan je xda surt2 dr pihak ins

    BalasPadam
  35. saya dah dapat surat dari Pihak insuran. First dh fail kes, second tk ingt ap dia tulis, third fail Sebutan, lepas ni surat ap plk? atau trus sign cek? mohon penjelasan. hehehehe

    BalasPadam
  36. adik saya kemalangan 7.2.2020. cek pampasan pon da dapat dengan jumlah 160k. setelah ditolak dengan duit pinjaman dan ptongan 20% dr pihak guaman. dapat la dalam 122k. soalan saya. perlukah membayar zakat atau pon cukai. hasil dari duit pampasan ni ya? puas cari di google xde jawapan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. eksiden moto ke kereta? berapa umur adik tu?

      Padam
    2. bleh sy thu adik cik patah ape ye?

      Padam
  37. Sy Dan suami excden pada 31hb8.2021..tpi baru2 nie pejabat peguam ad beritahu pada sy yg tgh menunggu Hari bicara utk Naik mahkmah..tpi mcm mne nk Thu yea jumlah yg kte blh dpat?Baca semua dekat atas semua mcm lambt je proses dy Kan..semoga dpermudahkn semua...

    BalasPadam
  38. Ye sis. Memang lama proses dia..mcm sy pn exsiden 2.9.2020..bln 7 2022 nanti baru bicara naik mhkmh..sabar itu indah 😊

    BalasPadam
  39. saya accident pade 28/9/2021 , skrang dh 1/1/2022 , 6/12/2021 saya dh naek makhamah untuk bayar saman x de lesen , tapi peguam tu ckp akan ade naek makhamah lgi sebb menyatakan saye yg salah dlm kes tu , agak ii lame tk untuk saye claim insurance tuu? , Kaki saya patah dan masuk besi akibat accident hari tuu , harap proses claim insurance tu dipercepat kan lah sebb saya pon bukan org senang

    BalasPadam
  40. Sya excident pakai moto kes saya dh settle 10/12/2021 saya dh tunggu cek sampai dh dkt 4 bulan,jadi berapa lama lagi sya tungu cek ni loyer

    BalasPadam
  41. Kes kemalangan kami dh xde naik mahkamah lg, peguam pun dh bgtau berapa nilai yg kami dpt.. tp tu la, kami tak tau berapa lama bru bayaran nya release.. ade sape2 yg berpengalaman tak? bole bgtau tempoh dpt wang tu makan msa brpe lme?

    BalasPadam
  42. kes sye dh settle..xkne naik mhkmh lg..1tahun9bulan baru settle kes ni..menunggu dgn pnuh kesabaran..loyer minta settle tepi..die ofer 45k..agaknye brpa lma nk kne tggu byrn nye tu

    BalasPadam
  43. Berapa lama tempoh tututan patah jari kaki akibat kemalangan pihak polis ad ckp kes sy 100%

    BalasPadam
  44. Berapa agak2 nilai tuntutan patah jari kaki 3 dan 4

    BalasPadam
  45. Assalam semua...sy nak tanye suami sy excident patah kaki kanan n lutut x boleh bengkok cm org normal tapi peguam kata baru nak masuk mahkamah kes ni...tapi kes ni bulan 11 2023 masuk 2 tahun...skrg sy nak tanye brpa lama prose's menunggu utk mahkamah tu

    BalasPadam